Más contenido relacionado La actualidad más candente (20) Buatebook1. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
SATU PERKONGSIAN
EKSKLUSIF PERCUMA BUAT
SAHABATKU…
1 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
1
2. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Disclaimer
Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung dalam dunia
perniagaan internet sejak Disember 2008 lagi. Ebook ini ditulis khas
untuk anda bagi mendedahkan akan peluang perniagaan ebook
melalui internet yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan buat
anda.
Ebook ini hanya satu pendedahan asas, bukannya jaminan untuk anda
berjaya dengan mudah dalam perniagaan ebook. Bayak yang anda
perlu pelajari lagi dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Berkenaan
perkara teknikal yang disyorkan dalam ebook ini adalah berdasarkan
pada masa penulis menulis ebook ini. Jadi, sebarang perubahan
teknologi internet mungkin akan merubah situasi penggunaan ebook
ini pada masa akan datang sejajar dengan perkembangan teknologi
yang semakin pesat.
Beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum
membaca ebook ini:
• Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana
bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun
• Anda dilarang menjual ebook ini kepada mana – mana pihak
sekalipun
• Anda dilarang mengedarkan ebook percuma ini secara terus
kepada mana – mana pihak tanpa melalui laman web
www.buatebook.com
• Anda dilarang menjadikan ebook ini sebagai bonus produk
anda.
• Anda dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini kepada sesiapa
saja melalui laman web www.buatebook.com
• Anda dibenarkan memberikan ebook ini sebagai bonus bagi
produk anda dengan syarat melalui pendaftaran sebagai
subscriber di www.buatebook.com
2 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
2
3. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
SIAPA JAMAL YANG
MENULIS EBOOK INI
UNTUK ANDA ?
3 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
3
4. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Pengenalan Diri Saya
Sebelum saya pergi ‘detail’ mengenai tajuk laporan ini, saya
memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Baca point-point di bawah:
• Nama – Jamaluddin Bahari
• Umur – 28 tahun
• Besday – 23 March 1981
• Tempat tinggal – KL (rumah sewa je)
• Kerja – makan gaji di sektor awam
• Mula menceburi bisnes internet – Disember 2008
• Bisnes internet – sumber pendapatan sampingan
• Income dari internet – RM8k – RM30K sebulan
• Pangkalan utama – forum wangcyber.com (komuniti usahawan
internet Malaysia)
• Laman web yang dimiliki oleh saya
- www.kerja-kerajaan.com,
- www.rahsiablog.com,
- www.rahsiaemas.com,
- www.blogjamal.com
- www.kerja-kerajaan.com/blog
- www.buatebook.com
• Produk utama – ebook / produk informasi
• 2 laman web produk informasi ilmiah seksual telah diserah/dijual
kepada pemilik baru
• Mula menceburi affiliate pada March 2009
• Pernah menjadi beberapa top 3 affiliate produk tempatan iaitu
1. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 1
2. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 2
3. PPL kad Bisnes
4. PPL Kuasa Email
5. PPL Youthsays Wan Mus
6. The Four Weeks To Freedom (Zamri Nanyan)
7. 10 Cara Buat Duit Raya (Ammar Zahar)
• Pendapatan keseluruhan dari affiliate (April 2009 – Sept 2009) –
RM15 K
• Sedang merancang beberapa projek besar yang akan membantu
industri perniagaan internet Malaysia
• Sasaran – mendapat RM 1 juta pertama dalam masa 4 tahun
4 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
4
5. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Pencapaian Dalam Perniagaan Ebook
1. Menjual ebook pertama (produk ilmiah) – 800 unit dalam
masa 3 bulan dan mendapat hasil jualan RM 24, 000.
2. Menjual ebook RLTKK di www.kerja-kerajaan.com – melebihi
2000 unit sehingga ebook ini ditulis dan telah menjana lebih
RM60, 000 dari ebook tersebut.
3. Menjual satu ebook ilmiah (hubungan suami isteri) karya
seorang rakan – melebihi 200 unit dalam masa 3 bulan dan
sebanyak RM 10, 000 telah berjaya dihasilkan.
4. Menjual ebook Panduan Asas Blogger di www.rahsiablog.com
dan setakat ini berjaya menghasilkan jualan hampir
RM 10, 000 sejak April yang lalu. Lebih 200 unit ebook
berjaya dijual sehingga ke hari ini.
5. Menjual ebook Emas-Emas Yang Hilang di
www.rahsiaemas.com dan berjaya menjana RM 125, 000
dalam masa 40 hari dijual. Sebanyak 1639 unit ebook telah
terjual dalam tempoh tersebut.
6. Selain itu juga, penulis pernah juga menghasilkan jualan
ebook orang lain melalui link affiliate lebih 400 unit dari
beberapa ebook dan telah menjana sebanyak RM 15, 000
dengan affiliate dalam tempoh 6 bulan menceburi affiliate.
5 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
5
6. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
Disclaimer………………………………………………………………………..2
Siapa Jamal Yang Menulis Ebook Ini Untuk Anda ?............................3
Isi Kandungan………………………………………………………………………………….…….6
Pengenalan Ebook……………………………………………………….……………...7
Bagaimana Mencari Idea Menulis Ebook………………….………………….10
Niche – Niche Ebook Popular Yang Mudah Dijual…………….………..…21
Bagaimana Mengkaji Permintaan Terhadap Ebook………………………24
Langkah – Langkah Menulis Ebook…………………………………………….28
Membina Laman Web Jualan Ebook…………………………………………..32
Promosi Ebook…………………………………………………………………………35
Penutup Kata……………………………………………………………………………52
Kronologi Jualan Ebook Emas – Emas Yang Hilang……………………..57
Pendedahan Tips Menulis Ebook Esklusif Dari Sifu Ebook Saya……66
Ruangan Iklan………………………………………………………………………….80
6 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
6
7. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
PENGENALAN EBOOK
7 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
7
8. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Pengenalan
Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan ebook, apa kata kita
berkenalan dulu dengan ebook. Tak kenal maka tak cinta. Perlukah
saya menerangkan ebook secara panjang lebar seperti dalam KITAB
KUNO buku rujukan@buku teks? Tak perlu..Terus saja saya buat
dalam bentuk point di bawah:-
Apa itu ebook?
• Nama omputihnya – electronic book – jadila e-book
• Dalam BM – buku elektronik – e-buku
• Produk informasi digital/produk ilmiah
• Biasanya dalam fomat pdf ataupun executable file
• Semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia
• Boleh dibuat dengan gunakan mic. Word dan ditukarkan kepada
file pdf
Mengapa ebook?
• Mudah dipindah dan disimpan
• Boleh dicetak
• Boleh dapat update dari penjual ebook
• Lain dari lain - unik
• Tiada di pasaran buku – biasanya banyak rahsia yang orang
ramai tak tahu
• Selari dengan perkembangan terkini dunia semasa
• Jimat kos – beli, hantar dll
• Mendidik pembaca dengan cara mudah dan berkesan
• Keuntungan adalah 100%
• Mudah dijual – melalui minisite
• Mudah ditulis, pandai guna mic word sudah cukup
•
Di mana menjual ebook?
• Jual di internet melalui minisite
• Forum
• Blog
• Laman web social
Bagaimana nak buat ebook?
Mencari idea untuk ebook?
- baca dulu ebook ni sampai habis, ada diterangkan
8 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
8
9. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Membuat ebook?
- ya, ada diterangkan dalam ebook ini secara asas
Menjual ebook?
- membeli domain & hosting
- membina laman web – sendiri atau upah orang
- minisite grafik
- penulisan sales letter
- cara pembelian ebook
Mempromosi ebook?
- ada ditunjukkan beberapa cara promosi percuma dan juga yang
berbayar
Siapa membeli ebook?
• Orang yang memiliki kuasa membeli – ada duit nak beli la:)
• Orang yang tahu membeli – belah di internet, tak tahu pun boleh
beli..
• Orang yang memang memerlukan informasi dari ebook yang
dijual
Ebook VS Buku
Buku Ebook
Kena pergi kedai buku nak beli beli di internet pon boleh
dah..cepat pantas dan jimat masa
Berat jika dah banyak..tak boleh Boleh simpan dalam PC, CD,
simpan dalam pendrive… pendrive ke…rasa nak print, tiada
masalah…
Risiko terkoyak, terbakar, hilang Boleh print semula jika hilang ke,
atau kena conteng dengan anak terbakar ke atau sebagainya..
kan kena beli baru pulak buku tu
Jika tak faham lepas baca buku, Tak faham? Email je atau call
nak tanya siapa ye…. penulis ebook..Dia boleh bantu…
Buku dikemaskini – versi terbaru, Biasanya penjual ebook berikan
kita kena beli la sekali lagi.. secara percuma..
Ayat dalam buku berjela – jela Biasanya ditulis dalam bentuk
panjangnya penuh & dengan kata ringkas – straight to the
– kata berbunga – bunganya… point..mudah nak faham:)
Tak boleh sembang – sembang Boleh berchatting ke, email ke,
atau mengorat penulisnya.. call ke dengan penulisnya..silap –
silap haribulan bertemu jodoh
pula dengan penulisnya..hehehe
9 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
9
10. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
BAGAIMANA
BAGAIMANA MENCARI
IDEA MENULIS EBOOK
10 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
10
11. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Bagaimana Mendapatkan Idea Untuk Menulis Ebook
Yang Boleh Dijual?
Idea..idea..idea..Susahnya mencari idea.. Sampai pecah kepala
pening – pening kepala nak dapatkan idea. Tapi ada orang tu senang –
senag je dapat idea. Masa tidur pon boleh dapat idea..Usah risau!
