SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
Descargar para leer sin conexión
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
1
PENENTUAN POLISI KERJA RUMAH OLEH PENTADBIR SEKOLAH
Ahmad Zafiru bin Mat Yassin, Penolong Pengarah Sains
Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Mesyuarat JK Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
16 April 2013, BTPN Negeri Pahang.
Abstrak: Sejak dahulu lagi kerja rumah sentiasa dikaitkan dengan sekolah; dengan
kepercayaan bahawa kerja rumah memberi faedah kepada murid. Banyak kajian telah
dilakukan oleh penyelidik di dalam dan di luar negara untuk mencari perkaitan dan
hubungan yang dapat menyatakan dengan tepat kesan kerja rumah pada pencapaian
akademik murid. Dalam kepercayaan bahawa kerja rumah merupakan antara pasak yang
memperkukuhkan pembelajaran dan pencapaian murid, faktor kepimpinan kurikulum,
penyeliaan pengajaran dan pengajaran berkualiti dan pendekatan pengurus kurikulum
yang lebih menitikberatkan hubungan interpersonal juga telah diselidiki. Perdebatan tanpa
kesudahan antara pihak yang menyokong kerja rumah dan pihak yang mahu memansuhkan
kerja rumah akan sentiasa mencabar keintelektualan warga pendidik. Tujuan kerja rumah
diberikan dan bagaimana murid menghayati kerja rumah untuk membentuk kefahaman
adalah kunci keberkesanan kerja rumah. Penyemakan kerja rumah yang diberikan digniti
oleh guru yang profesional adalah proses yang menyokong perkembangan pembelajaran
murid menerusi kerja rumah. Tetapi, kunci kepada kecemerlangan murid adalah
Pengajaran dan Pembelajaran berkesan yang berlaku di dalam bilik darjah.
1. Tujuan
Kertas kerja ini bertujuan untuk menarik perhatian Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang bersidang pada 16 April 2013 di
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang kepada Kerja Rumah yang menjadi
rutin bagi sekolah-sekolah, supaya keberkesanan kerja rumah menjadi inti pati
mengapa ia diberikan kepada murid. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja
rumah seperti perancangan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
yang berkesan, perancangan tugasan dan kerja rumah, penyemakan kerja rumah yang
bersegera dan tuntas serta penyeliaan buku latihan hendaklah diberi tumpuan yang
lebih serius jika masa yang dihabiskan oleh murid terhadap kerja rumah mahu
dimanfaatkan sepenuhnya.
2. Pengenalan
Kerja rumah merupakan satu aktiviti PdP yang telah lama dipraktikkan dan harus
dikaji keberkesanannya. Kerja rumah boleh diertikan sebagai kerja atau tugasan yang
diberikan kepada murid oleh guru di sekolah untuk disiapkan atau dipanjangkan pada
waktu di luar persekolahan. Bagi sesetengah murid, kerja rumah mendorong mereka
untuk menyiasat, meneroka serta mengkaji. Ini kerana kerja rumah diberikan untuk
menghubungkan secara terus pelajaran yang dipelajari di dalam kelas. [1]
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
2
Dalam perkembangan terkini, negara-negara maju mula menilai semula kerja rumah.
Di satu pihak ibu bapa langsung tidak mahu anak dibekalkan dengan kerja rumah, atas
alasan gaya kehidupan masa kini telah mengambil terlalu banyak masa, dan kerja
rumah akan mengehadkan masa interaksi keluarga. Presiden Perancis, Francois
Hollande mahu mengharamkan kerja rumah, atas alasan pelajar dari keluarga miskin
tidak mendapat kesaksamaan peluang dibimbing oleh ibu bapa di rumah. Di negara
itu, semua murid sekolah rendah tidak boleh diberikan kerja rumah sejak tahun 1956
lagi.[2]
3. Keperluan kerja rumah
Richard Walker dan Mike Horsely [3] melalui buku Reforming Homework: Practices,
Learning and Policy, ketika mengupas persoalan adakah kerja rumah relevan dalam
konteks masa kini, menekankan motif pemberian sesuatu kerja rumah itu dan adakah
objektifnya telah tercapai jika murid menyiapkannya? Menurut mereka kebanyakan
kajian empirikal bertumpu kepada tiga isu utama, yakni sama ada kerja rumah:
a. Memperkasakan pembelajaran murid?
b. Membantu murid membentuk kemahiran seorang pelajar yang berdikari dan
terarah kendiri? (independent and self-directed learner).
c. Telah melibatkan ibu bapa dalam aktiviti pendidikan anak mereka dengan cara
yang memberi faedah?
(Nota: Presiden Perancis, seorang sosialis, mahu memansuhkan kerja rumah
kerana murid dari keluarga kurang berkemampuan dilihat tidak mendapat
peluang yang saksama untuk menerima bimbingan ibu bapa mencadangkan agar
masa persekolahan ditambah pada hari rabu sehingga masa makan tengah hari.
Buat masa ini murid di Perancis bersekolah empat hari: Isnin, Selasa, Khamis dan
Jumaat).
Setelah meneliti dan membuat penilaian terhadap bukti berdasarkan kajian-kajian
berkenaan tiga isu di atas Walker dan Horsely membuat rumusan am seperti berikut:
“Dari segi pencapaian akademik, kerja rumah tidak berfaedah kepada kanak-kanak
dalam tahun-tahun awal persekolahan, faedah yang terlalu kecil kepada murid dalam
tahun-tahun akhir sekolah rendah, faedah yang kecil kepada pelajar sekolah
menengah rendah dan faedah yang ketara kepada murid sekolah menengah atas.
Kajian yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa menghabiskan lebih masa untuk
kerja rumah dikaitkan dengan murid pencapaian rendah; dapatan ini dikukuhkan
oleh kajian yang menunjukkan bahawa di negara-negara yang menekankan kerja
rumah, pencapaian murid dalam ujian-ujian pencapaian antarabangsa adalah rendah.
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
3
Kemahiran belajar terarah kendiri yang dikaitkan dengan kerja rumah berlaku apabila
ibu bapa membantu murid-murid sekolah rendah tahap 2 (upper primary) dan
menengah rendah menyiapkan kerja rumah. Pelibatan ibu bapa dengan kerja rumah
anak boleh memberi kesan baik atau menjejaskan. Pelibatan ibu bapa menjejaskan
murid apabila ibu bapa terlalu mengongkong dan campur tangan (menyudahkan kerja
rumah bagi pihak anak?) secara berlebihan. Kesan berlaku motivasi apabila ibu bapa
memberi autonomi dan menyokong suasana pembelajaran anak-anak.
Menurut kedua-dua penyelidik ini, kerja rumah yang menekankan pengulangan dan
latihan perlu dikurangkan. Kerja rumah sepatutnya menjadi penghubung antara sekolah
dan komuniti. [4]
4. Kajian antara kerja rumah dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar dari
kelas premier di dua buah sekolah.
Kajian dijayakan oleh Yeo Kee Jiar dan Ainul Hakimah Karim, dari Fakulti Pendidikan
UTM pada tahun 2011. Ia melibatkan murid tingkatan dua dari kelas premier di SMK
Sri Skudai dan SMK Taman Mutiara, Skudai, Johor Baharu.
4.1 Objektif kajian
a. Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja
rumah bagi mata pelajaran Matematik, sejarah dan Bahasa Inggeris
dengan pencapaian akademik pelajar.
…the following broad conclusions can be drawn. In terms of academic
achievement, homework has no benefit for children in the early years of
primary school, negligible benefits for children in the later years of primary
school, weak benefits for junior high school students and reasonable
benefits for senior high school students.
Sound research has demonstrated that spending more time on homework
is associated with lower student achievement; this finding is
complemented by research showing that in countries with high homework
demands, student performance on international tests of achievement is
poor. Self-directed learning skills are associated with doing homework but
the research indicates that the development of these skills occur when
parents are able to assist upper primary and junior secondary school
