SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM 
IXEB4103 
TAJUK: BLOG 
1) AMIRIN SOFI BIN MUSTAFA IEB110006 
2) MUHAMMAD HANIF BIN ZUHARI IEB110026 
3)SHAHRUL AZRIE BIN ABDULLAH IEB110067 
4)MOHAMMAD FAIQ BIN MAT RANI IEB11024 
Pensyarah: USTAZAH SALINA BUSRAWI
Tugasan 1 
Blog 
Pengenalan 
Pada masa kini, kehidupan manusia tidak lagi dapat di pisahkan dengan teknologi. Apabila kita 
memandang disegenap ruang yang ada, kita akan dapati pelbagai jenis teknologi wujud 
disekeliling kita. Ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita. Perubahan 
terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan 
menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, 
tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Hasil ledakan teknologi maklumat tersebut 
menjadikan perubahan dunia masa kini amat pantas. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari 
inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan 
sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai 
elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) 
meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua 
puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menjadi 
penentu dan penggerak kepada masa depan. Ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang 
kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan 
membawa pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan 
mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai- nilai keinsanan. 
Justeru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi menangani 
masalah ini. Maka, tidak dapat tidak, penerapan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan
mengawal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit 
sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal 
individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan. 
Dalam kepelbagaian teknologi yang ada, kami memilih blog untuk menjadi bahan kajian kami 
pada kali ini. Blog merupakan salah satu cabang web juga, atau nama penuhnya web blog. Apa 
yang membezakan dengan web sebenar adalah pada sasaran dan rekabentuknya sahaja. Blog 
banyak jenisnya, antaranya bersifat jurnal dan peribadi, diantara jenis lainya ialah blog ya ng 
berbentuk foto (blogfoto) seperti fotopage dan flickr,video blog (vblog) seperti youtube dan 
metacafe, ada podcast dan sebagainya. Setiap blog dikategorikan mengikut tajuknya yang tertentu, 
antaranya blog automotif, blog teknologi, blog fesyen dan banyak lagi. Secara ringkasnya blog 
merupakan singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku catatan @ buku log 
namun secara dalam talian @ online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini 
Web (Talian) Log (Cacatan) = Catatan atas talian , diringkaskan menjadi BLOG. 
Blog mempunyai peranan dan fungsinya yang tertentu. Blog boleh menjadi catatan individu atau 
kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingininya kepada blogger lain khususnya atau 
kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan 
pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang 
seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif 
dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini
orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan 
menarik. 
Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah 
dan persahabatan atau berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Biasanya 
ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. 
Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Mereka yang 
ada blog biasanya dipanggil blogger. 
Dalam penelitian kami terdapat beberapa sebab mengapa kita melibatkan diri dengan blog. 
Pertama ialah berkaian emosi, hidup yang sibuk dan terlalu banyak tekanan dan pelbagai jenis 
masalah lain yang timbul maka blog menjadi antara cara untuk meluahkan perasaan bagi 
meredakan tekanan dan terapi untuk emosi. 
kedua ialah blog mampu menjadi salah satu sumber pendapatan. Dengan keadaan ekonomi yang 
amat berbagai serta tidak menentu di zaman penuh teknologi sekarang ni, blog boleh 
dimanfaatkansebagai salah satu sumber pendapatan secara sambilan mahupun tetap. Pelbagai cara 
untuk menghasilkan pendapatan melalui blog. Blog yang menghasilkan pendapatan sama seperti 
berniaga.Perlu berfikir sama seperti seorang ahli perniagaan. 
Ketiga ia berperanan sebagai diari. Blog ini diadaptasi dari penulisan diari didalam buku yang 
kemudiannya dipindahkan ke penulisan di alam maya. Dari segi tujuan mungkin mempunyai 
persamaan tetapi melalui alam maya ini , blogger mungkin mahu berkongsi kisah hidupnya dengan 
orang lain, berbeza dengan penulisan secara terus dalam bentuk yang lama. 