Saya akan membantu anda bagaimana untuk mencari idea untuk
menghasilkan ebook dengan beberapa kaedah yang telah saya
gunakan sebelum ini. Teruskan bacaan.
1. Berdasarkan pengalaman
Pengalaman memang banyak membantu dalam menghasilkan
ebook. Seperti saya hasilkan ebook percuma ini. Jika saya tiada
pengalaman membeli, menjual dan menerbitkan ebook,
bolehkah saya menerbitkan ebook ini? Sudah tentu tidak bukan?
Seperti ebook Rahsia Lulus temuduga Kerja Kerajaan, saya
hasilkan berdasarkan kisah pengalaman saya sendiri.
Akan tetapi pengalaman bagaimana yang boleh anda
tukarkannya kepada ebook?
Mudah saja! Iaitu pengalaman yang dapat menyelesaikan
masalah orang lain. Ataupun kisah kejayaan anda
menyelesaikan masalah tersebut.
Sekiranya anda pernah menyelesaikan masalah orang ramai
berdasarkan pengalaman, teknik – teknik dan juga kepakaran
anda, anda boleh kumpulkannya dalam bentuk ebook. Ebook
yang boleh dijual adalah ebook yang dapat menyelesaikan
masalah orang ramai.
Sebagai contoh: ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
RLTKK dihasilkan berdasarkan pengalaman saya yang telah
beberapa kali menghadiri temuduga di sektor awam.
Dalam temuduga tersebut, saya telah beberapa kali lulus dan
ada juga yang gagal untuk jawatan yang berbeza-beza. Dan
apabila berjaya dalam temuduga, saya terfikir untuk menulis
ebook tersebut. Saya rasa dengan gabungan pengalaman saya,
kajian saya, pembacaan buku berkenaan temuduga, soal selidik,
saya akan dapat menghasilkan sebuah ebook yang dapat
11 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
11
12. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
membantu orang ramai/pencari kerja untuk menghadapi
temuduga di sektor awam.
Anda faham bukan? Seperti yang anda sedia maklum, ramai
orang berminat untuk memasuki bidang kerja sektor awam.
Akan tetapi ramai yang kecewa kerana gagal melepasi tapisan
temuduga. Sebenarnya apa masalah atau punca yang
menyebabkan kegagalan mereka itu? Jawapannya mudah saja
iaitu :
- mereka tidak tahu adab – adab semasa temuduga
- mereka tidak tahu nak buat persediaan apa sebelum temuduga
- mereka tidak tahu cara menjawab soalan yang ditanya
- mereka tidak tahu cara mereka dinilai semasa temuduga
- dan banyak lagi masalah yang sering dihadapi oleh calon
Nah! Inilah masanya saya jadikan pengalaman dan kejayaan
anda itu untuk membantu mereka. Jadi, saya menyediakan
penyelesaian masalah tersebut dalam bentuk ebook iaitu ebook
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Objektif utama ebook
ini dihasilkan adalah membantu menyelesaikan masalah
calon untuk bakal menghadapi temuduga sektor awam
dan seterusnya berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-
idamkan.
Bagaimana? Adakah anda sudah faham apa yang saya
sampaikan berdasarkan contoh/sample yang diberikan? Mungkin
anda memiliki pengalaman – pengalaman hebat yang dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat
Malaysia. Jadi ambil peluang ini. Di samping membantu orang
ramai, anda juga akan mengaut keuntungan dari ebook yang
anda hasilkan.
2. Berdasarkan Hobi/Minat
Apakah hobi dan minat anda? Adakah anda seorang yang suka
memancing? Dan anda selalu mendapat hasil dari pemancingan
anda? Atau anda beberapa kali memenangi pertandingan
memancing/JORAN? Apa kata anda kongsikan teknik memancing
anda yang hebat itu dalam bentuk ebook. Sudah pasti ramai
kaki – kaki pancing akan dapatkan ebook anda. Lebih – lebih lagi
jika anda memang hebat dalam teknik memancing yang tidak
diketahui ramai orang.
12 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
12
13. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Sungguh mudah bukan, contoh yang saya berikan tersebut?
Atau anda cari info – info berkenaan teknik memancing di dalam
buku, carian di internet, tanya otai pancing atau sebagainya dan
kemudian hasilkan satu tips memancing yang lengkap dan
hebat. Anda akan berkongsikan tips – tips pemancingan anda
dalam bentuk ebook dan sudah tentu anda boleh menjual
dengan mudah ebook ini kepada kaki – kaki pancing.
Ada bermacam – macam lagi hobi dan minat orang lain yang
sama dengan anda. Contohnya menanam bunga, memelihara
binatang kesayangan, memasak, bersukan, membaca, dan lain –
lain lagi. Tahukah anda, sekiranya anda menulis ebook
berdasarkan minat atau hobi anda, hasilnya amat memuaskan.
Sudah tentu anda mampu menghasilkan pendapatan dari ebook
tersebut
Mengapa?
Jawapannya adalah - anda melakukan sesuatu yang memang
anda suka dan anda sangat tahu apa yang anda tulis. Tanpa
dipaksa anda akan menyediakan bahan – bahan terbaik yang
akan dimuatkan dalam isi kandungan ebook anda.
Di bawah adalah contoh idea – idea menulis ebook berdasarkan
minat/hobi:
• Ebook Panduan Lengkap Melukis Kartun/ karikatur/ potret
• Ebook Teknik paling Efektif Memikat Awek/Pakwe
• Ebook 10 Cara Memancing Ikan Toman Paling Efektif
• Ebook Teknik Mudah Senyum
• Ebook Teknik Menyulam Baju Cara Jepun
• Ebook Belajar Berenang Dengan Cepat, Selamat dan
Berkesan
• Ebook Panduan Memasak Nasi Kandar Penang
• Ebook Cara Main Game Bola PES Paling Hebat
• Ebook Panduan Membaiki Komputer Sendiri
• Ebook Cara – Cara Mudah Membaiki Kereta Sendiri
• Ebook Panduan Landskap Dalaman Rumah Yang Menarik
• Ebook Cara Bersenam Yang Paling Efektif
• Ebook Cara – cara Memelihara Ikan Kelisa
• Ebook Bagaimana Untuk Menghias Laman Rumah Seperti
Taman Bunga?
13 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
13
14. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
• Ebook Teknik – teknik Mengajar Budak Berumur 2 Tahun
Membaca
• Ebook Bagaimana Menjana Duit Dengan Menjual Kuih
Bahulu Di Rumah
• Ebook Panduan Penanaman Bunga Orkid
• Ebook Teknik – teknik Menternak Kambing Boer
• Ebook Panduan Menanam Buah Naga Kuning
3. Berdasarkan Kepakaran Anda
Mencipta ebook berdasarkan kepakaran sendiri adalah yang
terbaik! Dengan menjadi pakar, anda mampu menjawab segala
permasalahan pembeli ebook anda. Cuba anda lihat bagaimana
Chef Wan sebagai pakar dalam bidang masakan, Dr Fazilah
Kamsah sebagai pakar motivasi, Dr Irfan Khairi sebagai pakar
dalam perniagaan internet, Shuth sebagai pakar dalam
penghasilan ebook, Ammar Zahar sebagai pakar dalam affiliate
marketing, Siti Nurhaliza pakar dalam bidang nyanyian, dan
sebagainya.
Akan tetapi jika anda tidak pakar bagaimana pula nak jadi
pakar? Camne ye? Pening anda memikirkannya? Mudah saja!
Apa yang perlu anda buat adalah anda perlu rajin mengkaji,
membaca dan mempraktikkan apa yang dipelajari berkenaan
bidang tersebut tidak kira samada melalui pembacaan buku,
artikel, kajian, temuramah ataupun lain – lain cara. Biasanya
dengan membaca banyak buku berkenaan bidang
berkaitan, anda mampu untuk menjadi pakar. Jadi, jangan
risau sekiranya anda tidak pakar lagi dalam bidang tersebut.
Baca..baca..baca…dan anda akan jadi pakar! Ambil masa anda :)
Akan tetapi tidak semestinya anda perlu menjadi begitu pakar
untuk memulakan penulisan ebook anda. Bina kepakaran anda
dari masa ke semasa dengan cepat. Pengalaman dari penulisan
ebook, penjualan ebook, dan juga pertanyaan dari pembeli akan
membuatkan anda menjadi pakar dalam bidang anda. Yang
penting adalah tindakan pertama anda untuk memulakannya.
Contoh – contoh ebook yang boleh ditulis berdasarkan dari
kepakaran:
• Ebook Teknik Advance Membina Laman Web
• Ebook Cara Memasak Makanan Barat
14 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
14
15. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
• Ebook Cara Paling Efektif Memotivasikan Mat Rempit
• Ebook 10 Cara Berkesan Uruskan Wang
• Ebook Teknik Belajar di Universiti Paling Ummmphh…..
• Ebook Rahsia Menjual Nasi Lemak Kukus Paling
Menguntungkan
• Ebook Rahsia Keenakan Sate Kajang Dibongkarkan!