students with their homework.
Parental involvement in their children’s homework activities can be both
beneficial and detrimental. It can be detrimental when the parents are
over-controlling or interfering, but can be beneficial to student motivation
when parents provide autonomy and a supporting environment for their
children.
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
4
b. Mengenal pasti hubungan antara jenis kerja rumah bagi mata pelajaran
Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik
pelajar.
c. Mengenal pasti hubungan antara pengelolaan guru terhadap kerja rumah
bagi mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan
pencapaian akademik pelajar.
4.2 Fokus kajian
a. Peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumah
b. Kerja rumah jenis ulang kaji
c. Kerja rumah jenis persediaan
d. Kerja rumah jenis penerokaan
e. Cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah
f. Cara pengelolaan guru setelah kerja rumah disempurnakan
4.3 Rumusan
a. Peruntukan masa yang banyak untuk menyiapkan kerja rumah belum
dapat dibuktikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
b. Kerja rumah jenis ulang kaji mempunyai hubungan signifikan yang lemah
dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sejarah,
masing-masing dengan indeks korelasinya 0.342 dan 0.203.
c. Kerja rumah jenis persediaan menunjukkan hubungan yang lemah bagi
mata pelajaran Matematik dengan nilai r=0.215, manakala kerja rumah
bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah, didapati masing-masing
tiada hubungan dengan pencapaian akademik.
d. Kerja rumah jenis penerokaan tidak menunjukkan hubungan dengan
pencapaian akademik bagi ketiga-tiga mata pelajaran itu.
e. Mata pelajaran Matematik menunjukkan hubungan sederhana kuat bagi
kedua-dua cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah
diberikan). Mata pelajaran Sejarah menunjukkan hubungan yang lemah
f. Kerja rumah tiada sebarang hubungan dengan pencapaian dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris bagi keseluruhan enam aspek yang dikaji.
5. Kajian Kementerian Pendidikan United Kingdom – disiarkan oleh akhbar The
Guardian, Khamis, 29 Mac 2012. [5]
5.1 Kajian utama yang dilakukan oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan,
Universiti Oxford dan Kolej Birkbeck, Universiti London menjejak
perkembangan 3,000 murid prasekolah hingga ke umur 14 tahun, sejak 15
tahun lalu mendapati bahawa menghabiskan masa lebih dari dua jam
semalam untuk kerja rumah boleh dikaitkan kepada pencapaian yang lebih
baik dalam Bahasa Inggeris, matematik dan sains. Selari dengan dapatan itu,
murid yang menggunakan lebih tiga jam untuk kerja rumah adalah lebih
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
5
cemerlang. Kajian tersebut lebih tertumpu pada apa yang murid buat,
berbanding banyak mana kerja yang sekolah tetapkan.
5.2 Kerajaan baru United Kingdom telah memansuhkan garis panduan kerja
rumah yang menentukan kuantiti kerja rumah bagi murid. Pemansuhan ini
bermaksud Guru Besar/Pengetua bebas menentukan polisi kerja rumah bagi
sekolah masing-masing.
6. Hubungan kepimpinan pengetua dan kecekapan guru
6.1 Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
dengan efikasi guru dikaji oleh Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman
pada tahun 2010. [6]
a. Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman, merumuskan bahawa kajian
telah membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara kualiti
penyeliaan dengan efikasi guru.
b. Faktor kemahiran interpersonal memainkan peranan yang paling penting
dalam mempengaruhi hubungan antara kualiti penyeliaan dengan efikasi
guru. Oleh itu pengetua selaku penyelia pengajaran dan pembelajaran
perlu mengutamakan kemahiran interpersonal bagi meningkatkan kualiti
penyeliaan. Sekiranya kemahiran interpersonal pengetua tinggi, maka
kecekapan guru semakin meningkat.
6.2 Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi
peperiksaan dijadikan kajian oleh Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi
Abnoh Sawi, PhD. dan Kamarudin Mansur. [7]
a. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran pengetua
dan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan dalam kalangan
responden (guru di sebuah sekolah menengah di Sarawak). Dapatan ini
konsisten dengan kajian terdahulu: Adam, 2005 – isu kepimpinan
pengetua dengan iklim sekolah; Neil, 1994 – budaya sekolah dengan
kepuasan kerja guru; Ling, 1997 – hubungan tingkah laku pelajar dengan
kepuasan kerja guru, dan lain-lain.
b. Peningkatan prestasi peperiksaan pelajar seharusnya menjadi prioriti
utama dalam pengurusan kurikulum sekolah (Usang, memetik Fullan,
2000). Seorang pengetua juga seharusnya mempunyai nilai peribadi
seperti integriti, kredibiliti, kecekapan, disiplin dan amalan membuat
refleksi bagi menjamin pengurusan sekolah. (Memetik Mary, 2006).
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
6
c. Kepuasan kerja guru tidak seharusnya dipinggirkan bahkan patut
diutamakan dalam pengurusan kurikulum sekolah kerana ia memberi
impak terhadap prestasi pelajar.
7. Latihan dan semakan
Latihan, kerja rumah dan tugasan diberi untuk dua tujuan. Pertama, untuk
meningkatkan kefahaman murid tentang pelajaran yang diajarkan di dalam kelas.
Kedua, kerja rumah juga berperanan untuk menyumbangkan pencapaian yang tinggi
terhadap sesuatu mata pelajaran. [8]
7.1 Harris Cooper (2006) menegaskan bahawa kerja rumah boleh meningkatkan
pencapaian ujian sumatif seseorang murid. Kerja rumah membawa kesan baik
apabila jika diberikan pada kadar yang sesuai dengan umur, kebolehan dan
kecenderungan murid. Secara amnya, jumlah kerja rumah bagi murid sekolah
rendah tidak membebankan dari segi masa menyiapkannya. Kerja rumah dan
tugasan diberikan untuk membentuk tabiat belajar dalam kalangan murid-
murid yang masih muda. Bagi murid-murid sekolah rendah, kerja rumah
merupakan latihan persediaan menghadapi peperiksaan. Jumlah masa
menyiapkan semua kerja rumah hendaklah kurang dari 90 minit sehari;
melebihi masa ini kesan kerja rumah akan berkurangan. Bagi murid yang
berada di sekolah menengah, kerja rumah berlegar sekitar 90 – 120 minit.
Lebih daripada itu, kesannya mula menjadi negatif.
7.2 Latihan diberikan sama ada untuk: pemulihan, pengukuhan atau pengayaan.
Setiap latihan perlu disemak dengan segera secara teliti. Terdapat bukti
bahawa penyemakan latihan yang diikuti oleh komen guru akan
meningkatkan pencapaian murid dalam ujian sebanyak 31 % markah
(Marzano, R.J dan Pickering, D.J. 2007, memetik Walhberg, 1999).
7.3 Marzano juga memetik kajian Cooper, Robinson dan Patall (2006) yang
mendapati bahawa hubungan antara jumlah kerja rumah yang disiapkan oleh
murid dengan pencapaian mereka adalah positif dan secara statistiknya
adalah signifikan. Oleh yang demikian, bolehlah dirumuskan bahawa kerja
rumah memberi kesan ke atas pencapaian murid.
7.4 Bila kerja rumah menjadi beban? Bennett dan Kalish, 2006 (dipetik oleh
Marzano dan Pikckering, 2007), menegaskan kesan negatif kerja rumah
apabila: kuantiti kerja rumah terlalu bayak dan kualiti kerja rumah tidak
membina pembelajaran murid.
Menurut Kohn, A. (2006), melalui The homework myth: Why our kids gets too
much of a bad thing. Cambridge, MA: Da Capo Press), guru-guru sepatutnya
memberi kerja rumah apabila ia memberi faedah kepada pembelajaran murid.
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
7
Bersetuju dengan Cooper dan rakan-rakan (2006) Marzano mencatat:
pencapaian purata murid sebuah kelas yang diberi kerja rumah (yang sewajar
banyaknya) adalah sebanyak 23 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian
purata murid sebuah kelas tanpa kerja rumah.
Keberkesanan kerja rumah bergantung pada sebanyak mana murid berjaya
menyiapkannya (bukan kepada banyaknya masa yang digunakan). Guru-guru
perlu merancang kerja rumah dengan teliti supaya potensi kejayaan murid
dapat ditingkatkan secara maksimum. Jelas, pemberian kerja rumah
berbentuk latihan/kemahiran yang telah pun dikuasai oleh murid hanya
membebankannya. Contoh, memberi 200 soalan hasil darab merupakan
deraan, sekiranya murid telah menguasai fakta asas pendaraban (sifir). Begitu
juga, kerja rumah yang tidak dirancang dengan baik (tanpa fokus
pembelajaran) hanya membazir masa berharga murid bersama keluarga.
Guru boleh membentuk kemahiran merancang kerja rumah melalui
pemerhatian kesan perubahan pada pencapaian murid.
8. Kepentingan menyemak kerja rumah.[9]
Beadle, P. (2012) menerangkan kepada penyemakan yang baik (decent marking)
merupakan rahsia kepada perkembangan murid.
8.1 Perkara utama sebelum memberi kerja ialah menentukan bahawa kerja rumah
itu mendatangkan faedah kepada murid. Kerja rumah diberi atas kesedaran
bahawa ia akan membentuk pembelajaran kepada murid. Apakah maknanya
jika guru memberi tugasan kepada murid tetapi tidak menyemaknya?
8.2 Integriti profesional. Guru yang membuat penandaan (penyemakan)
meletakkan suatu simbol INTEGRITI PROFESIONAL. Maksudnya, guru telah
membaca, membuat penilaian dan meninggalkan nasihat, sokongan dan
dorongan bagi menjadikan murid lebih berjaya melalui kerja rumah tersebut.
Jika guru tidak membaca atau menyemak dengan baik maka segala usaha yang
ditunjukkan oleh murid adalah sia-sia belaka.
8.3 Satu cara mudah untuk mengesan kebagusan seseorang guru ialah dengan
melihat buku latihan muridnya. Adakah kualiti kerja murid di permulaan buku
latihan bertambah baik seperti yang dilihat pada penghujung buku latihan.
Semakan berkualiti membentuk sikap dan keperibadian akademik murid!
8.4 Penyemakan berkesan memberi kebaikan berganda kepada murid dan
seterusnya mempertingkat profesionalisme guru.
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
8
9. Perdebatan yang tiada berkesudahan.
Kohn, A. (2006), merumuskan bahawa sehingga kini belum ada kata sepakat dalam
kalangan pengkaji berkenaan kerja rumah. Pandangan mereka mengenai kerja rumah
ialah: a) mempunyai kesan positif, b) tiada kesan atau, c) memberi kesan yang
kompleks. [10].
9.1 Kohn memetik Mullis et al, 1998 halaman 114; yang mendapati perbandingan
antarabangsa menunjukkan bahawa melaksanakan sejumlah kerja rumah
memberi pencapaian lebih baik berbanding tiada kerja rumah langsung, tetapi
membuat sedikit kerja rumah memberi pencapaian yang lebih baik daripada
membuat terlalu banyak kerja rumah. Ini merupakan suatu hubungan
“curvilinear”, bentuk U terbalik pada graf.
9.2 Amalan memberi PdP berkesan dan memberi kefahaman yang terbaik kepada
murid merupakan penyumbang kepada pencapaian.
10. Polisi kerja rumah Jabatan Pelajaran Pahang.
10.1 JPN Pahang sendiri perlu mengetahui apakah kerja rumah memberi faedah
dan kesan ke atas pencapaian murid dari segi :
a) Masa melaksanakan kerja rumah – perlu sesuai dengan keperluan murid.
b) Jumlah kerja rumah – disesuaikan dengan perkembangan kognitif murid.
c) Semakan kerja rumah – segera, jitu, memberi maklum balas untuk
penambahbaikan oleh murid semasa membuat pembetulan.
d) Tiada sebarang polisi kerja rumah diamalkan oleh JPN Pahang, tetapi setiap
guru telah diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan yang
mengambil kira kecukupan latihan bagi setiap topik yang diajar.
e) Isu kelewatan penyemakan latihan, penandaan semberono dan kurangnya
pemantauan penyemakan kerja semua murid merupakan perkara lazim
yang ditemui dalam Audit Akademik.
10.2 Kerja rumah masih relevan dengan senario pendidikan di negeri ini. Dapatan
di barat adalah berdasarkan persekitaran pendidikan, sikap pihak berwajib,
komuniti dan ibu bapa, budaya serta kemudahan pendidikan yang terdapat
di sana. Sehingga pendidikan kita mencapai tahap itu, mungkin kerja rumah
perlu difikirkan sebagai elemen yang memberi faedah kepada murid. Guru
perlu selektif memberi tugasan mengikut aras kognitif murid dan sedikit
mencabar had kognitif tersebut. Tugasan yang terlalu tinggi akan
melemahkan motivasi murid.
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
9
10.3 Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Pengajaran dan
pembelajaran berkesan adalah kunci kepada pencapaian yang tinggi. Guru
perlu membantu murid menguasai objektif PdP di dalam kelas melalui aktiviti
dan tugasan-tugasan yang membina yang bersesuaian. Ini memerlukan guru
merancang PdP dengan jelas dan bermakna.
11. Penutup
Melalui pendekatan yang berhemah, kerja rumah boleh dijadikan satu aspek yang
ampuh bagi mempertingkat pencapaian akademik murid. Semua pihak perlu
mengambil sikap yang terbuka mengenai polisi kerja rumah sesebuah sekolah yang
telah dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid dalam sesuatu
kelas. Kita perlu memahami bahawa sesuatu tindakan mungkin akan berkesan ke atas
semua orang pada sesuatu masa, dan, mungkin semua tindakan yang kita ambil itu
berkesan ke atas seseorang pada sesuatu masa. Kita juga patut tahu bahawa bukan
semua tindakan akan berkesan ke atas semua orang pada setiap masa.
Nota
[1] Yeo Kee Jar & Ainul Hakimah Karim. (2011). Hubungan antara kerja rumah dengan
pencapaian akademik dalam kalangan pelajar kelas premier di dua buah sekolah
menengah. Journal of Educational Psychology and Counselling, volume 2 June 2011,
halaman 28-50/ISSN:2231-735x
[2] Cooper, Hans. (2012. French solution to excessive homework.
http://abcnews.go.com/blogs/headlines/2012/10/french-president-proposes-banning-
homework/
[3] Richard Walker adalah Profesor Madya Pendidikan dan Kerja Sosial, Universiti of
Sydney, Australia. Mike Horsely adalah Pengarah, Learning and Teaching Education
Research Center di Australia.
[4] Walker, R. dan Horsely, Mike. Should Australian schools ban homework? http://the
conversation.com/should-australian-schools-ban-homework-10295. Dicetak 8 April 2013.
[5] - (2012) Homework linked better school result.
http://www.guardian.co.uk/education/2012/mar/29/homework-linked-better-school-
results. Dicetak pada 08 April 2013.
[6] Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman.(2010), Hubungan kualiti penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journal of
Educators and Education, Vol. 25, 53-71, 2010.
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡
10
[7] Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi Abnoh Sawi, PhD. Dan Kamarudin Mansur.
(2011 ). Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi
peperiksaan.
[8] Canadian Council on Learning. (2009). A systematic Review on homework
http://www.ccl-cca.ca/pdfs/SystematicReviews/SystematicReview_HomeworkApril27-
2009.pdf
[9] Beadle, P. (2012). The importance of marking.
http://new teachers.tes.co.uk/news/importance-marking/45966. Dicetak 8 April 2013.
[10] Alfie Kohn (2006). Does homework improve learning?
http://www.alfiekohn.org/teaching/HWach.htm, Dicetak 8 April 2013.
Penghargaan
Pn. Faridah Abd. Rahman, En. Mohd Ali Abdul Manaf, Tn. Syed Amra Syd Akhil, En. Ahmad
Jeffery Hj. Ismail atas pendapat dan perbincangan dalam menjayakan penghasilan kertas
kerja ini.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4saiful_7304
 