keempat sebagai Benchmark ataupun dikenali sebagai kayu pengukur.Tentang siapa diri kita pada
masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik. Blog 
boleh menjadi kayu pengukur untuk kita imbas semua yang telah kita rintangi dan mungkin bakal 
kita rancangkan satu hari lain nanti. 
kelima sebaai portfolio. Sebahagian blogger akan menghantar pos berkaitan dengan tugasan dan 
kerja yang rutin di lakukan atau tentang hobi serta minat dalam sesuatu bidang. Sebagai 
contoh:Seorang pereka menghantar post tentang artworknya yang terkini, seandainya suatu hari 
kelak sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan kadar segera dan diiklankan dilaman web dan 
surat khabar. Tugas utama pereka tadi adalah untuk mendapatkan kerja itu. Jadi beliau perlu 
menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja pada syarikat terbabit. 
Keenam sebagai media untuk berkomunikasi dan berbincang tentang sesuatu isu. Dalam kita 
menyuarakan sesebuah isu seperti politik dan isu semasa, pasti ada yang tidak setuju, dengan 
demikian, ia akan mewujudkan suatu perbincangan. Maka dari situ kita dapat melihat pelbagai 
ragam hujah, disamping dapat meningkatkan pengetahuan dalam diri kita sendiri. 
Ketujuh ialah sebagai tempat untuk berkongsi minat. Minat dan bakat boleh dikongsikan dalam 
blog. Dengan blog kita dapat meluaskan sesuatu hobi dengan orang lain yang mempunyai hobi 
yang sama. Secara tidak langsung akan meluaskan jaringan ukhwah diantara seseorang blogger 
dengan blogger yang lain atau masyarakat umum.
Pelbagai perkara boleh dikongsikan, sekiranya ia seorang guru, mungkin pengalaman ia dapat 
dikongsikan dengan yang bakal guru, sekiranya ia seorang doktor, sedikit sebanyak ilmu 
kedoktorannya mungkin dapat dikongsikan dan begitulah seterusnya. 
Penggunaannya dalam konteks pendidikan dan dakwah 
Perkembangan teknologi pada hari ini, menjadikan pemerolehan ilmu itu tidak hanya di masjid 
ataupun hanya di sekolah sahaja malahan ia boleh di dapati disetiap keadaan dan tempat, dengan 
adanya pengaksesan internet. Dalam arena pendidikan dan dakwah, kepelbagaian sumber 
penyampaian ilmu serta maklumat perlu dipelbagaikan, maka blog boleh menjadi sebagai salah 
sebuah medium untuk menyampaikan pengajaran dan dakwah. Liputannya yang dapat diakses 
diserata pelosok alam menjadikan ia sebuah medium yang berkesan dalam menyampaikan ilmu 
dan dakwah. Pada masa kini, bentuk pendidikan dan dakwah perlu di pelbagaikan seiring dengan 
peredaran zaman, hal ini bagi menarik lebih ramai golongan masyarakat, terutamanya golongan 
muda. 
Melalui blog, penyampaian dapat disampaikan dengan lebih menarik mengikut kreativit i 
seseorang blogger itu. Maka, ia mampu untuk menarik ramai golongan untuk mengkuti sesebuah 
blog itu. Oleh kerana pada masa kini terdapat banyak blog yang boleh dilawati, penelitian yang 
mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menerima pakai apa yang didapati dalam blog 
tersebut. Hal ini kerana, dalam membina sesebuah laman blog ianya bebas kepada sesiapa sahaja, 
maka inilah yang menjadi kebimbangan sekiranya maklumat yang dipaparkan dalam sesebuah 
blog itu tidak bertepatan dengan sumbernya. 
Satu hal yang mesti kita ketahui, meskipun ilmu serta maklumat dapat diperolehi dari laman blog 
dengan mudah, ia bukanlah bererti kita tidak perlu untuk berguru. Laman blog ini perlu dianggap
sebagai sumber sampingan sahaja dalam mendapatkan maklumat. Hal ini kerana, maklumat yang 
dimuatkan dalam sesebuah blog itu boleh jadi menyimpang atau tersalah. Maka , menerima 
sesebuah maklumat yang ada dalam blog tersebut, penelitian perlu dilakukan semula bagi 
menjamin keabsahan maklumat tersebut. Adapun jalan yang utama dalam memperolehi ilmu ialah 
melalui kaedah perguruan ataupun talaqqi. 
Kesimpulannya, pengguna perlu bijak memilih sesebuah laman blog bagi memastikan bahan yang 
diperolehi tersebut berada pada jalan dan landasan yang tepat. 
Kelebihan dan kekurangan 
diantara kebaikan yang boleh diperolehi dalam blog ialah 
1. Sebagai medium perkongsian maklumat 
Perkongsian maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka 
berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat 
boleh salurkan di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan 
peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan 
berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara 
“blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada 
yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi 
maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet 
dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.
2. Boleh Menambah Kenalan 
Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya 
penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut 
dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku 
apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan 
masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi 
tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi 
pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk 
mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”. 
3. Boleh Menjana Pendapatan 
Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya 
mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher ”. 
Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain- la in 
adalah seperti Adsense (google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher 
ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan produk 
mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng’klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. 
Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit. 
4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya 
seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen 
dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para 
pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi. 
Disamping kebaikan blog juga mempunyai keburukan antaranya ialah: 
1. Maklumat Palsu 
Para pengunjung blog haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang dipapar sama ada palsu 
atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang sukar untuk dibendung. Tidak semua maklumat 
yang dikongsi oleh “bloggers” adalah benar. Ianya sama ada di sedari oleh penulis itu sendiri 
ataupun hanya mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam blog tanpa 
membuat siasatan akan kesahihah maklumat tersebut. Apabila ianya telah dipaparkan di dalam 
blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya memberi impak yang buruk kepada 
mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat palsu tersebut. 
2. Alat Untuk Menjatuhkan Seseorang 
Keburukan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Ianya banyak melibatkan pihak-pihak yang 
terlibat di dalam politik. Blog dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan seseorang ahli politik. 
Pelbagai maklumat peribadi di paparkan dan terdapat maklumat yang ditokok tambah, ianya
dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pengunjung blog percaya akan keburukan yang dipapar 
tentang ahli politik tersebut. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada 
yang hanya percaya bulat-bulat dan ada yang 50-50 dan ada juga yang tidak percaya malah ada 
yang sanggup untuk menyiasat akan kesahihan berita tersebut. 
3. Memecah belahkan masyarakat / negara 
Sebagai rakyat yang tinggal di dalam negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan 
dan hormat menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina semata-mata 
untuk memecah belahkan keharmonian rakyat di negara ini. Isu-isu sensitif yang melibatkan 
perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan di hadapi oleh 
masyarakat dan negara khususnya. Isu-isu ini boleh mengguris hati sesetengah kaum dan 
berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati, dendam kepada kaum yang lain. Ini 
amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah negara. 
4. Sebagai Alat Untuk Penyebaran Unsur-unsur Tidak Bermoral 
Terdapat orang perseorangan yang menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan unsur-unsur 
tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah di dalam blog mereka. Di 
samping itu cerita-cerita lucah juga di paparkan juga. Sekiranya blog ini dilawati oleh para remaja 
ataupun kanak-kanak, ianya memberi kesan negatif kepada mereka. 
Rumusan
Kesimpulanya, kita perlu bersyukur dengan adanya teknologi yang pesat membangun pada masa 
kini, dapat membantu kita dalam segenap aspek kehidupan. Dengan adanya teknologi, pelbagai 
jenis ilmu dan maklumat dapat disalurkan kepada semua orang dengan pantas, pergerakan dari 
suatu tempat ke suatu tempat yang lain juga menjadi semakin pantas, taraf ekonomi juga semakin 
meningkat dengan adanya pelbagai jenis teknolgi pada masa kini. Namun begitu, teknologi yang 
ada tersebut juga mempunyai nilai negatifnya bergantung kepada cara sesuatu teknologi itu 
diaplikasikan. Dalam pengambilan sesuatu maklumat dari laman sesawang, pengguna perlu 
terlebih dahulu memastikan keabsahan sesuatu maklumat yang diperolehi sebelum diguna pakai. 
Dengan teknologi juga arena pendidikan dan dakwah menjadi semakin menarik, pelbagai 
pendekatan dapat digunakan dalam meningkatkan kualiti penyampaian sesuatu ilmu seperti 
melalui laman blog dan sebagainya.

