SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Autisme

Pengenalan

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi
kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di
antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala –
gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism ialah :

Komunikasi
Tindak balas sosial
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental
Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan
kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi
kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat
akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

Tanda dan gejala

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

Komunikasi

Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
Kurang cerdas semasa bermain
Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial

Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke
hadapan dan belakang, menganguk kepala
Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-
masing.

Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan

Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :

Membaiki kemahiran sosial
Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal
gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:

Kelakuan ganas
Hiperaktif
Kebimbangan yang mungkin timbul
Rehabilitasi

Beberapa pencegahan termasuk :

Terapi pertuturan dan bahasa
Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak

Cara pulih kerja ( occupational therapy )
untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan
serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
berbagai rangsangan pancaindera / deria

Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas

Pendidikan khas
kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya
keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan
atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada
kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )

Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration )
Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan
borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Kumpulan sokongan

Alamat Pusat NASOM dan Nombor Telefon

NO CENTRE TELEFON / FAX Supervisor/ Coordinator
1 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KUALA LUMPUR No 4 Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, 53200
Kuala Lumpur No 2 Jalan 7/18 B Taman Batu Permai Off Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur Tel: 03-
40223744 Fax: 03-40254495 Email: nasom@streamyx.comAlamat email ini dilindungi dari Spambot.
Perlukan JavaScript untuk melihatnya Pn. Liew Yoon Loy (Executive Director NASOM) Cik Hasliza Abd
Hamid Pn. Gerdir Kaur

2 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PETALING JAYA No. 10 Jalan Mewah 6/9 Seksyen 6 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan Tel : 03-77816981 Pn. Zaleha Jaalan

3 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KLANG No 5 Lorong Sepat 2 Taman Bertek, Teluk Pulai 41300 Klang,
Selangor Darul Ehsan Tel: 03-33732991 Fax:03-33732991 Email: ppaklang@tm.net.myAlamat email ini
dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Cik Rageswary Karuppiah

4 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME IPOH No 2 Persiaran Cempaka sari 9 Taman Cempaka 31400 Ipoh, Perak
Darul Ridzuan Tel:05-5483570 Fax:05-5483570 Cik Ann Chung Foong Leng

5 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME SEREMBAN No 153 Lorong Pinang gading, Taman Pinang Gading, 70400
Seremban Negeri Sembilan Tel: 06-7674400 Fax06-7674400 Puan Ratnam

6. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PENANG No 32-34 Jalan Pantai Jerjak (1) 11900 Bayan Lepas, Pulau
Pinang Tel: 04-6587034 Fax:04-6587034 Cik R. Gengespari

7. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME BUTTERWORTH No 8 Lorong Molek 3 Bagan Ajam 13000 Butterworth,
Pulau Pinang Tel: 04-3238792 Fax: 04-3238792 Pn. Rusmawati Abdullah

8 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME MELAKA Bistari Negeri Melaka No 48 Jalan Bukit Peringgit 75400
Peringgit, Melaka Tel: 06-2882518 Pn. Norhaya Sulaiman

9. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KANGAR No 18 Taman Sentua 01000 Kangar, Perlis Puan Maslinda Ishak

10 PUSAT LATIHAN VOKASIONAL KUALA LUMPUR 6-4 Blok A Jalan 2/114 Kuchai Lama Business Centre
Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur Tel: 03-79843942 Puan Kamariah Majid

11 PUSAT LATIHAN VOKASIONAL/ASRAMA NASOM D/a Bengkel Daya KM 4 Jalan Batu Unjur Persiaran
Tengku Ampaun Rahimah 41200 Klang, Selangor

The National Autism Society of Malaysia
No. 4, Jalan Chan Chin Mooi,
Off Jalan Pahang,
53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel No.: 603-40223799 Fax No.: 603-4025 4495

Lion's Resource Centre for Autistic Children 409,
Babington Ave 10450
Penang MALAYSIA
Tel: 604-636996

Perak Autistic Resource Centre 2,
Persiaran Cempaka Sari 9,
Tmn Cempaka 31400
Ipoh MALAYSIA
Tel : 605-583570

Penulis : Dr. Eni Rahaiza binti Muhamed Ramli
Kenali Petanda Anak Autisme
Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak
mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah
laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya
kipas.

Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir
menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.

Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat
dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung
kepada penghidapnya.

Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…

       Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa
       biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.
       Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon
       atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
       Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan
       walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang
       diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka
       kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai
       kekurangan dalam komunikasi sosial.
       Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam
       kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka
       berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri
       sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana
       tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
       Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan
       mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke
       sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme
       masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas
       dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
       Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun
       mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat
       sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu
       dirangkul atau dipeluk.
Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti

Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme ?

Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai
salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang
berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di
Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan
Malaysia sendiri.

Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini.
Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan
perkara ini.

Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan…

{ Firman Allah S.W.T : ” Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI ” }
Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal
dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik.
Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa
ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.

Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan
berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.

Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang
lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka
‘keluar’ daripada zon gangguan ini.

Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses
pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.

Sertai Kumpulan Kecil Yang Santai & Kreatif Bersama Kami Secara PERCUMA …

Atas dasar keprihatinan kami terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak secara
menyeluruh, pihak kami Excel Qhalif menyediakan sebuah program yang bertangungjawab
mengumpulkan satu kumpulan kecil khusus bagi memberi ruang kepada anak-anak di bawah
usia tadika iaitu 2 tahun hingga 4 1/2 tahun bersama ibubapa belajar dan bermain bersama-sama.
Objektifnya untuk melatih kemahiran komunikasi sosial anak-anak seawal mungkin yang
mampu meningkatkan keyakinan diri anak-anak dalam bergaul.

Diharapkan program ini mampu menjadi sebagai pelengkap keinginan berkawan dan bermain
anak-anak kecil kita yang dahagakan ilmu sejak lahir lagi. Diolah mengikut keperluan mengasah
kemahiran motor kanak-kanak, insha’Allah program ini mampu membentuk minda mereka lebih
kreatif dan berkembang.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiPuworkUtara OnSlideshare
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaranAtiqah Latiff
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 

La actualidad más candente (9)

Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 

Destacado (20)

Stinger Casino Night 2013
Stinger Casino Night 2013Stinger Casino Night 2013
Stinger Casino Night 2013
 
Mia vamil tuinbouw 2014
Mia vamil tuinbouw 2014Mia vamil tuinbouw 2014
Mia vamil tuinbouw 2014
 
Careers at easy web
Careers at easy webCareers at easy web
Careers at easy web
 
Reported speech vijfdes leerlingen
Reported speech  vijfdes leerlingenReported speech  vijfdes leerlingen
Reported speech vijfdes leerlingen
 
Závěrečný úkol KPI
Závěrečný úkol KPIZávěrečný úkol KPI
Závěrečný úkol KPI
 
Závěrečný úkol KPI
Závěrečný úkol KPIZávěrečný úkol KPI
Závěrečný úkol KPI
 
Update taalgeschiedenis
Update taalgeschiedenisUpdate taalgeschiedenis
Update taalgeschiedenis
 
ľudská aura
ľudská auraľudská aura
ľudská aura
 
Nieuwsbrief tuinbouw juli 2013
Nieuwsbrief tuinbouw juli 2013Nieuwsbrief tuinbouw juli 2013
Nieuwsbrief tuinbouw juli 2013
 
Reported speech
Reported speechReported speech
Reported speech
 
Kpi zaverecny ukol
Kpi zaverecny ukolKpi zaverecny ukol
Kpi zaverecny ukol
 
Content Language Integrated Learning (CLIL)
Content Language Integrated Learning (CLIL)Content Language Integrated Learning (CLIL)
Content Language Integrated Learning (CLIL)
 
Introduction
IntroductionIntroduction
Introduction
 
אנזימים
אנזימיםאנזימים
אנזימים
 
электронные сми
электронные смиэлектронные сми
электронные сми
 
Resume 2016
Resume 2016Resume 2016
Resume 2016
 
Ordklasser
OrdklasserOrdklasser
Ordklasser
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Mia vamil tuinbouw 2013
Mia vamil tuinbouw 2013Mia vamil tuinbouw 2013
Mia vamil tuinbouw 2013
 
Literatuur in de 17de eeuw
Literatuur in de 17de eeuwLiteratuur in de 17de eeuw
Literatuur in de 17de eeuw
 

Similar a Autisme

Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Mei Ling Foo
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Zulfadhli Zulpress
 
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaOng Fang
 
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.doc
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.docMengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.doc
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.docValarmathyKunasekara
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairulakmalfiraz
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Kecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifKecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifpalong5
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahnikfaiznurfirda
 
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)IQa FieQah
 
Assignment edu-hfz
Assignment edu-hfzAssignment edu-hfz
Assignment edu-hfzmizamizai
 

Similar a Autisme (20)

Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
vii. Brosur PEERS (1).pdf
vii. Brosur PEERS (1).pdfvii. Brosur PEERS (1).pdf
vii. Brosur PEERS (1).pdf
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
119
119119
119
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
 
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
 
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.doc
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.docMengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.doc
Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.doc
 
Kajian tindakan murung
Kajian tindakan murungKajian tindakan murung
Kajian tindakan murung
 
Kajian tindakan murung
Kajian tindakan murungKajian tindakan murung
Kajian tindakan murung
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairul
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Kecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifKecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktif
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
 
tek. pendidikan
tek. pendidikantek. pendidikan
tek. pendidikan
 
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
 
Edit
EditEdit
Edit
 
Assignment edu-hfz
Assignment edu-hfzAssignment edu-hfz
Assignment edu-hfz
 

Último

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Último (12)