• Ebook Panduan Belajar Autocad Dibongkarkan1
• Ebook Pandai Belajar Mengaji Dalam Masa Sebulan
• Ebook Belajar Matematik Dengan Formula Rahsia
• Ebook Rahsia Hubungan Suami Isteri Yang Bahagia
• Ebook Belajar Bahasa Arab Dengan Mudah
• Ebook Belajar Menggunakan Microsft Excell Dengan
Berkesan
• Ebook Panduan Bina Badan Untuk Lelaki Kurus
Dibongkarkan
• Ebook 10 Teknik Langsingkan Badan Tanpa Bersenam
• Ebook Panduan Membaiki Kereta Dengan Lengkap
• Ebook Teknik Memandu Seperti Pelumba F1
• Ebook Bagaimana Membaiki Rumah Anda Sendiri
• Ebook Bagaimana Berniaga Di Pasar Malam
• Ebook Panduan Membina Blog
• Ebook Cara Menulis Buku Yang Laris
• Ebook Rahsia Orang – Orang Tua China Berumur Panjang
• Ebook Teknik – Teknik Senaman Tai Chi
• Ebook Mari Belajar Silat
• Ebook 5 Teknik Berkesan Untuk Berhenti Merokok
• Ebook Cara Membuat Pelaburan Rumah
• Ebook 10 Teknik Melangsaikan Hutang Dengan Berkesan
4. Berdasarkan Kepakaran Orang Lain
Senang ceritanya adalah, orang lain tulis ebook, anda
menjualnya. Itulah yang banyak saya praktikkan. Ianya boleh
juga dipanggil jv partner. Maknanya anda berkongsi milik
dengan penulis ebook. Akan tetapi cara sebegini memerlukan
pengalaman dalam penulisan ebook sendiri sebelum menjual
ebook jv orang lain seperti ini. Pengalaman anda amat
diperlukan bagi memastikan ebook yang ditulis oleh rakan jv
partner anda terjual. Lebih – lebih lagi pengalaman dalam
pemasaran ebook dan juga promosi.
Sebelum itu, pastikan rakan jv partner anda benar – benar
faham dan mengetahui apa yang ditulisnya. Anda juga perlu
15 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
15
16. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
terlibat dalam kerja penyuntingan dan semakan ebook sebelum
dipasarkan.
Sebagai contoh, ebook Panduan Asas Blogger dan juga ebook
Emas – Emas Yang Hilang dihasilkan berdasarkan penulisan oleh
orang lain yang memang pakar dalam bidangnya. Saya cuma
menguruskan dari segi pemasaran, teknikal web, sales letter,
dan lain – lain. Kerja – kerja teknikal berkaitan isi kandungan
ebook diuruskan oleh jv partner saya. Ianya memudahkan kerja
– kerja saya kerana saya dapat menumpukan kepada hal – hal
terpenting dalam jualan ebook iaitu marketing.
Tanpa marketing yang baik, adalah mustahil ebook anda akan
terjual dengan laris. Hal – hal pemasaran akan saya bincangkan
dalam bab akan datang nanti ye. Sabar……
Dari segi keuntungan pula, biasanya saya offer 50 % kepada
penulis ebook. Dan ianya amat berbaloi. Dengan kerja – kerja
yang lebih fokus, iaitu dengan menumpukan kepada pemasaran
target jualan ebook akan berjaya dicapai. Biasanya untuk projek
seperti ini, saya akan bertindak sebagai ‘leader’ kepada pasukan
saya.
5. Ebook Berdasarkan Temuramah
Wah! Ini kerja mudah..Temuramah orang je boleh buat duit. Ada
beberapa cara untuk hasilkan ebook sebegini. Anda boleh
menemuramah seseorang atau lebih yang berjaya dalam bidang
yang diceburinya. Contohnya adalah menemuramah 5 orang
usahawan menternak kambing yang berjaya.
Anda boleh menyediakan temuramah samada melalui rakaman
audio, catatan di borang temuramah, video atau menyediakan
satu set soalan temuramah untuk dijawab semula oleh mereka.
Kesemua hasil temuramah itu kemudiannya diterjemahkan ke
dalam ebook. Sungguh mudah bukan? Sediakan soalan,
sediakan jawapannya. Jadikannya seperti perbualan biasa yang
tersusun.
Akan tetapi, anda perlu memaklumkan kepada orang yang
ditemuramah oleh anda itu akan objektif utama temuramah
tersebut. Pastikan juga anda memberitahu mereka akan
16 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
16
17. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
keuntungan yang bakal mereka perolehi dengan kerjasama itu
samada dalam bentuk royalti, komisyen, pengiklanan, ataupun
lain – lain yang dipersetujui oleh mereka.
Contoh – contoh ebook yang boleh dibuat adalah:
• Ebook Temuramah 5 Usahawan Tiram Yang Berjaya
• Ebook Kisah 10 Jutawan Internet Malaysia
• Ebook Soal – Jawab Dengan 5 Tokoh Agama
• Ebook Kisah Kejayaan Mr. X
• Ebook Mentor Jutawan Pasar Malam
• Ebook Kisah 2 Mat Rempit Yang Kaya Raya
• Ebook Temuramah 50 Usahawan Wanita Paling Berjaya Di
Malaysia
• Ebook Kisah 10 Pelajar Cemerlang
• Ebook Rahsia Otai – Otai Affiliate Didedahkan
• Ebook 10 Cerita Temuduga Yang Sukses
• Ebook Bicara Jutawan MLM
• Ebook Bual – Bual Bersama Dr. Kamsah
• Ebook Chef Wann Bercerita Tentang Rahsia Masakannya
• Ebook Dari Seorang Penganggur Menjadi Jutawan
• Ebook Temubual Bersama Tokey Kedai Mamak
• Ebook Mentor Affiliate
• Ebook Mentor Ebook
• Ebook Apa Kata 5 Pakar Kewangan
• Ebook Soal Jawab Ilmu Tentang Jin
• Ebook Apa Kata Azizi Ali..
Lihat, anda dapat menghasilkan tajuk ebook yang hebat –hebat
dengan kaedah ini. Dan sudah tentu akan ramai orang tetarik
dari apa yang anda sampaikan dalam ebook nanti.
6. Ebook Berdasarkan Kajian Projek Akhir Tahun Pelajar
Universiti
Ha, ha, ha..Agak pelik kaedahnya..Boleh ke projek akhir tahun
budak U dijadikan ebook. Ya, sudah pasti boleh! Apapun ianya
bergantung kepada topik yang ditulis oleh mereka. Apa kata
anda pinjam projek mereka, baca dan cuba hasilkan ebook
darinya. Jika perlu, bayarlah royalti kepada mereka. Ye la kan,
mereka penat – penat buat kajian, anda pinjam camtu saja dan
buatr untung darinya.
17 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
17
18. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Projek yang bagaimana tu? Iaitu projek yang lebih ke cenderung
ke arah penyelesaian masalah orang ramai. Contohnya, jika si
budak U tu buat projek berkenaan kajian bagaimana untuk
membuat perokok berhenti merokok, kan anda boleh buat ebook
yang bertajuk 10 Cara Mudah Berhenti Merokok.
Cuba ambil idea dalam kajian tersebut. Sudah pasti kajian itu
dihasilkan berdasarkan kajian terperinci oleh pelajar itu. Sudah
tentu sangat banyak maklumat yang berguna di dalamnya. Cara
ini memang mudah. Apa yang perlu anda buat adalah baca
sampai habis kajian itu, catatkan apa yang akan anda masukkan
dalam ebook terutamanya info – info paling penting.
Contoh – contoh ebook yang boleh dihasilkan berdasarkan
kaedah ini adalah:
• Ebook Kajian Kes Elakkan Dengkur Semasa Tidur
• Ebook Teknik Pengurusan Wang Yang Terbaik
• Ebook Teknik Ketulkan Perut Dalam Masa 1 Bulan
• Ebook 10 Teknik Senaman Untuk Menambahkan
Ketinggian
• Ebook Bagaimana Mempengaruhi Pemikiran Orang Lain
• Ebook Rahsia Mengekalkan Keremajaan Wajah
• Ebook Bagaimana Membina Personaliti Unggul
• Ebook Bagaimana Hidup Sihat Seperti Orang Muda
• Ebook 10 Tips Mencegah Kanser
• Ebook Bagaimana Untuk Menghias Rumah Idaman Dengan
Kos Rendah
• Ebook Teknik – teknik Pelaburan Untuk Masa Depan
Dibongkarkan
7. Ebook Berdasarkan Penerbitan Semula Buku Lama
Bagaimana tu? Terbit semula buku – buku lama yang tiada
dalam pasaran! Ya, inilah caranya. Cuba anda ke perpustakaan
dan cuba cari buku – buku lama yang mana tajuknya boleh
menarik perhatian orang ramai ataupun mempunyai kehebatan
dan nostalgianya tersendiri.
Apa yang anda boleh buat adalah dengan menghubungi semula
penerbit buku tersebut dan minta kebenaran dengannya untuk
menghasilkan semula ebook itu dalam bentuk ebook.
Bincangkan royalti yang boleh anda berikan kepadanya
18 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
18
19. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
berdasarkan keuntungan yang bakal diperolehi. Sebelum itu,
pastikan isi kandungan buku itu mampu menarik perhatian
orang ramai, ada permintaan tinggi, dan juga mampu
menyelesaikan masalah orang ramai. Idea ni saya ambil dari
idea yang disyorkan oleh Dr Irfan Khairi. Mungkin anda boleh
menggunakannya.
Contoh mudah: Buku Popular Tahun 1980 – 90 an, Permata
Yang Hilang..hehehehe
Mungkin anda boleh menghasilkan ebook berdasarkan buku ini?
Cubalah..belum try belum tahu….
8. Ebook Berdasarkan Penterjemahan Bahasa Asing
Ini kerja paling mudah tetapi memerlukan sedikit kemahiran.
Cuba anda cari ebook – ebook English dan kemudian anda
terjemahkannya mengikut kesesuaian anda. Jangan
terjemahkan sebijik dengan karya asal, tapi ubahsuainya. Dan
anda boleh menambah lagi dengan info – info lain yang
berkaitan dengannya yang boleh anda perolehi di internet,
dalam buku ataupun dari pengalaman anda. Yang penting, anda
faham apa yang anda buat. Apapun pastikan tajuk ebook
memiliki permintaan daripada orang ramai.