Más contenido relacionado

Destacado

3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikanMohd Shahrul Ibrahim
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Assignment moral sem4 copy
Assignment moral sem4   copyAssignment moral sem4   copy
Assignment moral sem4 copyFatimah Abustan
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Acap Persie
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaOng Fang
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internetKamal Muchtar
 
Etika medic
Etika medicEtika medic
Etika medicidayaya
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber Darx Sidez
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 

Destacado (14)

3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Assignment moral sem4 copy
Assignment moral sem4   copyAssignment moral sem4   copy
Assignment moral sem4 copy
 
pengenalan
pengenalanpengenalan
pengenalan
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
 
4. hakikat manusia
4. hakikat manusia4. hakikat manusia
4. hakikat manusia
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
 
Etika medic
Etika medicEtika medic
Etika medic
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 

Similar a Teknologi maklumat- blog

Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, blog dan databa...
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, blog dan databa...Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, blog dan databa...
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, blog dan databa...Universitas Mercu Buana
 
Blog sbg media informasi
Blog sbg media informasiBlog sbg media informasi
Blog sbg media informasiRochimudin
 
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikanTinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikansha_sobri9827
 
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...asyaaisyah
 
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
88 cara inspiratif berburu ide untuk blogRicky Vb
 
What is blogging
What is bloggingWhat is blogging
What is bloggingMohd Kasman
 
Makalah kel 3 Blog Pembelajaran
Makalah kel 3 Blog PembelajaranMakalah kel 3 Blog Pembelajaran
Makalah kel 3 Blog Pembelajaranfinafidiana
 
Makalah kel 3 blog 2
Makalah kel 3 blog 2Makalah kel 3 blog 2
Makalah kel 3 blog 2Reny F
 
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...wandasoraya
 
Blog sebagai media pembelajaran
Blog sebagai media pembelajaranBlog sebagai media pembelajaran
Blog sebagai media pembelajaranBagus Tri Wibowo
 
Facebook: Budaya baharu
Facebook: Budaya baharuFacebook: Budaya baharu
Facebook: Budaya baharuWan Faraha'in
 
197182-ID-pemanfaatan-blog-sebagai-media-pembelaja (1).pdf
197182-ID-pemanfaatan-blog-sebagai-media-pembelaja (1).pdf197182-ID-pemanfaatan-blog-sebagai-media-pembelaja (1).pdf
197182-ID-pemanfaatan-blog-sebagai-media-pembelaja (1).pdfMarulituazalukhu
 

Similar a Teknologi maklumat- blog (20)

Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, blog dan databa...
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, blog dan databa...Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, blog dan databa...
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, blog dan databa...
 
Blog sbg media informasi
Blog sbg media informasiBlog sbg media informasi
Blog sbg media informasi
 
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikanTinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
 
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
Tugas sim siti aisyah 43218110095_dampak pemanfaatan blog dan database pada k...
 
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
 
What is blogging
What is bloggingWhat is blogging
What is blogging
 
Makalah kel 3 Blog Pembelajaran
Makalah kel 3 Blog PembelajaranMakalah kel 3 Blog Pembelajaran
Makalah kel 3 Blog Pembelajaran
 
Personal blog
Personal blogPersonal blog
Personal blog
 
Makalah kel 3 blog 2
Makalah kel 3 blog 2Makalah kel 3 blog 2
Makalah kel 3 blog 2
 
Tugas 5
Tugas 5Tugas 5
Tugas 5
 
Tugas Taufik
Tugas TaufikTugas Taufik
Tugas Taufik
 
Tugas 5
Tugas 5Tugas 5
Tugas 5
 
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi putra se, msi, blog dan sistem databa...
 
Blog sebagai media pembelajaran
Blog sebagai media pembelajaranBlog sebagai media pembelajaran
Blog sebagai media pembelajaran
 
Materi
MateriMateri
Materi
 
Power Point
Power PointPower Point
Power Point
 
Facebook: Budaya baharu
Facebook: Budaya baharuFacebook: Budaya baharu
Facebook: Budaya baharu
 
197182-ID-pemanfaatan-blog-sebagai-media-pembelaja (1).pdf
197182-ID-pemanfaatan-blog-sebagai-media-pembelaja (1).pdf197182-ID-pemanfaatan-blog-sebagai-media-pembelaja (1).pdf
197182-ID-pemanfaatan-blog-sebagai-media-pembelaja (1).pdf
 

Más de ustazmaya

Tugasan 9 edit
Tugasan 9 editTugasan 9 edit
Tugasan 9 editustazmaya
 
Tokoh2 islam
Tokoh2 islamTokoh2 islam
Tokoh2 islamustazmaya
 
resume shahrul
resume shahrulresume shahrul
resume shahrulustazmaya
 
Soalan 1 jamaluddin_al_afghani
Soalan 1 jamaluddin_al_afghaniSoalan 1 jamaluddin_al_afghani
Soalan 1 jamaluddin_al_afghaniustazmaya
 