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Autisme

  • 1. Autisme Pengenalan Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. Penyebab utama autism ialah : Komunikasi Tindak balas sosial Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism. Tanda dan gejala Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama : Komunikasi Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan. Kurang cerdas semasa bermain Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain Tindak balas sosial Hilang tumpuan dan kurang mimik muka Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain Suka bermain sendirian Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
  • 2. Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja. Komplikasi Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing- masing. Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi Rawatan Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk : Membaiki kemahiran sosial Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya. Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti: Kelakuan ganas Hiperaktif Kebimbangan yang mungkin timbul Rehabilitasi Beberapa pencegahan termasuk : Terapi pertuturan dan bahasa Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak Cara pulih kerja ( occupational therapy ) untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian. berbagai rangsangan pancaindera / deria Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention ) Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas Pendidikan khas kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada
  • 3. kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM ) Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration ) Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Kumpulan sokongan Alamat Pusat NASOM dan Nombor Telefon NO CENTRE TELEFON / FAX Supervisor/ Coordinator 1 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KUALA LUMPUR No 4 Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur No 2 Jalan 7/18 B Taman Batu Permai Off Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur Tel: 03- 40223744 Fax: 03-40254495 Email: nasom@streamyx.comAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Pn. Liew Yoon Loy (Executive Director NASOM) Cik Hasliza Abd Hamid Pn. Gerdir Kaur 2 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PETALING JAYA No. 10 Jalan Mewah 6/9 Seksyen 6 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-77816981 Pn. Zaleha Jaalan 3 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KLANG No 5 Lorong Sepat 2 Taman Bertek, Teluk Pulai 41300 Klang, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-33732991 Fax:03-33732991 Email: ppaklang@tm.net.myAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Cik Rageswary Karuppiah 4 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME IPOH No 2 Persiaran Cempaka sari 9 Taman Cempaka 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel:05-5483570 Fax:05-5483570 Cik Ann Chung Foong Leng 5 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME SEREMBAN No 153 Lorong Pinang gading, Taman Pinang Gading, 70400 Seremban Negeri Sembilan Tel: 06-7674400 Fax06-7674400 Puan Ratnam 6. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PENANG No 32-34 Jalan Pantai Jerjak (1) 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Tel: 04-6587034 Fax:04-6587034 Cik R. Gengespari 7. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME BUTTERWORTH No 8 Lorong Molek 3 Bagan Ajam 13000 Butterworth, Pulau Pinang Tel: 04-3238792 Fax: 04-3238792 Pn. Rusmawati Abdullah 8 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME MELAKA Bistari Negeri Melaka No 48 Jalan Bukit Peringgit 75400 Peringgit, Melaka Tel: 06-2882518 Pn. Norhaya Sulaiman 9. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KANGAR No 18 Taman Sentua 01000 Kangar, Perlis Puan Maslinda Ishak 10 PUSAT LATIHAN VOKASIONAL KUALA LUMPUR 6-4 Blok A Jalan 2/114 Kuchai Lama Business Centre
  • 4. Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur Tel: 03-79843942 Puan Kamariah Majid 11 PUSAT LATIHAN VOKASIONAL/ASRAMA NASOM D/a Bengkel Daya KM 4 Jalan Batu Unjur Persiaran Tengku Ampaun Rahimah 41200 Klang, Selangor The National Autism Society of Malaysia No. 4, Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel No.: 603-40223799 Fax No.: 603-4025 4495 Lion's Resource Centre for Autistic Children 409, Babington Ave 10450 Penang MALAYSIA Tel: 604-636996 Perak Autistic Resource Centre 2, Persiaran Cempaka Sari 9, Tmn Cempaka 31400 Ipoh MALAYSIA Tel : 605-583570 Penulis : Dr. Eni Rahaiza binti Muhamed Ramli
  • 5. Kenali Petanda Anak Autisme Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas. Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas. Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya. Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka… Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu) Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
  • 6. Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme ? Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri. Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini. Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan… { Firman Allah S.W.T : ” Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI ” }
  • 7. Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil. Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini. Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini. Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak. Sertai Kumpulan Kecil Yang Santai & Kreatif Bersama Kami Secara PERCUMA … Atas dasar keprihatinan kami terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh, pihak kami Excel Qhalif menyediakan sebuah program yang bertangungjawab mengumpulkan satu kumpulan kecil khusus bagi memberi ruang kepada anak-anak di bawah usia tadika iaitu 2 tahun hingga 4 1/2 tahun bersama ibubapa belajar dan bermain bersama-sama. Objektifnya untuk melatih kemahiran komunikasi sosial anak-anak seawal mungkin yang mampu meningkatkan keyakinan diri anak-anak dalam bergaul. Diharapkan program ini mampu menjadi sebagai pelengkap keinginan berkawan dan bermain anak-anak kecil kita yang dahagakan ilmu sejak lahir lagi. Diolah mengikut keperluan mengasah kemahiran motor kanak-kanak, insha’Allah program ini mampu membentuk minda mereka lebih kreatif dan berkembang.