9. Ebook Berdasarkan produk Resell Right
Apakah Resell Right tu?
Resell Right maknanya ialah kebenaran/hak yang diberikan oleh
penulis/pencipta asal sesuatu produk/ebook kepada pembeli
untuk menjual semula produk yang dibeli tersebut dengan
keuntungan 100% milik anda.
Ada 3 jenis utama Resell Right seperti Resell Right (RR), Master
Resell Right (MRR), Private Label Right (PLR) dan sebagainya. Ini
antara kerja paling mudah dalam penghasilan ebook iaitu
dengan menjual semula ebook tersebut. Anda hanya beli hak
tersebut dan jual ebooknya, tidak perlu mencipta ebook sendiri.
Ebook jenis Private Label Right (PLR) merupakan salah satu dari
produk HOT dan amat menguntungkan. PLR berbeza sedikit dari
19 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
19
20. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
produk RR atau MRR kerana anda bukan saja boleh menjual
semula ebook itu, malah dibenarkan untuk mengubahsuai ebook
itu sendiri.
Dengan Ebook PLR ini, anda diberikan keizinan untuk
mengubahsuai / mengedit/ menambahbaik isi kandungan ebook
itu, anda boleh mengaku sebagai penulis, menjual sebagai RR
atau MRR dan lain - lain. Dan yang syoknya, anda juga telah
disediakan minisite(lamanwebjualan), suratjualan(salesletter),
grafik dan lain – lain untuk anda. Segala-galanya telah siap
tersedia untuk anda jual.
Tapi INGAT! Apabila membeli lesen RR ini, baca syarat –
syaratnya dengan teliti. Takut anda membuat perkara yang
dilarang oleh pemilik asal ebook ini.
Nak cari ebook – ebook sebegini, anda boleh layari forum –
forum yang membincangkan perniagaan internet seperti
carigold, tanyasifu, wangcyber dan lain – lain.
10. Ebook Berdasarkan teknik – teknik rahsia _______
Ebook cara ini adalah rahsia lagi buat masa ini..suatu hari nanti
saya akan sampaikan….Sabar…..Kalau sampaikan sekarang tak
boleh cari makan pula..hehehehe..gurau je:)
20 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
20
21. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
NICHE – NICHE EBOOK
POPULAR YANG MUDAH
DIJUAL
21 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
21
22. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Senarai Niche –Niche Popular Untuk Hasilkan Ebook
Apakah niche? Niche adalah bidang/tumpuan pasaran bagi produk
ebook yang dihasilkan. Apakah target pembeli anda? Anda ingin
menjual ebook berkenaan apa? Bidang kesihatan, bidang kewangan,
bidang pengajaran atau bermacam – macam lagi…Di sini saya
senaraikan niche – niche yang popular untuk anda hasilkan dan jual
ebook.
1. Niche Buat Duit – Ya, niche ini merupakan yang paling disukai
oleh ramai orang, terutamanya rakyat Malaysia. Jika anda dapa
memperkenalkan teknik – teknik baru dalam membuat duit,
memang ianya boleh meletop. Anda boleh pecahkan lagi niche
ini dengan memfokuskan kepada niche yang lebih kecil seperti
Buat Duit Di Internet, Buat Duit Dengan Kedai Makan, Buat Duit
Dengan Ikan Keli dan sebagainya.
2. Niche Seksual – Ini antara niche yang boleh hasilkan jualan
dengan pantas. Keperluan seksual merupakan satu fitrah semula
jadi manusia di atas muka bumi ini, jadi ianya memang satu
keperluan dalam hidup ini. Ianya boleh dipecahkan lagi kepada
beberapa pengkhsusan seperti ebook untuk orang baru
berkahwin, orang yang bermasalah dalam hubungan seksual,
ataupun ebook untuk pasangan berumur.
3. Niche Kesihatan – Badan yang sihat merupakan idaman semua
orang. Anda mungkin boleh hasilkan ebook yang fokus kepada
tips penjagaan kesihatan, tips bersenam, tips pemakanan dan
sebagainya. Ebook bagi niche ini juga mendapat permintaan
yang tinggi juga di pasaran lokal mahupun global.
4. Niche Kewangan – Ya! Sudah terbukti bahawa niche ini
mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia. Lebih –
lebih lagi jika tajuk ebook itu adalah unik dan lain dari yang lain.
Ebook jenis ini mampu menghasilkan puluhan ribu ringgit
sehingga mencecah ratusan ribuan ringgit dalam masa tak
sampai sebulan. Anda boleh menghasilkan ebook yang
berbentuk perancangan kewangan, pelaburan dan perbelanjaan
atau lain - lain.
5. Niche lain - lain - Ada banyak lagi niche yang boleh anda
ceburi iaitu niche keagamaan, pembelajaran, motivasi, didikan,
22 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
22
23. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
falsafah, masakan, seni mempertahankan diri, teknikal dan
sebagainya. Yang penting adalah, ianya boleh dijual.
23 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
23
24. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
BAGAIMANA MENGKAJI
PERMINTAAN
TERHADAP EBOOK
ANDA
24 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
24
25. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Bagaimana ye…..
Untuk menjual ebook, anda perlu ketahui samada ebook anda memiliki
permintaan atau tidak. Jadi bagaimana untuk mengetahui ebook anda
akan memiliki permintaan. Tiada permintaan, tiada keuntungan. Anda
perlu INGAT kata – kata itu. Jadi, bagaimana untuk mengetahui
permintaan terhadap ebook yang bakal anda terbitkan. Lihat di
bawah:
1. Dengan menggunakan carian keyword
Dengan menggunakan fungsi carian di laman web google mahupun
yahoo, anda boleh mengetahui permintaan terhadap ebook yang
bakal anda hasilkan. Cuba lihat satu case study yang saya lakukan
untuk menerbitkan ebook RLTKK sebelum ini.
25 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
25
26. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Merujuk paparan di atas, terdapat lebih 4 juta result carian keyword
“kerja kerajaan” di laman web google. Sememangnya ianya satu
keyword yang amat popular ditaip oleh pengguna internet. Ini
bermakna ada permintaan dengan apa – apa berkenaan kerja
kerajaan. Pada fikiran saya, ramai orang taip keyword ini adalah untuk
mencari kerja di sektor awam atau kata mudahnya kerja kerajaan.
Ini adalah peluang baik kepada saya untuk menerbitkan ebook RLTKK
dengan segera berdasarkan kajian keyword ini. Dan pada masa itu,
saya lihat tiada satu pun ebook yang diterbitkan berdasarkan keyword
itu. Jadi, inilah perluang yang terbaik untuk saya menerbitkan ebook
ini dengan segera sebelum orang lain. Dengan serta merta juga saya
beli domain www.kerja-kerajaan.com sepantas kilat….hehehehe
2. Berdasarkan pemerhatian di blog, forum berkenaan isu
temuduga untuk memasuki sektor awam.
Saya layari forum - forum yang ada membincangkan isu temuduga di
sektor awam dan blog – blog yang menceritakan tips – tips temuduga.
Saya dapati di situ sungguh ramai pengunjung yang mencari – cari
tips temuduga kerja kerajaan. Dan sudah pasti bukan semua yang
mereka mahukan ada di forum atau blog itu.
Dari sini, lagi sekali saya terpandang peluang terbaik untuk
menghasilkan ebook ini. Saya tahu orang ramai – ramai sangat
memerlukan ebook saya ini sebagai penyelesaian masalah mereka.
3. Berdasarkan pemerhatian konvensional
Ini boleh anda lakukan dengan melakukan bancian atau temuramah
secara rawak pada sekumpulan orang ramai. Anda mungkin boleh
buat borang bancian, temuramah, undian atau lain – lain. Dengan cara
ini anda boleh mengetahui mengenai permintaan terhadap ebook anda
kelak.
4. Berdasarkan survey atau poll di internet
Anda boleh membuat survey dengan menggunakan software tertentu
ataupun poll di forum – forum. Ini juga dapat membantu anda untuk
mengetahui permintaan terhadap ebook yang akan anda hasilkan.
Mungkin dengan cara ini, anda boleh mengetahui dengan lebih jelas
26 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
26
27. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
akan keinginan yang sebenarnya ataupun permasalahan yang dihadapi
oleh prospek anda.
5. Berdasarkan dari paparan di media massa atau isu semasa
Ini juga merupakan salah satu kaedah tradisional paling efektif untuk
mengetahui akan permintaan terhadap ebook anda. Anda boleh lihat
berita mengenai isu semasa, akhbar, kajian oleh mana – mana badan,
radio dan satu cara mudah adalah dengan mengetahui statistik
menunjukkan peratusan/angka masalah orang ramai yang berkaitan
ebook anda. Contohnya, jika anda ingin menerbitkan ebook mengenai
masalah batin kaum suami, anda boleh mencari statistik di majalah,
akhbar mahupun mana – mana yang mengandungi fakta tersebut.
Contohnya dalam satu majalah wanita (mingguan wanita)
memaparkan : “60% lelaki muda di Malaysia yang berumur bawah 30
tahun lemah tenaga batinnya”. Dari situ anda tahu jika anda jual
ebook anda, pasti akan ramai yang akan mendapatkannya kerana
ianya menunjukkan statistik yang memang anda perlukan.
27 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
27
28. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
LANGKAH – LANGKAH
MENULIS EBOOK
28 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
28
29. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Bagaimana Untuk Start Menulis/Menaip Ebook
Apa yang paling penting anda buat sebelum mula menulis ebook
adalah:
1. Merangka struktur isi kandungan ebook anda dengan
membuat peta minda
Ini adalah teknik efektif untuk menghasilkan ebook anda dengan
cepat, padat dan berkualiti.