Resume hanif
Resume hanifResume hanif
Resume hanifustazmaya
 
Pengubahsuaian Slide jamaluddin
Pengubahsuaian Slide jamaluddin Pengubahsuaian Slide jamaluddin
Pengubahsuaian Slide jamaluddin ustazmaya
 
Skrip Jamaluddin Al-Afghani
Skrip Jamaluddin Al-AfghaniSkrip Jamaluddin Al-Afghani
Skrip Jamaluddin Al-Afghaniustazmaya
 
Teknologi maklumat-blog
Teknologi maklumat-blogTeknologi maklumat-blog
Teknologi maklumat-blogustazmaya
 

Más de ustazmaya (9)

Tugasan 9 edit
Tugasan 9 editTugasan 9 edit
Tugasan 9 edit
 
Tokoh2 islam
Tokoh2 islamTokoh2 islam
Tokoh2 islam
 
resume shahrul
resume shahrulresume shahrul
resume shahrul
 
Soalan 1 jamaluddin_al_afghani
Soalan 1 jamaluddin_al_afghaniSoalan 1 jamaluddin_al_afghani
Soalan 1 jamaluddin_al_afghani
 
Resume hanif
Resume hanifResume hanif
Resume hanif
 
Pengubahsuaian Slide jamaluddin
Pengubahsuaian Slide jamaluddin Pengubahsuaian Slide jamaluddin
Pengubahsuaian Slide jamaluddin
 
Skrip Jamaluddin Al-Afghani
Skrip Jamaluddin Al-AfghaniSkrip Jamaluddin Al-Afghani
Skrip Jamaluddin Al-Afghani
 
Teknologi maklumat-blog
Teknologi maklumat-blogTeknologi maklumat-blog
Teknologi maklumat-blog
 