Review 1 home learning - summary (in)
Review 1 home learning - summary (in)Review 1 home learning - summary (in)
Review 1 home learning - summary (in)SonyaRahmathika
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sainsEmi Emi Abdul Rasid
 
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran MatematikKepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran MatematikChan Chew Yen
 
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematikKepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematikAmeer Chann
 
Problem Solving Skill Full
Problem Solving Skill FullProblem Solving Skill Full
Problem Solving Skill Fullmoshi89
 
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmrKebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmrZaliey Zakaria
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Kajian tindakan kpd3026
Kajian tindakan kpd3026Kajian tindakan kpd3026
Kajian tindakan kpd3026Adibah Huda
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahSohib AlQuran
 

La actualidad más candente (17)

821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
821008016129001 hbef3603 saiful-t1_a4
 
Review 1 home learning - summary (in)
Review 1 home learning - summary (in)Review 1 home learning - summary (in)
Review 1 home learning - summary (in)
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains
 
Isu disiplin pelajar bentang
Isu disiplin pelajar bentangIsu disiplin pelajar bentang
Isu disiplin pelajar bentang
 
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran MatematikKepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
 
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematikKepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Problem Solving Skill Full
Problem Solving Skill FullProblem Solving Skill Full
Problem Solving Skill Full
 
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmrKebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
Contoh refleksi
Contoh refleksiContoh refleksi
Contoh refleksi
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Kajian tindakan kpd3026
Kajian tindakan kpd3026Kajian tindakan kpd3026
Kajian tindakan kpd3026
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
 

Similar a Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah

LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdfLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdfsriwidyastuti19
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuhadib90
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah Luisa Wong
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah rgbharin
 
PBL_di_Masa_Pandemi_Harris_Iskandar.pdf
PBL_di_Masa_Pandemi_Harris_Iskandar.pdfPBL_di_Masa_Pandemi_Harris_Iskandar.pdf
PBL_di_Masa_Pandemi_Harris_Iskandar.pdfImamSubadi2
 
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalahPenerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalahWirawan Sutrisno Utomo
 
Contoh PTK Bab I - V
Contoh PTK Bab I - VContoh PTK Bab I - V
Contoh PTK Bab I - VEman Syukur
 
Skripsi titin
Skripsi titinSkripsi titin
Skripsi titinAdi Moel
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1Call Vano
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanfiznina86
 
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Muhammad Affrini Azim Zahari
 
JURNAL "PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
JURNAL "PENGARUH  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...JURNAL "PENGARUH  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
JURNAL "PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...Alorka 114114
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)abdol rahim
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Amar Arif
 
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...Paulus Robert Tuerah
 

Similar a Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah (20)

LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdfLK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
LK. 1.2 Eksplorasi Penyebab Masalah SRIWIDYASTUTI HANDAYANI R, S.Pd.pdf
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
 
Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...
 
Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...
 
PBL_di_Masa_Pandemi_Harris_Iskandar.pdf
PBL_di_Masa_Pandemi_Harris_Iskandar.pdfPBL_di_Masa_Pandemi_Harris_Iskandar.pdf
PBL_di_Masa_Pandemi_Harris_Iskandar.pdf
 
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalahPenerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
 
Contoh PTK Bab I - V
Contoh PTK Bab I - VContoh PTK Bab I - V
Contoh PTK Bab I - V
 
Skripsi titin
Skripsi titinSkripsi titin
Skripsi titin
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
 
21 ike revita
21 ike revita21 ike revita
21 ike revita
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
 
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
PPT BEST PRACTICE BK.pptx
PPT BEST PRACTICE BK.pptxPPT BEST PRACTICE BK.pptx
PPT BEST PRACTICE BK.pptx
 
Proposal skripsi
Proposal skripsiProposal skripsi
Proposal skripsi
 
JURNAL "PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
JURNAL "PENGARUH  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...JURNAL "PENGARUH  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
JURNAL "PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI LUAR KELAS DALAM MATA PELAJARAN...
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
 
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Menggunakan Media Pembelajaran Melalui In H...
 

Último

Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptxDasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptxadel876203
 
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaEkonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaWahyuKamilatulFauzia
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptFrida Adnantara
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...ChairaniManasye1
 
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISKEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISHakamNiazi
 
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IMateri Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IIkaAliciaSasanti
 
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaDAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaarmanamo012
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxHakamNiazi
 
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptxObyMoris1
 
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxBAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxFrida Adnantara
 
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptxMOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptxHakamNiazi
 
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxPSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxRito Doank
 
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bankzulfikar425966
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxumusilmi2019
 
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalKELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalAthoillahEconomi
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuanganzulfikar425966
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxMunawwarahDjalil
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxZefanya9
 
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganuang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganlangkahgontay88
 
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptPerhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptSalsabillaPutriAyu
 

Último (20)

Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptxDasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
 
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaEkonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
 
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISKEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
 
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IMateri Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
 
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaDAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
 
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
 
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxBAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
 
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptxMOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
 
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxPSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
 
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
 
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalKELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
 
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganuang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
 
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptPerhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
 