• Mula - mula, senaraikan bab - bab utama yang akan anda
isikan sebagai kandungan ebook.
• Buat peta minda bermula dengan tajuk ebook anda,
kemudian pecahkannya kepada bab – bab utama dalam
ebook tersebut (cabang 1)
• Bagi setiap bab itu pula, buat beberapa cabang yang
menerangkan perihal bab tersebut. Mungkin perlu 5-10
cabang mengikut kesesuaian. (cabang 2)
• Bagi setiap cabang 2 itu pula, anda boleh buat beberapa
cabang lagi dengan menyenaraikan isi – isi penting
mengenai cabang 2.
• Dah siap 3 cabang kan? Kini anda boleh masukkan contoh
– contoh bersesuaian dengan kandungan ebook mengikut
cabang yang 3 tadi.
• Adalah dinasihatkan supaya anda guna warna yang
berbeza –beza bagi setiap cabang yang anda buat supaya
anda dapat membezakan mana yang utama mana yang
tidak.
29 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
29
30. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
2. Mula menulis/menaip isi kandungan ebook anda
Sekarang, mulakan menulis kandungan ebook anda. Tulis
berpandukan peta minda yang anda hasilkan tadi. Tulis ikut idea
dan cara anda. Tulis berdasarkan turutan bab satu persatu.
Habis bab 1 teruskan bab 2, dan sambung seterusnya sehingga
tamat keseluruhan bab.
3. Tulis pelengkap ebook
Apa tu pelengkap ebook? Ini ayat yang saya sendiri berikan.
Sebuah ebook jika hanya ada isi kandungan saja akan kelihatan
tidak menarik. Apa yang perlu anda tambah adalah, muka surat
penghargaan, Disclaimer, table of content, pengenalan, penutup.
Tanpanya, ebook anda kelihatan tidak lengkap dan tidak
menarik
4. Semak/sunting Ebook Anda
Ebook dah siap, semak dulu..Adakah ejaan betul, susunan ayat
tidak tergantung, contoh penerangan ada dan lain – lain
perkara. Ulang 1 – 2 kali proses semakan ini. Jika malas, bagi
saja rakan anda baca atau upah orang lain untuk menyemaknya.
Passtikan ayat dalam ebook anda tidak meleret – leret dan
mudah untuk difahami. Seeloknya untuk satu perenggan, hanya
mengandungi 3-5 baris ayat dan jadikan ianya dalam bentuk
point untuk lebih kemas.
5. Mengemas dan Menghias Ebook
Ebook yang telah siap sepenuhnya perlu dikemas dan dihias
dengan sebaiknya.
• Gunakan font yang sesuai – verdana, calibri, arial, Georgia
atau courier
• Pastikan anda ‘justify’ semua perenggan ayat dalam
ebook.
• Selangkan satu baris bagi setiap perenggan
• Boldkan tajuk, sub tajuk
• Warnakan, bold, atau italic kan ayat – ayat penting dalam
ebook
• Masukkan imej gambar yang bersesuaian dengan keyword
dalam ebook
• Di muka hadapan sekali, iaitu cover ebook letakkan
gambar ecover ebook, dan juga sedikit ayat KILLER
mengenai ebook anda.
30 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
30
31. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
5. Memasang sistem keselamatan Ebook
Ebook anda sudah siap mengikut turutan di atas? Dah siap,
bagusla. Kini antara tindakan terpenting dalam penghasilan
ebook adalah, memasang ‘security’ pada ebook anda dengan:
• Meletakkan disclaimer dalam ebook yang memaklumkan
ebook anda tidak boleh ditiru, diubah, dijual dan juga
amaran lain yang bersesuaian kepada pembeli ebook.
Selain itu juga anda perlu memasukkan Hak Cipta
Terperlihara dan juga nama web anda contohnya
domain.anda .com pada setiap muka surat ebook anda
iaitu di bahagian header dan footer.
• Menukar ebook anda ke bentuk pdf dengan menggunakan
software percuma primopdf. Biasanya kita akan menaip
ebook dalam format word dan seterusnya kita tukarkannya
kepada bentuk pdf. Di sini anda perlu setting kan supaya
kandungan ebook anda tidak boleh diubah, di copy paste.
Semuanya anda boleh anda lakukan dengan menggunakan
software percuma ini.
Jeng, jeng, jeng..siapla ebook anda….Dah boleh jual ke? Tunggu,, Ada
langkah seterusnya iaitu…membina minisite jualan..Baca di muka
surat berikutnya.
31 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
31
32. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
MEMBINA LAMAN WEB
JUALAN EBOOK
32 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
32
33. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Laman Web Jualan Ebook
Untuk menjual ebook, anda perlu memiliki laman web atau minisite
jualan khas untuk ebook tersebut. Saya tidak akan membincangkan
secara detail mengenai pembinaan laman web jualan ini kerana ianya
adalah lebih kepada hal teknikal. Anda boleh mengetahui lebih lanjut
mengenai pembinaan laman web dengan mendapatkan ebook
panduan berbayar ataupun mencari panduan percuma di internet.
Walaubagaimanaupun, saya memberikan sedikit tips menganai
pembinaan dan pemasangan laman web jualan bagi ebook anda.
1. Pastikan web jualan anda kelihatan professional dan
menarik. Ini adalah perkara penting dalam penjualan ebook
anda kelak. Usah risau jika anda tidak memiliki kemahiran
mereka web jualan kerana anda boleh mengupah mereka yang
pakar dalam mereka minisite jualan ini. Dengan cara ini, ianya
akan menjimatkan masa anda, selain dapat menghasilkan
web/minisite jualan yang menarik dan berkualiti dan yang paling
penting, dapat menarik pelawat web untuk membeli. Anda boleh
dapatkan servis mereka ini di forum wangcyber.com dengan
harga serendah RM60.
2. Pemasangan sistem – sistem yang wajib ada pada web
jualan iaitu penggunaan autoresponder pada borang opt in,
pemasangan borang order, sistem affiliate dan lain – lain.
Bunyinya macam susah sangat, tetapi mudah saja jika anda ikuti
panduannya. Banyak panduan untuk memasang kesemua sistem
ini di pasaran. Atau mungkin anda boleh mengupah mereka
yang mahir memasangnya.
3. Penulisan ayat jualan yang berkesan dan ampuh amat
diperlukan dalam memastikan kejayaan jualan ebook anda. Anda
boleh melihat contoh – contoh ayat menjual di laman – laman
web yang menjual ebook seperti di www.kerja-kerajaan.com
ataupun di www.rahsiablog.com. Saya amat mengesyorkan anda
mendapatkan buku Rahsia Membina Senjata Jualan tulisan
Zahrul Azua Kamaluddin yang boleh didapati di kedai – kedai
buku utama.
4. Reka ecover (kulit depan/imej ebook) yang menarik dan
bersesuaian dengan tajuk ebook yang anda gunakan. Ecover
yang menarik amat penting untuk membuatkan pembeli tertarik
33 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
33
34. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
untuk mendapatkan ebook anda. Anda boleh mencipta sendiri
ecover ini menggunakan Adobe Photoshop ataupun software
tertentu. Nak cepat, anda boleh upah saja mereka yang
berpengalaman. Anda boleh melihat ecover ebook yang menarik
yang terbukti mampu meraih jualan yang lumayan yang pernah
saya gunakan di bawah:
34 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
34
35. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
PROMOSI EBOOK
35 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
35
36. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Bagaimana Membuat Promosi, Susah la…
Tanpa promosi, usaha anda menghasilkan ebook adalah sia – sia.
Usah berharap yang orang akan membeli ebook anda dengan
sendirinya selepasa anda menyiapkan ebook anda. Tahukah anda
bahawa promosi adalah usaha terpenting yang menentukan kejayaan
jualan ebook anda. Bagaimana membuat promosi ebook?
Anda perlu menggunakan kaedah promosi berbayar dan juga yang
percuma dalam menjual ebook anda. Untuk permulaan, saya amat
syorkan anda menggunakan promosi percuma terlebih dahulu sebelum
mengeluarkan modal untuk membuat promosi berbayar pula.
Promosi Percuma
1. Promosi melalui email
Promosi ebook melalui cara ini adalah cara paling mudah dan
berkesan. Ada beberapa cara membuat promosi melalui email
ini, antaranya adalah:
- Dengan menghantarkan email promosi ebook (jangan
lupa masukkan nama laman web jualan anda) anda kepada
senarai email kenalan atau rakan – rakan anda. Anda
dinasihatkan menghantar email ini satu – persatu kepada
kenalan anda untuk mengelakkan anda dianggap membuat
SPAM. Anda boleh menggunakan email yahoo, email google
atau lain – lain.
- Meletakkan link laman web ebook anda pada signature
email anda. Apabila anda menghantar email kepada rakan
– rakan anda, signature ini secara automatik akan
dipaparkan pada email yang diterima oleh rakan anda.
Inilah signature yang
saya setup pada
akaun gmail saya
36 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
36
37. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
- Menggunakan aplikasi ‘vacation responder’ pada email
anda. Ini bermakna, apabila kenalan anda menghantar
email kepada anda, secara automatik email ini akan
diterima oleh si penghantar email. Ianya amat berguna
kerana ianya adalah dihantar secara automatik. Lihat
gambar di bawah yang menunujukkan saya mempromosi
ebook dari www.rahsiaemas.com:
Ayat inilah yang akan
diterima secara
automatik oleh rakan
anda sebaik saja
mereka menghantar
email kepada anda
2. Promosi di blog
Ini juga merupakan satu kaedah promosi yang bagus.
Bagaimana melakukannya?