Resume faiq
Resume faiqResume faiq
Resume faiq
 

Teknologi maklumat- blog

  • 1. TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM IXEB4103 TAJUK: BLOG 1) AMIRIN SOFI BIN MUSTAFA IEB110006 2) MUHAMMAD HANIF BIN ZUHARI IEB110026 3)SHAHRUL AZRIE BIN ABDULLAH IEB110067 4)MOHAMMAD FAIQ BIN MAT RANI IEB11024 Pensyarah: USTAZAH SALINA BUSRAWI
  • 2. Tugasan 1 Blog Pengenalan Pada masa kini, kehidupan manusia tidak lagi dapat di pisahkan dengan teknologi. Apabila kita memandang disegenap ruang yang ada, kita akan dapati pelbagai jenis teknologi wujud disekeliling kita. Ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Hasil ledakan teknologi maklumat tersebut menjadikan perubahan dunia masa kini amat pantas. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menjadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan membawa pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai- nilai keinsanan. Justeru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Maka, tidak dapat tidak, penerapan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan
  • 3. mengawal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan. Dalam kepelbagaian teknologi yang ada, kami memilih blog untuk menjadi bahan kajian kami pada kali ini. Blog merupakan salah satu cabang web juga, atau nama penuhnya web blog. Apa yang membezakan dengan web sebenar adalah pada sasaran dan rekabentuknya sahaja. Blog banyak jenisnya, antaranya bersifat jurnal dan peribadi, diantara jenis lainya ialah blog ya ng berbentuk foto (blogfoto) seperti fotopage dan flickr,video blog (vblog) seperti youtube dan metacafe, ada podcast dan sebagainya. Setiap blog dikategorikan mengikut tajuknya yang tertentu, antaranya blog automotif, blog teknologi, blog fesyen dan banyak lagi. Secara ringkasnya blog merupakan singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku catatan @ buku log namun secara dalam talian @ online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini Web (Talian) Log (Cacatan) = Catatan atas talian , diringkaskan menjadi BLOG. Blog mempunyai peranan dan fungsinya yang tertentu. Blog boleh menjadi catatan individu atau kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingininya kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini
  • 4. orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik. Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah dan persahabatan atau berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Biasanya ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Mereka yang ada blog biasanya dipanggil blogger. Dalam penelitian kami terdapat beberapa sebab mengapa kita melibatkan diri dengan blog. Pertama ialah berkaian emosi, hidup yang sibuk dan terlalu banyak tekanan dan pelbagai jenis masalah lain yang timbul maka blog menjadi antara cara untuk meluahkan perasaan bagi meredakan tekanan dan terapi untuk emosi. kedua ialah blog mampu menjadi salah satu sumber pendapatan. Dengan keadaan ekonomi yang amat berbagai serta tidak menentu di zaman penuh teknologi sekarang ni, blog boleh dimanfaatkansebagai salah satu sumber pendapatan secara sambilan mahupun tetap. Pelbagai cara untuk menghasilkan pendapatan melalui blog. Blog yang menghasilkan pendapatan sama seperti berniaga.Perlu berfikir sama seperti seorang ahli perniagaan. Ketiga ia berperanan sebagai diari. Blog ini diadaptasi dari penulisan diari didalam buku yang kemudiannya dipindahkan ke penulisan di alam maya. Dari segi tujuan mungkin mempunyai persamaan tetapi melalui alam maya ini , blogger mungkin mahu berkongsi kisah hidupnya dengan orang lain, berbeza dengan penulisan secara terus dalam bentuk yang lama. keempat sebagai Benchmark ataupun dikenali sebagai kayu pengukur.Tentang siapa diri kita pada
  • 5. masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik. Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk kita imbas semua yang telah kita rintangi dan mungkin bakal kita rancangkan satu hari lain nanti. kelima sebaai portfolio. Sebahagian blogger akan menghantar pos berkaitan dengan tugasan dan kerja yang rutin di lakukan atau tentang hobi serta minat dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh:Seorang pereka menghantar post tentang artworknya yang terkini, seandainya suatu hari kelak sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan kadar segera dan diiklankan dilaman web dan surat khabar. Tugas utama pereka tadi adalah untuk mendapatkan kerja itu. Jadi beliau perlu menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja pada syarikat terbabit. Keenam sebagai media untuk berkomunikasi dan berbincang tentang sesuatu isu. Dalam kita menyuarakan sesebuah isu seperti politik dan isu semasa, pasti ada yang tidak setuju, dengan demikian, ia akan mewujudkan suatu perbincangan. Maka dari situ kita dapat melihat pelbagai ragam hujah, disamping dapat meningkatkan pengetahuan dalam diri kita sendiri. Ketujuh ialah sebagai tempat untuk berkongsi minat. Minat dan bakat boleh dikongsikan dalam blog. Dengan blog kita dapat meluaskan sesuatu hobi dengan orang lain yang mempunyai hobi yang sama. Secara tidak langsung akan meluaskan jaringan ukhwah diantara seseorang blogger dengan blogger yang lain atau masyarakat umum.
