Projek ini melibatkan 8 orang murid prasekolah yang berusia 6 tahun dalam membuat botol hiasan berisi pasir berwarna. Projek ini akan dilaksanakan selama 4 minggu dan terbahagi kepada 3 fasa. Fasa 1 melibatkan persediaan dan pengumpulan maklumat. Fasa 2 merangkumi aktiviti mengumpul dan mewarnakan pasir. Fasa 3 menyaksikan penghasilan botol hiasan dan penjualannya untuk mengumpul dana. Pro
Kelas 05 sd_tematik_5_bangga_sebagai_bangsa_indonesia_guru
Kertas kerja amalan terbaik p&p 2013(new)
1. KANDUNGAN
Bil
Kandungan
Tajuk
Sinopsis Projek
Objektif
Dokumentasi Projek
4.1 Fasa 1 (Permulaan)
4.2 Fasa 2 (Perkembangan)
4.3 Fasa 3 (Kesimpulan)
4.4 Impak projek secara keseluruhan
Rancangan Pengajaran Harian
5.1 Standard Pembelajaran KSPK yang dipilih
5.2 Objektif dapat diukur, jelas dan kesesuaian
5.3 Pelaksanaan p&p :
•
Kesepaduan tunjang dan standard pembelajaran
•
Kesepaduan pelbagai teknik dan kaedah
•
Perkembangan langkah-langkah p&p selari dengan objektif,
masa yang sesuai
•
Amalan Bersesuaian Perkembangan
•
Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif
•
Elemen pentaksiran semasa p&p
5.4 Penerapan nilai-nilai murni
5.5 Penutup
5.6 Sumber p&p
Rujukan
Lampiran
Muka surat
2. Kertas Konsep:PROGRAM AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PRASEKOLAH 2013
1. TAJUK
MY MAGIC SAND BOTTLE
±ý «¾¢ºÂ Á½ø ÒðÊ
2. SINOPSIS PROJEK
Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan pendekatan berasaskan projek.
Seramai 8 orang murid prasekolah saya yang berumur enam tahun melibatkan diri
dalam projek ini. Sebelum projek ini bermula, guru meminta anak muridnya
membuat buku skrap bertajuk “pasir” dengan bantuan ibubapa. Dari buku skrap
seorang anak murid saya, saya dan murid –murid prasekolah saya tertarik dengan
sebuah gambar. Kami meminta ibu anak murid itu menggenai lebih lanjut tentang
botol yang berisi pasir berwarna. Ibu tersebut sanggup meluangkan masa untuk
menerangkan tentang mewarnakan pasir. Murid prasekolah saya tertarik dengan
kerja tersebut. Maka lahirlah projek ini. Walaupun ibu tersebut member sedikit
tunjukajar tentang projek ini, tetapi sebagai guru saya telah melayari internet untuk
mendapatkan lebih informasi tentang projek ini.
Pada peringkat awal guru meminta murid untuk menamakan projek yang akan
dilaksanakan. Dari pelbagai tajuk yang dicadangkan oleh murid, maka akhirnya
tajuk MY MAGIC SAND BOTTLE ditetapkan oleh murid.
Sebelum projek ini dilaksanakan, guru member sedikit panduan tentang
bagaimana sesuatu projek mesti dijalankan. Antaranya ialah penyediaan carta
aliran kerja murid. Di carta aliran kerja ini, murid melekatkan gambar aktiviti yang
akan dilaksanakan sepanjang projek ini. Carta ini secara tidak langsung akan
membantu murid - murid melakukan aktiviti projek dengan sendiri.
3. Projek ini dijangka akan mengambil masa selama empat minggu. Minggu
pertama juga dikenali sebagai minggu penggumpulan maklumat dan menyediakan
carta aliran kerja.
Pada minggu kedua, guru meminta bantuan dari ibubapa untuk menggumpul
pasir. Ibubapa bersama anak mereka membawapasir ke sekolah. Murid akan ayak
pasir tersebut untuk mendapatkan pasir halus.
Pada minggu ketiga pula, murid – murid akan mewarnakan pasir tersebut
mengikut warna kegemaran mereka. Seterusnya mereka akan menggeringkan
pasir tersebut. Ia menggambil masa yang agak lama.
Pada minggu keempat murid – murid menghasilkan botol berisi pasir berwarna
secara individu. Minggu tersebut juga murid akan menghias botol tersebut.
Akhirnya murid akan melakukan aktiviti jualan botol tersebut di kawasan sekolah.
Duit tersebut mereka akan kumpul dalam tabung mereka di kelas prasekolah.