- Jika anda memiliki blog sendiri, inilah yang patut anda
gunakan sebagai medium promosi samada dengan
membuat pengumuman mengenai pelancaran ebook anda
dan juga meletakkan banner jualan produk anda. Lihat
contoh di bawah:
37 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
37
38. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Contoh banner laman
web ebook saya yang
dipaparkan dalam
blog perniagaan
internet saya
Berita pengumuman
pelancaran ebook
saya
Sumber gambar: www.blogjamal.com
- Dan anda juga boleh membuat promosi dengan memberi
komen pada blog orang lain yang membincangkan
sesuatu topik artikel. Anda boleh meng’link’ kan nama
anda ke laman web anda ataupun memberikan artikel
yang berkaitan. INGAT! Jangan memporomosi membabi
buta di blog mereka. Berikan komen ikhlas anda dan jika
dapat, boleh letakkan link laman web anda (jika owner
blog mengizinkan).
38 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
38
39. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Nama ini di link
kan ke laman
web jualan
ebook kita
Contoh komen yang
boleh dibuat
berdasarkan artikel di
sesebuah blog.
39 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
39
40. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
3. Laman Web Iklan Percuma
Terdapat banyak laman web yang menyediakan ruangan
pengiklanan percuma. Taip saja iklan percuma di ‘search engine’
dan anda akan jumpa banyak laman web yang menawarkan
ruangan pengiklanan percuma. Iklankan web jualan ebook anda
di sana ye☺
4. Facebook
Facebook merupakan satu medium terpantas dalam membantu
promosi produk ebook anda. Jadi, gunakan kelebihan ini
sebaiknya. Promosikan laman web ebook anda samada dengan
meletakkan link laman web pada profile anda, membuat komen
pada wall rakan – rakan, wall pada profile anda, menghantar
messages pada rakan – rakan anda, mencipta groups, dan lain –
lain cara lagi. Buat apa yang anda rasa mudah terlebih dahulu….
40 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
40
41. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
5. Friendster
Friendster juga merupakan satu laman web social yang popular
seperti facebook juga. Cara promosi di friendster juga tidak jauh
berbeza dengan facebook. Jadi, selamat mencuba ye☺
41 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
41
42. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
6. Yahoo Messenger
Senang untuk saya katakan promosi cara ini adalah, sambil anda
berchatting dengan rakan – rakan, sambil mempromosi ebook
anda. Jadi, gunakannya sebaik mungkin.
7. Search Engine Optimization
Ini merupakan kaedah mengoptimumkan kedudukan laman web
ebook anda di carian google berdasarkan carian keyword oleh
pengguna internet. Dengan penggunaan teknik ini, laman web
anda akan berada di kedudukan teratas atau top 10 di laman
web google.
Tahukah anda bahawa sebanyak
Dengan keyword lebih 4 juta results perkataan ‘kerja
“kerja kerajaan” ditaip kerajaan” dilakukan oleh
di carian google, pengguna internet di serata dunia .
laman web ebook Ini boleh meningkatkan peluang
saya iaitu www.kerja- pembelian ebook saya oleh
kerajaan.com berada mereka.
di kedudukan teratas
laman web google.
8. Pengedaran laporan percuma
Pengedaran laporan percuma seperti ebook yang saya berikan
pada anda ini juga membantu dalam promosi ebook. Biasanya
anda boleh mengiklankan laman web anda dalam ebook
percuma ini di muka surat terakhir. Anda boleh lakukannya
seperti yang saya buat di muka surat terakhir dalam laporan
42 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
42
43. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
yang anda baca ini. Orang memanggil ini adalah kuasa viral
marketing….
9. Affiliate
Inilah antara senjata paling utama dalam pemasaran ebook
anda. Anda WAJIB memasang sistem affiliate dalam laman web
jualan ebook anda. Dengan memasang affiliate, anda dengan
mudahnya dapat merekrut jurujual ebook anda (affiliater) yang
mana anda perlu membayar komisyen kepada mereka sekiranya
mereka berjaya membuat jualan. Biasanya komisyen yang
diberikan adalah 50% dari harga ebook.
Dengan pemasangan affiliate ini, affiliater – affiliater akan
bekerja untuk anda dalam mempromosikan laman web anda.
Yang penting, anda perlu jaga kebajikan affiliter – affiliater ini.
Dengan bantuan affiliater ini, jualan ebook anda mampu naik
mendadak dan sudah pasti keuntungan yang anda perolehi
adalah berganda.
Sekiranya produk anda memang berpotensi tinggi, adakan satu
pertandingan affiliater untuk mereka dengan menawarkan
hadiah – hadiah yang lumayan selain komisyen yang bakal
diberikan. Lihat di bawah cabaran atau pertandingan affiliate
yang saya adakan di forum wangcyber.com
Ini link cabaran/pertandingan yang saya telah buat sebelum ini:
http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/19678-cabaran-emas-ke-2-
bermula-jom-dapatkan-duit-raya-anda.html
‘
43 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
43
44. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
10. JV Affiliate
Jv ini adalah bermaksud menjemput mereka – mereka yang
memiliki senarai email yang besar atau memiliki laman web
bertrafik tinggi untuk mempromosikan ebook kita.
Teknik ini adalah paling berkesan untuk melengkapkan kejayaan
jualan ebook kita. Akan tetapi sebelum kita menjemput mereka,
pastikan kita sudah menjalinkan hubungan yang baik dengan
mereka samada melalui forum, blog, berjumpa terus atau berYM
dengan mereka. Dengan cara ini, lebih mudah kita menjemput
mereka menyertai affiliate ebook kita.
Dan berikan rakan JV kita ni lebih kelebihan berbanding rakan
affiliate biasa. Ini adalah kerana mereka amat berpengaruh
dalam membantu kejayaan produk kita kelak. Cuba lihat email
jemputan di bawah yang pernah saya hantarkan kepada seorang
rakan JV.
44 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
44
45. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
11. Forum
YA! Forum dapat membantu anda membuat promosi dengan
berkesan. Akan tetapi pastikan anda mematuhi etika berforum
dan tidak membuat SPAM. Di forum, anda boleh menggunakan
beberapa cara untuk membuat promosi ebook anda.
Antaranya:
- Membuka thread pengiklanan di ruangan pengiklanan
seperti contoh di bawah di wangcyber.com
- Meletakkan ayat promosi di signature post seperti saya
lakukan di bawah ini. Penggunaan link ke web jualan anda
boleh disetting kan secara automatik pada profil anda.
Jadi, ianya memang memudahkan.
45 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
45
46. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Ayat ini saya link kan ke
laman web jualan ebook
saya iaitu www.kerja-
kerajaan.com
- Meletakkan banner promosi di signature juga
membantu orang klik pada banner tersebut. Pilih banner
yang bersesuaian yang melintang seperti di bawah ini.
Banner ini saya link kan ke
laman web jualan ebook
saya iaitu www.kerja-
kerajaan.com
46 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
46
47. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
12. Yahoo & google groups
Anda juga boleh membuat promosi di yahoo atau google
groups ini. Cari groups yang ramai ahlinya dan sertainya.
Apapun sila membuat promosi yang beretika dan tidak
melanggar syarat oleh owner group tersebut. Contoh groups
yang boleh anda sertai untuk membuat promosi terlalu banyak.
Taip je apa jenis/topik groups yang sesuai dengan ebook anda
di ruangan ‘search’. Jika anda menjual ebook berkenaan
memancing, taip je memancing.
13. Promosi di YouTube
Anda juga boleh membuat promosi laman web anda di laman web
Youtube. Dengan mencipta video klip screen shot produk anda dan
masukkannya ke youtube.
47 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
47
48. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
48 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
48
49. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Promosi Berbayar
Promosi berbayar merupakan kaedah antara paling berkesan tapi ada
yang berisiko untuk mendapatkan jualan bagi ebook anda.
1. Email Autoresponder
Inilah kuasa promosi yang paling hebat dalam mendapatkan
jualan ebook. Ini adalah kunci kejayaan seseorang internet
marketer dalam penjualan ebook. Oleh itu, jika anda mahu maju
dan berjaya dengan pantas, inilah yang patut anda buat dahulu.
Dengan penggunaan sistem email berbayar seperti norobot,
getresponse ataupun aweber ianya mampu memberi pulangan
yang sangat – sangat lumayan kepada anda. Apa yang anda
perlu tahu mengenai promosi menggunakan sistem email ini:
- Anda boleh mengumpul senarai email yang ramai dalam
masa yang singkat.
- Dengan hanya satu klik button send, kita boleh
menghantarkan email yang sama kepada beribu – ribu
orang dalam masa beberapa saat saja.
- Kita boleh membuat promosi berterusan dengan
menyediakan “follow up email” selepas pembaca subscribe
atau mendapatkan ebook percuma dari kita.
- Penggunaan system email ini amat berbaloi untuk
penjualan berulang kepada pembeli sebelumnya ataupun
membuat promosi produk affiliate
- Harga langganan bagi sistem email autoresponder ini
tidaklah mahal mana. Saya syorkan norobot untuk
mendapatkan kos yang terendah berbanding aweber dan
getresponse.
www.aweber.com www.getresponse.com
49 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
49
50. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
www.norabots.com
2. Banner di blog trafik tinggi
Dapatkan blog – blog yang memiliki pengunjung yang ramai dan
konsisten. Anda boleh membayar kos pengiklanan kepada
pemilik blog untuk meletakkan iklan di ruangan banner ataupun
meminta pemilik blog membuat review di blog mereka. Pastikan
blog tersebut mempunyai kaitan dengan niche ebook anda bagi
mendapatkan jualan yang lebih baik.
3. Berita harian Online, Harakah Online, Metro Online
Pengiklanan di berita harian antara yang paling berkesan di
antara akhbar online yang lain. Anda boleh mengiklan ebook
anda di ruangan iklan teks dengan kadar RM150 seminggu
ataupun iklan banner yang lebih mahal.