  • 6. Pelbagai perkara boleh dikongsikan, sekiranya ia seorang guru, mungkin pengalaman ia dapat dikongsikan dengan yang bakal guru, sekiranya ia seorang doktor, sedikit sebanyak ilmu kedoktorannya mungkin dapat dikongsikan dan begitulah seterusnya. Penggunaannya dalam konteks pendidikan dan dakwah Perkembangan teknologi pada hari ini, menjadikan pemerolehan ilmu itu tidak hanya di masjid ataupun hanya di sekolah sahaja malahan ia boleh di dapati disetiap keadaan dan tempat, dengan adanya pengaksesan internet. Dalam arena pendidikan dan dakwah, kepelbagaian sumber penyampaian ilmu serta maklumat perlu dipelbagaikan, maka blog boleh menjadi sebagai salah sebuah medium untuk menyampaikan pengajaran dan dakwah. Liputannya yang dapat diakses diserata pelosok alam menjadikan ia sebuah medium yang berkesan dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Pada masa kini, bentuk pendidikan dan dakwah perlu di pelbagaikan seiring dengan peredaran zaman, hal ini bagi menarik lebih ramai golongan masyarakat, terutamanya golongan muda. Melalui blog, penyampaian dapat disampaikan dengan lebih menarik mengikut kreativit i seseorang blogger itu. Maka, ia mampu untuk menarik ramai golongan untuk mengkuti sesebuah blog itu. Oleh kerana pada masa kini terdapat banyak blog yang boleh dilawati, penelitian yang mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menerima pakai apa yang didapati dalam blog tersebut. Hal ini kerana, dalam membina sesebuah laman blog ianya bebas kepada sesiapa sahaja, maka inilah yang menjadi kebimbangan sekiranya maklumat yang dipaparkan dalam sesebuah blog itu tidak bertepatan dengan sumbernya. Satu hal yang mesti kita ketahui, meskipun ilmu serta maklumat dapat diperolehi dari laman blog dengan mudah, ia bukanlah bererti kita tidak perlu untuk berguru. Laman blog ini perlu dianggap
  • 7. sebagai sumber sampingan sahaja dalam mendapatkan maklumat. Hal ini kerana, maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah blog itu boleh jadi menyimpang atau tersalah. Maka , menerima sesebuah maklumat yang ada dalam blog tersebut, penelitian perlu dilakukan semula bagi menjamin keabsahan maklumat tersebut. Adapun jalan yang utama dalam memperolehi ilmu ialah melalui kaedah perguruan ataupun talaqqi. Kesimpulannya, pengguna perlu bijak memilih sesebuah laman blog bagi memastikan bahan yang diperolehi tersebut berada pada jalan dan landasan yang tepat. Kelebihan dan kekurangan diantara kebaikan yang boleh diperolehi dalam blog ialah 1. Sebagai medium perkongsian maklumat Perkongsian maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh salurkan di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.
  • 8. 2. Boleh Menambah Kenalan Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”. 3. Boleh Menjana Pendapatan Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher ”. Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain- la in adalah seperti Adsense (google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan produk mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng’klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit. 4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
  • 9. Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi. Disamping kebaikan blog juga mempunyai keburukan antaranya ialah: 1. Maklumat Palsu Para pengunjung blog haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang dipapar sama ada palsu atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang sukar untuk dibendung. Tidak semua maklumat yang dikongsi oleh “bloggers” adalah benar. Ianya sama ada di sedari oleh penulis itu sendiri ataupun hanya mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam blog tanpa membuat siasatan akan kesahihah maklumat tersebut. Apabila ianya telah dipaparkan di dalam blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya memberi impak yang buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat palsu tersebut. 2. Alat Untuk Menjatuhkan Seseorang Keburukan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Ianya banyak melibatkan pihak-pihak yang terlibat di dalam politik. Blog dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan seseorang ahli politik. Pelbagai maklumat peribadi di paparkan dan terdapat maklumat yang ditokok tambah, ianya
  • 10. dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pengunjung blog percaya akan keburukan yang dipapar tentang ahli politik tersebut. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang hanya percaya bulat-bulat dan ada yang 50-50 dan ada juga yang tidak percaya malah ada yang sanggup untuk menyiasat akan kesahihan berita tersebut. 3. Memecah belahkan masyarakat / negara Sebagai rakyat yang tinggal di dalam negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan dan hormat menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina semata-mata untuk memecah belahkan keharmonian rakyat di negara ini. Isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan di hadapi oleh masyarakat dan negara khususnya. Isu-isu ini boleh mengguris hati sesetengah kaum dan berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati, dendam kepada kaum yang lain. Ini amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah negara. 4. Sebagai Alat Untuk Penyebaran Unsur-unsur Tidak Bermoral Terdapat orang perseorangan yang menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan unsur-unsur tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah di dalam blog mereka. Di samping itu cerita-cerita lucah juga di paparkan juga. Sekiranya blog ini dilawati oleh para remaja ataupun kanak-kanak, ianya memberi kesan negatif kepada mereka. Rumusan
  • 11. Kesimpulanya, kita perlu bersyukur dengan adanya teknologi yang pesat membangun pada masa kini, dapat membantu kita dalam segenap aspek kehidupan. Dengan adanya teknologi, pelbagai jenis ilmu dan maklumat dapat disalurkan kepada semua orang dengan pantas, pergerakan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain juga menjadi semakin pantas, taraf ekonomi juga semakin meningkat dengan adanya pelbagai jenis teknolgi pada masa kini. Namun begitu, teknologi yang ada tersebut juga mempunyai nilai negatifnya bergantung kepada cara sesuatu teknologi itu diaplikasikan. Dalam pengambilan sesuatu maklumat dari laman sesawang, pengguna perlu terlebih dahulu memastikan keabsahan sesuatu maklumat yang diperolehi sebelum diguna pakai. Dengan teknologi juga arena pendidikan dan dakwah menjadi semakin menarik, pelbagai pendekatan dapat digunakan dalam meningkatkan kualiti penyampaian sesuatu ilmu seperti melalui laman blog dan sebagainya.