3.OBJEKTIF
Pada akhir projek ini murid - murid akan dapat menghasilkan sesuatu bahan perhiasan
yang menarik dengan pasir halus.
4. Dokumentasi Projek
4.1
Fasa 1 - Permulaan
Minggu 1 – Isnin
Pada peringkat permulaan
I.
II.
Ibu seorang anak murid memberi sedikit taklimat mengenai sand bottle.
Murid memilih pasangan mereka dengan sendiri.
4. III.
Murid menentukan tajuk projek tersebut.
Minggu 1 – Rabu
I.
Guru menerangkan projek yang hendak dijalankan secara ringkas kepada murid.
II.
Guru membimbing murid- murid untuk menyediakan carta aliran kerja projek.
4.2
Fasa 2 – Perkembangan
Minggu 2 – Isnin
I.
II.
III.
Murid - murid mengumpul pasir bersama ibu bapa.
Murid - murid mengayak pasir supaya hanya mendapat pasir yang paling halus.
Murid- murid mengeringkan pasir halus diatas surat khabar di bawah cahaya
matahari.
Minggu 2– Rabu
Murid- murid mencampurkan warna yang berlainan dan mengeringkan sekali lagi.
5. Minggu 3 – Isnin
I.
Murid- murid secara berpasangan akan menggunakan alat corong yang kecil dan
sudu untuk memasukkan pasir yang dicampur warna ke dalam botol kaca.
II.
Murid - murid menutup botol kaca yang diisi pasir warna dengan kemas dan
berhati - hati supaya pasirnya tidak bercampur atau tumpah.
III.
Pentaksiran akan dilakukan oleh guru semasa aktiviti dijalankan.
Minggu 3 – Rabu
I.
Murid - murid akan menghias botol dengan mengikat reben yang telah disimpul
dengan cantik.
4.3
Fasa 3 – Kesimpulan
Minggu 4 – Isnin
I.
Murid –murid akan menjual ‘The Magic Sand Bottle’ yang telah siap sebagai
bahan hiasan kepada guru – guru sekolah ini untuk mengumpul duit di tabung
prasekolah mereka.
4.4 Impak Projek secara keseluruhan.
6. Impak kepada murid:-
I.
murid sangat seronok kerana hasil tangan mereka dapat dijadikan sebagai bahan
perhiasan dan dapat menjual bahan tersebut.
II.
Murid - murid juga dapat mengetahui bahawa pasir yang biasanya digunakan
untuk kerja pembinaan, dapat juga dijadikan sebagai bahan perhiasan yang boleh
mencantikkan kelas.
III.
Kesedaran dapat diwujudkan di diri murid sebagai ahli masyarakat dalam menyumbang
kepada penjagaan keindahan alam serta mewujudkan persekitaran yang sihat.
Impak kepada guru:Setiap manusia mempunyai kebolehan menciptakan, menghasilkan dan mengembangkan
sesuatu idea yang baru dan asli. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek,
kreativiti guru dapat diperkasakan. Guru berpeluang mengembangkan potensi yang ada
pada diri mereka.Kreativiti adalah satu aspek yang penting bagi seorang pendidik.
Kreativiti merupakan pendorong kepada inovasi iaitu penciptaan baru dalam memberi
kemudahan terhadap kehidupan manusia. Menurut Yong & Biraimah (1996), seorang
guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi
murid-murid. Dalam projek ‘My magic Sand Bottle’, kreatif dalam penggubahan sesuatu
bahan telah dicungkilkan. Justeru, setiap pendidik haruslah mempunyai daya kreativiti
dan inovasi yang tinggi. Tambahan pula, Guru juga dapat mencungkil bakat murid
dalam penghasilan bahan perhiasan daripada bahan yang biasa dijumpai seperti
pasir.
7. Impak kepada ibubapa / komuniti :Melalui aktiviti yang dijalankan ini, kesedaran golongan ibu bapa dan komuniti dalam
melaksanakan projek di prasekolah dapat ditingkatkan. Ibubapa melihat anak - anak
mereka menggunakan masa terluang mereka dengan sebaik- baiknya dengan
melakukan sesuatu yang berfaedah , bermanfaat dan bersifat menyayangi alam
sekitar.
5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
5.1 STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIPILIH
KTI 1.1 Menggunakan
pengetahuan
tentang
bahan
dan
teknik
dalam
menghasilkan karya seni (Aplikasi seni).
KTI 1.1.4Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan
bimbingan.
KTI 1.2 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya (ekspresi kreatif)
8. KTI 1.2.12 Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah
karya kreatif.