Iklan banner di berita
harian online
Iklan teks di berita harian
online
50 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
50
51. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
4. Promosi dengan Google AdWords
Anda boleh menggunakan google adwords untuk membuat
targetted marketing iaitu berdasarkan keyword ebook anda.
Pergi ke https://adwords.google.com/select/Login dan ikut
arahan langkah demi langkah yang tertera di screen komputer
anda.
Iklan menggunakan
google adwords dengan
keyword – emas
5. Promosi dengan pelbagai cara lagi
Sebenarnya, terdapat bermacam – macam cara lagi untuk anda
mempromosikan web jualan ebook anda. Saya tidak dapat
dedahkan kesemuanya kerana tidak akan habis kesemuanya jika
dibincangkan. Lebih baik anda mencuba teknik promosi yang
sedikit daripada mencuba semuanya. Cuba dan fokus kepada 2 –
3 teknik sebelum anda mencuba teknik yang lain. Itu adalah
kunci kejayaan saya dalam pemasaran ebook. Untuk promosi
berbayar ini, saya amat syorkan anda supaya memfokuskan
kepada penggunaan autoresponder untuk membuat promosi.
51 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
51
52. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
PENUTUP KATA
52 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
52
53. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Kata – kata dari hati ke hati…..
Semua orang boleh membuat duit di internet terutamanya dalam
pemasaran ebook. Pengalaman dan kejayaan ramai usahawan ebook
telah membuktikan tiada yang mustahil dengan internet ini. Malah
ramai juga usahawan internet di Malaysia ini yang mendapat income 6
angka dengan menjual ebook.
Mereka boleh lakukan, anda juga boleh! Untuk berjaya dalam
pemasaran ebook, anda perlu bekerja keras dan memiliki ilmu
pengetahuan mengenai perniagaan ebook dengan secukupnya. Bukan
bermakna anda perlu belajar ilmu tersebut dengan sebanyak –
banyaknya, tetapi yang paling penting, apa yang anda pelajari, terus
saja anda praktikkan. Ini adalah mengelakkan anda ‘overload’ info
sehingga tidak tahu bagaimana untuk bermula.
Apa yang anda tahu, terus saja anda mulakan. Jangan bertangguh!
Bertindak memulakan sesuatu dengan ilmu yang sedikit adalah
lebih baik dari memiliki ilmu yang banyak tapi tidak bertindak.
Terutamanya sekiranya anda memiliki idea yang hebat, jika anda
lambat bertindak, mungkin ada orang akan mendahului anda. Hanya
mereka yang bijak mengambil peluang saja mampu mencipta
kejayaan dengan cepat.
Akan tetapi, jangan lupa untuk sentiasa memburu apa –apa ilmu
untuk memajukan pengetahuan anda berkenaan ilmu pemasaran
ebook ini. Anda bukan saja perlu tahu menulis ebook, anda perlu tahu
asas membina laman web, menulis ayat jualan, membuat promosi dan
lain – lain. Kelihatan amat susah bukan? Tidak susah sebenarnya
kerana terdapat banyak panduan lengkap yang dijual oleh usahawan –
usahawan internet Malaysia yang lain. Anda boleh membelinya dengan
harga yang rendah sahaja.
Apa yang penting sekarang, selepas membaca ebook ini, apakah anda
sudah terfikir idea untuk menulis ebook? Jika belum ada, cuba cari
tajuk ebook anda dahulu. Lupakan terlebih dahulu bagaimana untuk
buat laman web, memasang affiliate, opt in dan sebagainya. Itu boleh
dilakukan kemudian dengan beberapa cara yang mudah. Yang penting
adalah tindakan pertama anda, iaitu mendapatkan idea untuk menulis
ebook. Jika anda kejar semuanya dalam satu – satu masa, saya risau
anda akan menjadi ‘blur’ dan akhirnya hilang semangat apabila pening
melihat hal – hal teknikal ini nanti.
53 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
53
54. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Jadi tindakan penting anda sekarang adalah, hasilkan ebook anda
yang pertama sekarang. Pastikan terdapat permintaan terhadap ebook
anda. Menulis ebook yang tiada permintaan adalah satu usaha yang
merugikan. Dan satu lagi saya nasihatkan, tulis ebook yang anda
memang minat topiknya. Usah lakukan perkara yang anda memang
tidak sukai. Kelak anda juga yang rugi.
Dengan minat yang mendalam, ebook yang akan dihasilkan oleh anda
dapat memberi kepuasan yang sebenarnya dalam diri anda. Dan
sudah tentu juga hasil ebook anda menjadi menarik dan kualiti yang
dihasilkan amat membanggakan.
Cuba jadikan kisah kejayaan usahawan – usahawan ebook sebagai
pemangkin semangat anda untuk berjaya. Cuba pelajari apa yang
mereka telah buat untuk berjaya dan usah lakukan kesilapan yang
mereka lakukan dahulu.
Anda juga perlu sabar, rajin, sentiasa dahagakan ilmu dalam
perniagaan ebook ini. Sekali anda gagal, jangan terus berputus asa.
Usah ulangi perkara atau sebab yang menyebabkan kegagalan anda.
Bukan semua perniagaan ebook berjaya, ianya bergantung kepada
kekuatan dalaman kita sendiri, keadaan semasa dan juga permintaan
di pasaran.
Dan antara paling penting dalam perjalanan mencipta kejayaan dalam
pemasaran ebook ini adalah JANGAN KEDEKUT UNTUK MELABUR
UNTUK ILMU. Ramai orang ingin menjadi kaya, tetapi kedekut
untuk menjadi kaya. Hanya dengan ilmu sahaja anda boleh berjaya.
Akan tetapi terdapat ramai juga rakyat Malaysia ini kedekut untuk
melabur demi ilmu. Akan tetapi bila melabur dalam skim cepat kaya,
ribuan ringgit sanggup dilaburkan. Kesudahannya, wang yang dilabur
ribuan ringgit tersebut hilang begitu saja disebabkan ketamakan
mereka.
Jadi, tidak rugi anda melabur untuk mendapatkan ilmu. Saya sendiri
sentiasa mendapatkan ilmu dengan membeli ebook, video, buku atau
menyertai seminar untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan saya.
Bukan saya bermaksud anda perlu melabur serta – merta untuk
mendapatkan semua ilmu itu sekaligus. Dapatkan satu – persatu dan
terus amalkan. Setelah dipraktikkan, barulah anda mendapatkan ilmu
yang lain pula. Itulah yang saya lakukan dari mula bergiat dalam
pemasaran ebook hinggalah sekarang.
54 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
54
55. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Rajin membaca adalah usaha kejayaan. Anda perlu pegang kata-
kata itu. Semua orang yang berjaya di dunia ini adalah mereka yang
rajin membaca. Oleh itu, saya sendiri membaca pada setiap hari.
Biasanya saya membaca dalam LRT saja dalam perjalanan pulang ke
rumah. Saya dahulu yang jenis malas membaca, kini amat rajin
membaca. Membaca apa yang amat diminati oleh saya, iaitu
perniagaan dan pemasaran internet.
Jadi, ambil peluang ini untuk merubah kehidupan anda dalam
mendapat wang sampingan dengan menerbitkan dan menjual ebook.
Jika anda seorang yang bertuah, mungkin anda mampu menjana
ribuan ringgit sebulan dengan hanya menjual satu ebook. Dengan ilmu
yang secukupnya dan mentaliti yang kuat untuk mencapai kejayaan,
tiada yang musatahil buat anda.
Manatahu suatu hari nanti anda akan bergelar…
JUTAWAN EBOOK
“Setiap kejayaan bermula dengan impian dan
angan – angan..”
Jadi, tanamkan impian anda mulai sekarang. Apakah yang anda mahu
dengan perniagaan ebook ini? Adakah anda mahu berkongsi
pengalaman, minat, kepakaran anda? Sudah pasti anda mahu
merubah situasi kewangan anda bukan?
Ya, lakukannya sekarang..Usah biarkan angan – angan menguasai
fikiran anda. Hanya angan – angan yang disertakan dengan matlamat
dan usaha yang berterusan mampu membantu anda mencapainya.
Pedulikan apa yang dikatakan oleh mereka yang di luar sana yang
mungkin menyindir – nyindir akan usaha anda. Jadikan sindiran
mereka sebagai pencetus semangat yang kuat dalam diri anda iaitu
“ Aku Pasti Akan Berjaya Dengan Apa Yang Aku Usahakan”
55 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
55
56. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Sekian saja kata – kata motivasi dari saya…..
Selamat mencuba dan mempraktikkan ilmu yang
anda pelajari dari perkongsian ini…Jika anda ada apa
– apa pertanyaan mengenai perniagaan ebook atau
affiliate, anda boleh emailkan pada
jamal230381@gmail.com. Dan anda juga boleh layari
blog saya di www.blogjamal.com untuk membaca
artikel –artikel mengenai perniagaan internet.
Ikhlas,
Jamaluddin Bahari a.k.a JaMaL
Usahawan Internet Malaysia
Pemilik www.blogjamal.com
www.rahsiaemas.com
www.rahsiablog.com
www.kerja-kerajaan.com
www.buatebook.com
56 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
56
57. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
JUALAN
KRONOLOGI JUALAN
EBOOK EMAS – EMAS
YANG HILANG
57 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
57
58. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Idea datang – ketika bersembang dengan seorang rakan di forum (Abd
Hafiz Wasa). Beliau memberitahu yang beliau sedang membuat
pelaburan emas di bawah tunjuk ajar pakar emas. Terus saja dapat
idea dan jemput Hafiz tulis ebook.