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah

  • 1. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 1 PENENTUAN POLISI KERJA RUMAH OLEH PENTADBIR SEKOLAH Ahmad Zafiru bin Mat Yassin, Penolong Pengarah Sains Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Mesyuarat JK Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 16 April 2013, BTPN Negeri Pahang. Abstrak: Sejak dahulu lagi kerja rumah sentiasa dikaitkan dengan sekolah; dengan kepercayaan bahawa kerja rumah memberi faedah kepada murid. Banyak kajian telah dilakukan oleh penyelidik di dalam dan di luar negara untuk mencari perkaitan dan hubungan yang dapat menyatakan dengan tepat kesan kerja rumah pada pencapaian akademik murid. Dalam kepercayaan bahawa kerja rumah merupakan antara pasak yang memperkukuhkan pembelajaran dan pencapaian murid, faktor kepimpinan kurikulum, penyeliaan pengajaran dan pengajaran berkualiti dan pendekatan pengurus kurikulum yang lebih menitikberatkan hubungan interpersonal juga telah diselidiki. Perdebatan tanpa kesudahan antara pihak yang menyokong kerja rumah dan pihak yang mahu memansuhkan kerja rumah akan sentiasa mencabar keintelektualan warga pendidik. Tujuan kerja rumah diberikan dan bagaimana murid menghayati kerja rumah untuk membentuk kefahaman adalah kunci keberkesanan kerja rumah. Penyemakan kerja rumah yang diberikan digniti oleh guru yang profesional adalah proses yang menyokong perkembangan pembelajaran murid menerusi kerja rumah. Tetapi, kunci kepada kecemerlangan murid adalah Pengajaran dan Pembelajaran berkesan yang berlaku di dalam bilik darjah. 1. Tujuan Kertas kerja ini bertujuan untuk menarik perhatian Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang bersidang pada 16 April 2013 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang kepada Kerja Rumah yang menjadi rutin bagi sekolah-sekolah, supaya keberkesanan kerja rumah menjadi inti pati mengapa ia diberikan kepada murid. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja rumah seperti perancangan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan, perancangan tugasan dan kerja rumah, penyemakan kerja rumah yang bersegera dan tuntas serta penyeliaan buku latihan hendaklah diberi tumpuan yang lebih serius jika masa yang dihabiskan oleh murid terhadap kerja rumah mahu dimanfaatkan sepenuhnya. 2. Pengenalan Kerja rumah merupakan satu aktiviti PdP yang telah lama dipraktikkan dan harus dikaji keberkesanannya. Kerja rumah boleh diertikan sebagai kerja atau tugasan yang diberikan kepada murid oleh guru di sekolah untuk disiapkan atau dipanjangkan pada waktu di luar persekolahan. Bagi sesetengah murid, kerja rumah mendorong mereka untuk menyiasat, meneroka serta mengkaji. Ini kerana kerja rumah diberikan untuk menghubungkan secara terus pelajaran yang dipelajari di dalam kelas. [1]
  • 2. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 2 Dalam perkembangan terkini, negara-negara maju mula menilai semula kerja rumah. Di satu pihak ibu bapa langsung tidak mahu anak dibekalkan dengan kerja rumah, atas alasan gaya kehidupan masa kini telah mengambil terlalu banyak masa, dan kerja rumah akan mengehadkan masa interaksi keluarga. Presiden Perancis, Francois Hollande mahu mengharamkan kerja rumah, atas alasan pelajar dari keluarga miskin tidak mendapat kesaksamaan peluang dibimbing oleh ibu bapa di rumah. Di negara itu, semua murid sekolah rendah tidak boleh diberikan kerja rumah sejak tahun 1956 lagi.[2] 3. Keperluan kerja rumah Richard Walker dan Mike Horsely [3] melalui buku Reforming Homework: Practices, Learning and Policy, ketika mengupas persoalan adakah kerja rumah relevan dalam konteks masa kini, menekankan motif pemberian sesuatu kerja rumah itu dan adakah objektifnya telah tercapai jika murid menyiapkannya? Menurut mereka kebanyakan kajian empirikal bertumpu kepada tiga isu utama, yakni sama ada kerja rumah: a. Memperkasakan pembelajaran murid? b. Membantu murid membentuk kemahiran seorang pelajar yang berdikari dan terarah kendiri? (independent and self-directed learner). c. Telah melibatkan ibu bapa dalam aktiviti pendidikan anak mereka dengan cara yang memberi faedah? (Nota: Presiden Perancis, seorang sosialis, mahu memansuhkan kerja rumah kerana murid dari keluarga kurang berkemampuan dilihat tidak mendapat peluang yang saksama untuk menerima bimbingan ibu bapa mencadangkan agar masa persekolahan ditambah pada hari rabu sehingga masa makan tengah hari. Buat masa ini murid di Perancis bersekolah empat hari: Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat). Setelah meneliti dan membuat penilaian terhadap bukti berdasarkan kajian-kajian berkenaan tiga isu di atas Walker dan Horsely membuat rumusan am seperti berikut: “Dari segi pencapaian akademik, kerja rumah tidak berfaedah kepada kanak-kanak dalam tahun-tahun awal persekolahan, faedah yang terlalu kecil kepada murid dalam tahun-tahun akhir sekolah rendah, faedah yang kecil kepada pelajar sekolah menengah rendah dan faedah yang ketara kepada murid sekolah menengah atas. Kajian yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa menghabiskan lebih masa untuk kerja rumah dikaitkan dengan murid pencapaian rendah; dapatan ini dikukuhkan oleh kajian yang menunjukkan bahawa di negara-negara yang menekankan kerja rumah, pencapaian murid dalam ujian-ujian pencapaian antarabangsa adalah rendah.
  • 3. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 3 Kemahiran belajar terarah kendiri yang dikaitkan dengan kerja rumah berlaku apabila ibu bapa membantu murid-murid sekolah rendah tahap 2 (upper primary) dan menengah rendah menyiapkan kerja rumah. Pelibatan ibu bapa dengan kerja rumah anak boleh memberi kesan baik atau menjejaskan. Pelibatan ibu bapa menjejaskan murid apabila ibu bapa terlalu mengongkong dan campur tangan (menyudahkan kerja rumah bagi pihak anak?) secara berlebihan. Kesan berlaku motivasi apabila ibu bapa memberi autonomi dan menyokong suasana pembelajaran anak-anak. Menurut kedua-dua penyelidik ini, kerja rumah yang menekankan pengulangan dan latihan perlu dikurangkan. Kerja rumah sepatutnya menjadi penghubung antara sekolah dan komuniti. [4] 4. Kajian antara kerja rumah dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar dari kelas premier di dua buah sekolah. Kajian dijayakan oleh Yeo Kee Jiar dan Ainul Hakimah Karim, dari Fakulti Pendidikan UTM pada tahun 2011. Ia melibatkan murid tingkatan dua dari kelas premier di SMK Sri Skudai dan SMK Taman Mutiara, Skudai, Johor Baharu. 4.1 Objektif kajian a. Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja rumah bagi mata pelajaran Matematik, sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar. …the following broad conclusions can be drawn. In terms of academic achievement, homework has no benefit for children in the early years of primary school, negligible benefits for children in the later years of primary school, weak benefits for junior high school students and reasonable benefits for senior high school students. Sound research has demonstrated that spending more time on homework is associated with lower student achievement; this finding is complemented by research showing that in countries with high homework demands, student performance on international tests of achievement is poor. Self-directed learning skills are associated with doing homework but the research indicates that the development of these skills occur when parents are able to assist upper primary and junior secondary school students with their homework. Parental involvement in their children’s homework activities can be both beneficial and detrimental. It can be detrimental when the parents are over-controlling or interfering, but can be beneficial to student motivation when parents provide autonomy and a supporting environment for their children.