5.2
KESEPADUAN
STANDRAD
PEMBELAJARAN
DAN
STANDARD
KANDUNGAN KSPK YANG DIPILIH
STANDARD KANDUNGAN
PFK 1.1 Melakukan kemahiran motor
STANDARD PEMBELAJARAN
PFK 1.1.4 Menggunakan tangan untuk
halus.
BT1.1 Mendengar dengan penuh
menguli.
BT 1.1.7 Mendengar dan memahami
perhatian.
BT
3.2
Persediaan
membaca.
5.3
arahan
serta memberi respons yang sesuai.
sebelum BT3.2.4 Mengagihkan benda atau gambar
mengikut kategori.
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.3.1 KESEPADUAN PELBAGAI TEKNIK DAN KAEDAH
Teknik
i.
Berbincang
Teknik berbincang yang berbentuk perbualan dilakukan di kalangan kanak-kanak
di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Semasa memilih tajuk dan jenis projek
yang ingin dilaksanakan, murid-murid mengadakan perbincangan antara satu
sama lain secara lisan di bawah bimbingan guru.
9. ii.
Soal jawab
Teknik soal jawab kerap digunakan oleh guru untuk mewujudkan interaksi antara
guru dengan murid-murid. Teknik ini dilaksanakan berasaskan pada guru
mengemukakan soalan dan kanak-kanak memberi jawapan bagi soalan tersebut.
ujuan teknik soal jawab diaplikasikan dalam pembelajaran berasaskan projek
adalah untuk menimbulkan minat terhadap projek yang bakal mereka
laksanakan.
iii.
Teknik penyelesaian masalah
Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Kanak-kanak
diberi masalah dan mereka dikehendaki cuba menyelesaikan masalah tersebut.
Kaedah
i.
Kaedah koperatif/kolaboratif
Kaedah koperatif/kolaboratif digunakan iaitu murid-murid melibatkan diri secara
aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan, murid-murid dilatih supaya
memahami dan mempunyai aspek akauntabiliti diri dan tanggungjawab
berkongsi. Kaedah ini dapat memupuk kemahiran interaksi sosial secara
langsung di mana murid menjalankan aktiviti secara kumpulan dan guru
memainkan peranan sebagai fasilitator.
10. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran
:
Perkembangan Fizikal Dan Estetika (Seni)
Tahun
:
Prasekolah
Bil. Murid
:
8 orang
Tema
:
Pasir
Tajuk
:
My Magic Sand Bottle
Tarikh
:
9 Hb.Julai 2013
Masa
:
30 minit
Hasil Pembelajaran
:
Pada akhir P&P murid- murid akan dapat :o mengisi pasir halus dengan cermat di dalam botol hiasan.
Kemahiran bahasa
: Menyebut dan menamakan dengan betul
Ilmu / penggabung jalinan
: Sains dan Teknologi , Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan.
Nilai murni
: Kerjasama , tolong menolong ,kreativiti
11. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir ( KB)
: mengumpul dan menjana idea
Belajar Cara Belajar(BCB)
: mengumpul , memproses , interpersonel
Pengetahuan sedia ada
: Murid pernah bermain dan mengenal pasir
Bahan bantu belajar (BBB)
: Pasir , warna , botol kaca , gam dan reben.
Langkah
Set Induksi
I.
(2 minit)
Aktiviti P&P
Guru mengedarkan gambar dari pasir (sand
bertanyakan
mengenai
bahan
utama
art) kepada murid dan
yang
digunakan
untuk
Catatan
KB : Menghubungkait,
BCB : Mendengar dengan teliti.
menghasilkannya.
Langkah 1
II.
I.
II.
Langkah 2
(20 minit)
I.
BBM : botol ajaib yang telah siap.
telah disiapkan.
( 5 minit)
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang hendak diajar.
Guru menunjukkan carta aliran dan berbincang mengenai aktiviti yang
Carta aliran kerja projek.
Guru meminta murid menyatakan mengenai aktiviti yang masih belum
disiapkan.
Guru menerangkan mengenai station.
BBM : bakul, botol, pasir berwarna,
Station 1: murid mengambil botol dan bakul.
sudu dan corong kecil.
Station 2: murid mengambil bekas yang berisi pasir warna berlainan
iaitu sebanyak 6 warna sekumpulan.
Station 3: murid mendapatkan alatan untuk mengisi pasir dalam botol
12. iaitu sudu dan corong kecil.
II.
Murid - murid duduk dalam kumpulan .
III.
IV.
Penutup
Murid memasukkan pasir bergilir – gilir dalam botol.
Guru membimbing murid.
I.
(3 minit)
Murid -murid mengisi carta aliran projek apabila aktiviti mengisi sudah
selesai.
II.
Murid-murid mengemas tempat.
KB: bekerjasama