  • 4. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 4 b. Mengenal pasti hubungan antara jenis kerja rumah bagi mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar. c. Mengenal pasti hubungan antara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar. 4.2 Fokus kajian a. Peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumah b. Kerja rumah jenis ulang kaji c. Kerja rumah jenis persediaan d. Kerja rumah jenis penerokaan e. Cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah f. Cara pengelolaan guru setelah kerja rumah disempurnakan 4.3 Rumusan a. Peruntukan masa yang banyak untuk menyiapkan kerja rumah belum dapat dibuktikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah. b. Kerja rumah jenis ulang kaji mempunyai hubungan signifikan yang lemah dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sejarah, masing-masing dengan indeks korelasinya 0.342 dan 0.203. c. Kerja rumah jenis persediaan menunjukkan hubungan yang lemah bagi mata pelajaran Matematik dengan nilai r=0.215, manakala kerja rumah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah, didapati masing-masing tiada hubungan dengan pencapaian akademik. d. Kerja rumah jenis penerokaan tidak menunjukkan hubungan dengan pencapaian akademik bagi ketiga-tiga mata pelajaran itu. e. Mata pelajaran Matematik menunjukkan hubungan sederhana kuat bagi kedua-dua cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan). Mata pelajaran Sejarah menunjukkan hubungan yang lemah f. Kerja rumah tiada sebarang hubungan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi keseluruhan enam aspek yang dikaji. 5. Kajian Kementerian Pendidikan United Kingdom – disiarkan oleh akhbar The Guardian, Khamis, 29 Mac 2012. [5] 5.1 Kajian utama yang dilakukan oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan, Universiti Oxford dan Kolej Birkbeck, Universiti London menjejak perkembangan 3,000 murid prasekolah hingga ke umur 14 tahun, sejak 15 tahun lalu mendapati bahawa menghabiskan masa lebih dari dua jam semalam untuk kerja rumah boleh dikaitkan kepada pencapaian yang lebih baik dalam Bahasa Inggeris, matematik dan sains. Selari dengan dapatan itu, murid yang menggunakan lebih tiga jam untuk kerja rumah adalah lebih
  • 5. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 5 cemerlang. Kajian tersebut lebih tertumpu pada apa yang murid buat, berbanding banyak mana kerja yang sekolah tetapkan. 5.2 Kerajaan baru United Kingdom telah memansuhkan garis panduan kerja rumah yang menentukan kuantiti kerja rumah bagi murid. Pemansuhan ini bermaksud Guru Besar/Pengetua bebas menentukan polisi kerja rumah bagi sekolah masing-masing. 6. Hubungan kepimpinan pengetua dan kecekapan guru 6.1 Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru dikaji oleh Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman pada tahun 2010. [6] a. Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman, merumuskan bahawa kajian telah membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara kualiti penyeliaan dengan efikasi guru. b. Faktor kemahiran interpersonal memainkan peranan yang paling penting dalam mempengaruhi hubungan antara kualiti penyeliaan dengan efikasi guru. Oleh itu pengetua selaku penyelia pengajaran dan pembelajaran perlu mengutamakan kemahiran interpersonal bagi meningkatkan kualiti penyeliaan. Sekiranya kemahiran interpersonal pengetua tinggi, maka kecekapan guru semakin meningkat. 6.2 Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi peperiksaan dijadikan kajian oleh Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi Abnoh Sawi, PhD. dan Kamarudin Mansur. [7] a. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran pengetua dan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan dalam kalangan responden (guru di sebuah sekolah menengah di Sarawak). Dapatan ini konsisten dengan kajian terdahulu: Adam, 2005 – isu kepimpinan pengetua dengan iklim sekolah; Neil, 1994 – budaya sekolah dengan kepuasan kerja guru; Ling, 1997 – hubungan tingkah laku pelajar dengan kepuasan kerja guru, dan lain-lain. b. Peningkatan prestasi peperiksaan pelajar seharusnya menjadi prioriti utama dalam pengurusan kurikulum sekolah (Usang, memetik Fullan, 2000). Seorang pengetua juga seharusnya mempunyai nilai peribadi seperti integriti, kredibiliti, kecekapan, disiplin dan amalan membuat refleksi bagi menjamin pengurusan sekolah. (Memetik Mary, 2006).
  • 6. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 6 c. Kepuasan kerja guru tidak seharusnya dipinggirkan bahkan patut diutamakan dalam pengurusan kurikulum sekolah kerana ia memberi impak terhadap prestasi pelajar. 7. Latihan dan semakan Latihan, kerja rumah dan tugasan diberi untuk dua tujuan. Pertama, untuk meningkatkan kefahaman murid tentang pelajaran yang diajarkan di dalam kelas. Kedua, kerja rumah juga berperanan untuk menyumbangkan pencapaian yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran. [8] 7.1 Harris Cooper (2006) menegaskan bahawa kerja rumah boleh meningkatkan pencapaian ujian sumatif seseorang murid. Kerja rumah membawa kesan baik apabila jika diberikan pada kadar yang sesuai dengan umur, kebolehan dan kecenderungan murid. Secara amnya, jumlah kerja rumah bagi murid sekolah rendah tidak membebankan dari segi masa menyiapkannya. Kerja rumah dan tugasan diberikan untuk membentuk tabiat belajar dalam kalangan murid- murid yang masih muda. Bagi murid-murid sekolah rendah, kerja rumah merupakan latihan persediaan menghadapi peperiksaan. Jumlah masa menyiapkan semua kerja rumah hendaklah kurang dari 90 minit sehari; melebihi masa ini kesan kerja rumah akan berkurangan. Bagi murid yang berada di sekolah menengah, kerja rumah berlegar sekitar 90 – 120 minit. Lebih daripada itu, kesannya mula menjadi negatif. 7.2 Latihan diberikan sama ada untuk: pemulihan, pengukuhan atau pengayaan. Setiap latihan perlu disemak dengan segera secara teliti. Terdapat bukti bahawa penyemakan latihan yang diikuti oleh komen guru akan meningkatkan pencapaian murid dalam ujian sebanyak 31 % markah (Marzano, R.J dan Pickering, D.J. 2007, memetik Walhberg, 1999). 7.3 Marzano juga memetik kajian Cooper, Robinson dan Patall (2006) yang mendapati bahawa hubungan antara jumlah kerja rumah yang disiapkan oleh murid dengan pencapaian mereka adalah positif dan secara statistiknya adalah signifikan. Oleh yang demikian, bolehlah dirumuskan bahawa kerja rumah memberi kesan ke atas pencapaian murid. 7.4 Bila kerja rumah menjadi beban? Bennett dan Kalish, 2006 (dipetik oleh Marzano dan Pikckering, 2007), menegaskan kesan negatif kerja rumah apabila: kuantiti kerja rumah terlalu bayak dan kualiti kerja rumah tidak membina pembelajaran murid. Menurut Kohn, A. (2006), melalui The homework myth: Why our kids gets too much of a bad thing. Cambridge, MA: Da Capo Press), guru-guru sepatutnya memberi kerja rumah apabila ia memberi faedah kepada pembelajaran murid.
  • 7. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 7 Bersetuju dengan Cooper dan rakan-rakan (2006) Marzano mencatat: pencapaian purata murid sebuah kelas yang diberi kerja rumah (yang sewajar banyaknya) adalah sebanyak 23 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian purata murid sebuah kelas tanpa kerja rumah. Keberkesanan kerja rumah bergantung pada sebanyak mana murid berjaya menyiapkannya (bukan kepada banyaknya masa yang digunakan). Guru-guru perlu merancang kerja rumah dengan teliti supaya potensi kejayaan murid dapat ditingkatkan secara maksimum. Jelas, pemberian kerja rumah berbentuk latihan/kemahiran yang telah pun dikuasai oleh murid hanya membebankannya. Contoh, memberi 200 soalan hasil darab merupakan deraan, sekiranya murid telah menguasai fakta asas pendaraban (sifir). Begitu juga, kerja rumah yang tidak dirancang dengan baik (tanpa fokus pembelajaran) hanya membazir masa berharga murid bersama keluarga. Guru boleh membentuk kemahiran merancang kerja rumah melalui pemerhatian kesan perubahan pada pencapaian murid. 8. Kepentingan menyemak kerja rumah.[9] Beadle, P. (2012) menerangkan kepada penyemakan yang baik (decent marking) merupakan rahsia kepada perkembangan murid. 8.1 Perkara utama sebelum memberi kerja ialah menentukan bahawa kerja rumah itu mendatangkan faedah kepada murid. Kerja rumah diberi atas kesedaran bahawa ia akan membentuk pembelajaran kepada murid. Apakah maknanya jika guru memberi tugasan kepada murid tetapi tidak menyemaknya? 8.2 Integriti profesional. Guru yang membuat penandaan (penyemakan) meletakkan suatu simbol INTEGRITI PROFESIONAL. Maksudnya, guru telah membaca, membuat penilaian dan meninggalkan nasihat, sokongan dan dorongan bagi menjadikan murid lebih berjaya melalui kerja rumah tersebut. Jika guru tidak membaca atau menyemak dengan baik maka segala usaha yang ditunjukkan oleh murid adalah sia-sia belaka. 8.3 Satu cara mudah untuk mengesan kebagusan seseorang guru ialah dengan melihat buku latihan muridnya. Adakah kualiti kerja murid di permulaan buku latihan bertambah baik seperti yang dilihat pada penghujung buku latihan. Semakan berkualiti membentuk sikap dan keperibadian akademik murid! 8.4 Penyemakan berkesan memberi kebaikan berganda kepada murid dan seterusnya mempertingkat profesionalisme guru.
  • 8. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 8 9. Perdebatan yang tiada berkesudahan. Kohn, A. (2006), merumuskan bahawa sehingga kini belum ada kata sepakat dalam kalangan pengkaji berkenaan kerja rumah. Pandangan mereka mengenai kerja rumah ialah: a) mempunyai kesan positif, b) tiada kesan atau, c) memberi kesan yang kompleks. [10]. 9.1 Kohn memetik Mullis et al, 1998 halaman 114; yang mendapati perbandingan antarabangsa menunjukkan bahawa melaksanakan sejumlah kerja rumah memberi pencapaian lebih baik berbanding tiada kerja rumah langsung, tetapi membuat sedikit kerja rumah memberi pencapaian yang lebih baik daripada membuat terlalu banyak kerja rumah. Ini merupakan suatu hubungan “curvilinear”, bentuk U terbalik pada graf. 9.2 Amalan memberi PdP berkesan dan memberi kefahaman yang terbaik kepada murid merupakan penyumbang kepada pencapaian. 10. Polisi kerja rumah Jabatan Pelajaran Pahang. 10.1 JPN Pahang sendiri perlu mengetahui apakah kerja rumah memberi faedah dan kesan ke atas pencapaian murid dari segi : a) Masa melaksanakan kerja rumah – perlu sesuai dengan keperluan murid. b) Jumlah kerja rumah – disesuaikan dengan perkembangan kognitif murid. c) Semakan kerja rumah – segera, jitu, memberi maklum balas untuk penambahbaikan oleh murid semasa membuat pembetulan. d) Tiada sebarang polisi kerja rumah diamalkan oleh JPN Pahang, tetapi setiap guru telah diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan yang mengambil kira kecukupan latihan bagi setiap topik yang diajar. e) Isu kelewatan penyemakan latihan, penandaan semberono dan kurangnya pemantauan penyemakan kerja semua murid merupakan perkara lazim yang ditemui dalam Audit Akademik. 10.2 Kerja rumah masih relevan dengan senario pendidikan di negeri ini. Dapatan di barat adalah berdasarkan persekitaran pendidikan, sikap pihak berwajib, komuniti dan ibu bapa, budaya serta kemudahan pendidikan yang terdapat di sana. Sehingga pendidikan kita mencapai tahap itu, mungkin kerja rumah perlu difikirkan sebagai elemen yang memberi faedah kepada murid. Guru perlu selektif memberi tugasan mengikut aras kognitif murid dan sedikit mencabar had kognitif tersebut. Tugasan yang terlalu tinggi akan melemahkan motivasi murid.
  • 9. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 9 10.3 Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Pengajaran dan pembelajaran berkesan adalah kunci kepada pencapaian yang tinggi. Guru perlu membantu murid menguasai objektif PdP di dalam kelas melalui aktiviti dan tugasan-tugasan yang membina yang bersesuaian. Ini memerlukan guru merancang PdP dengan jelas dan bermakna. 11. Penutup Melalui pendekatan yang berhemah, kerja rumah boleh dijadikan satu aspek yang ampuh bagi mempertingkat pencapaian akademik murid. Semua pihak perlu mengambil sikap yang terbuka mengenai polisi kerja rumah sesebuah sekolah yang telah dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid dalam sesuatu kelas. Kita perlu memahami bahawa sesuatu tindakan mungkin akan berkesan ke atas semua orang pada sesuatu masa, dan, mungkin semua tindakan yang kita ambil itu berkesan ke atas seseorang pada sesuatu masa. Kita juga patut tahu bahawa bukan semua tindakan akan berkesan ke atas semua orang pada setiap masa. Nota [1] Yeo Kee Jar & Ainul Hakimah Karim. (2011). Hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar kelas premier di dua buah sekolah menengah. Journal of Educational Psychology and Counselling, volume 2 June 2011, halaman 28-50/ISSN:2231-735x [2] Cooper, Hans. (2012. French solution to excessive homework. http://abcnews.go.com/blogs/headlines/2012/10/french-president-proposes-banning- homework/ [3] Richard Walker adalah Profesor Madya Pendidikan dan Kerja Sosial, Universiti of Sydney, Australia. Mike Horsely adalah Pengarah, Learning and Teaching Education Research Center di Australia. [4] Walker, R. dan Horsely, Mike. Should Australian schools ban homework? http://the conversation.com/should-australian-schools-ban-homework-10295. Dicetak 8 April 2013. [5] - (2012) Homework linked better school result. http://www.guardian.co.uk/education/2012/mar/29/homework-linked-better-school- results. Dicetak pada 08 April 2013. [6] Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman.(2010), Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 53-71, 2010.
  • 10. Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡ 10 [7] Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi Abnoh Sawi, PhD. Dan Kamarudin Mansur. (2011 ). Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasi peperiksaan. [8] Canadian Council on Learning. (2009). A systematic Review on homework http://www.ccl-cca.ca/pdfs/SystematicReviews/SystematicReview_HomeworkApril27- 2009.pdf [9] Beadle, P. (2012). The importance of marking. http://new teachers.tes.co.uk/news/importance-marking/45966. Dicetak 8 April 2013. [10] Alfie Kohn (2006). Does homework improve learning? http://www.alfiekohn.org/teaching/HWach.htm, Dicetak 8 April 2013. Penghargaan Pn. Faridah Abd. Rahman, En. Mohd Ali Abdul Manaf, Tn. Syed Amra Syd Akhil, En. Ahmad Jeffery Hj. Ismail atas pendapat dan perbincangan dalam menjayakan penghasilan kertas kerja ini.