Memikirkan nama domain, nama tajuk ebook, harga ebook dan
juga perancangan penjualan ebook. Setelah mengambil masa
beberapa hari, tajuk ebook dipilih sebagai ebook Emas – Emas
Yang Hilang dan nama domain/laman web www.rahsiaemas.com.
Menghubungi pereka laman web kegemaran saya, Bearnerd Bondly
(www.webjualanexpress.com) untuk menempah minisite dan juga
system affiliate, opt in, borang order dan lain – lain dengan
kadar yang segera. Biasala saya, bayar lebih kepada Bearnerd supaya
laman web/minisite dapat disiapkan dengan segera.
Saya mula menulis rangka ayat jualan untuk web (sales letter)
berdasarkan pengalaman dan juga panduan dari buku Rahsia
Menjana Senjata Jualan karya Zahrul Azua Kamaluddin dan juga
Syed Akil. Buku ini memang menjadi rujukan utama saya ketika
menulis sales letter untuk jualan ebook sejak mula saya berkecimpung
dengan perniagaan internet ini lagi.
Saya meminta Hafiz untuk menjemput sifunya En Syukor
jutawanemas.com untuk menjadi penasihat dalam penerbitan
ebook Emas – Emas Yang Hilang ini. Saya juga meminta Hafiz
menulis satu laporan percuma iaitu Emas Sebagai Senjata Kekayaan
untuk dijadikan sumber utama untuk ‘capture email’.
58 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
58
59. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Hafiz Wasa memberikan ebook yang sudah siap ditulisnya. Setelah
membaca beberapa kali ebook yang ditulis beliau, saya mula menulis
sales letter dengan lengkap dalam format Microsoft word.
Setelah siap, saya berikan sales letter tersebut kepada Hafiz untuk
membaca dan melihat responnya. Dia mengatakan sales letter yang
saya karang sangat ampuh. Tak tahu la kan..Hehehehe..Kemudian
sales letter itu saya emailkan kepada Zahrul Azua Kamaluddin penulis
buku Rahsia Menjana Senjata Jualan yang juga guru saya dalam
copywriting ini. Ternyata beliau berpuas hati dengan sales letter yang
ditulis saya dan men’touch-up’ sedikit untuk memberi lebih
power pada sales letter tersebut.
Pra – pelancaran ebook Emas – Emas Yang Hilang di forum
wangcyber.com bermula jam 9 pagi sehingga jam 7 malam. Harga
yang ditawarkan adalah RM40. Hampir 20 unit terjual dalam masa
tersebut. Tepat jam 7 malam, jualan ditutup. Tujuan pra pelancaran
adalah untuk ‘test market’ di forum.
Seorang dua pembeli ebook memberi komen membina untuk
menambah baik ebook tersebut. Jadi, dengan komen tersebut, isi
kandungan ebook dikemaskini dengan lebih baik lagi.
Bearnerd telah menyiapkan laman web lengkap beserta banner –
banner pengiklanan. Saya mula memindahkan semua fail ke hosting.
Beberapa kali testing dijalankan pada laman web seperti borang
belian, sistem affiliate, link dan system email supaya berada dalam
keadaan berfungsi dengan baik.
Ebook sudah ‘ready’ untuk dijual dengan rasminya. Sebelum itu, saya
telah menjemput ramai IM yang memiliki senarai email yang
59 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
59
60. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
besar sebagai rakan JV affiliate. Tidak juga saya jemput affiliater –
affiliater bagi web kerja-kerajaan.com untuk turut sama menjayakan
pelancaran rahsiaemas.com ini. Lebih 40 IM utama bersetuju untuk
turut serta dalam pelancaran ebook ini.
Penjualan ebook Emas – Emas Yang Hilang dilancarkan 14 Julai
09 dengan harga RM70 di forum wangcyber.com. Selain komisyen
RM35 diberikan bagi setiap jualan, cabaran affiliater yang dinamakan
Cabaran Emas juga diadakan dengan menawarkan hadiah wang tunai
ribuan ringgit kepada affiliater yang berjaya membuat sasaran jaulan
tertentu.
Sebanyak 6 ayat promosi KILLER disediakan untuk affiliater di
ruangan bahan promosi di ruangan affiliate. Ini memudahkan affiliater
dalam kerja – kerja promosi. Dan ada ayat promosi yang disediakan
khas buat bagi tarikh - tarikh khas iaitu semasa orang dapat gaji.
Beberapa teknik pemasaran dilakukan selain dari bantuan rakan –
rakan affiliate demi menjayakan misi 500 sales dalam masa 17
hari. Teknik pemberitahuan di email, email follow up, di facebook,
friendster, pengiklanan berbayar sebanyak RM80, forum dilakukan
sendiri oleh saya. Cara promosi percuma banyak digunakan bagi
memasarkan ebook ini. Pada masa yang sama juga saya sibuk
mempromosikan produk affiliate T4WTF oleh Zamri Nanyan.
Kepada senarai email yang merupakan subscriber di rahsiaemas.com,
setiap 3-4 hari tips – tips/info percuma mengenai ilmu
pelaburan emas diemailkan bagi tujuan pemahaman oleh
subscriber. Tidak lupa, di samping memberikan tips/info, promosi
tetap dijalankan dengan bersungguh - sungguh.
60 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
60
61. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Sasaran 500 sales berjaya dicapai awal sehari dari masa yang
dijangkakan. Nampaknya orang ramai berebut - rebut mendapatkan
ebook ini di hari – hari terakhir promosinya.
Tepat jam 12 pagi 2 Ogos 2009, jualan ditutup serta - merta.
Apabila jualan dikira kembali, sebanyak 554 jualan berjaya
dihasilkan dalam masa 17 hari pelancarannya. Amat
membanggakan.
Jualan ebook sudah ditutup. Bayaran komisyen dan bonus
affiliater dibayar dalam masa seminggu. Hampir RM 15 Ribu
dibayar kepada agen – agen affiliate yang membuat jualan. Tahniah
kepada saudara Razif Yusof kerana menjadi top affiliate dalam cabaran
emas. Tidak lupa juga buat naib johan Yoji dan juga tempat ke-3
greatoffer.
Rehat panjang…..Rehat – rehat juga, tapi subscriber
rahsiaemas.com tetap diberi info atau tips berkenaan pelaburan
emas setiap 3-4 hari. Ini menambahkan kefahaman mereka dalam
pelaburan emas ini dan juga bertujuan meningkatkan kesedaran
tentang pentingnya pengetahuan ini.
Mula merancang strategi untuk penjualan semula Emas – Emas
Yang Hilang. Ianya dinamakan Emas – Emas Yang Hilang versi
Terbaru. Perancangan rapi dibuat bagi menyebarkan ilmu pelaburan
emas ini dengan lebih cepat dan meluas di kalangan rakyat Malaysia.
61 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
61
62. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Bertemu seorang web designer bertaraf International semasa
hadiri seminar T4WTF Zamri Nanyan di Penang. Zaizen Goro nama
glamernya, diperkenalkan oleh raja affiliate, Ammar Zahar kepada
saya. Webnya http://www.graphicsalien.com. Satu hari tu saya
melepak dengan dia, Ammar Zahar. Dari kisahnya, saya dapat tahu
dia ni banyak merekabentuk website jutawan – jutawan internet
antarabangsa seperti John Delavera, Adeel Chowdhry, Edmund Loh
dan ramai lagi. Terus saja saya menjemput beliau untuk
merekabentuk laman web rahsiaemas.com kepada design yang
baru. Walaupun upahnya tinggi, tapi hasil kerjanya sangat berkualiti
dan ada umphhhh…
Saya berjumpa dengan En Syukor, Hafiz di Melaka selepas balik dari
Penang untuk membincangkan mengenai pelancaran Emas –
Emas Yang Hilang versi Terbaru. Hasil perbincangan, team Rahsia
Emas dikuatkan dengan kemasukan En Syukor 100% demi pelancaran
ebook ini. Untuk pembeli tawaran istimewa diberikan iaitu keahlian
gold membership di ruangan blog jutawanemas.com, ebook
versi terbaru, ebook tambahan baru yang lebih praktikal, dan
ruangan forum khas untuk pembeli.
Saya mula menjemput rakan – rakan IM lebih 50 orang untuk
menyertai promosi pelancaran semula ebook ini. Ramai juga
nama besar yang menyertai promosi kedua ini seperti Shuth, Razif,
Zamri, Syam, dan ramai lagi. Mereka semua ni memang terkenal
dengan pemasaran internet. Ayat – ayat promosi baru juga
disediakan untuk para affiliater semua.
62 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
62
63. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Kepada rakan – rakan JV terpilih, mereka diberikan ebook secara
percuma bagi tujuan review oleh mereka bagi memudahkan lagi
mereka untuk membuat promosi affiliate. Ruangan pendaftaran
affiliate biasa juga dimaklumkan lebih awal di forum
wangcyber.com. Pengumuman tarikh pelancaran semula ebook
dimaklumkan kepada semua iaitu pada 24 ogos 2009 di forum, blog
dan senarai email. Jadi, memang ramai tak sabar nak promot semula
ebook ini.
Sebelum dilancarkan semula, laman web yang berwajah baru hasil
tangan Zaizen Goro, disediakan penambahbaikan pada sales
letter. Ianya adalah untuk memberi impak yang lebih kuat kepada
pembaca. Antara penekanan yang diberikan adalah pada testimonial,
jaminan, dan kredibiliti Team Rahsia Emas iaitu dengan meletakkan
gambar ahli kumpulan dan juga meletakkan no telefon setiap ahli
dalam laman web.
Pada 24 0gos 09 Isnin, 3 Ramadhan Emas – Emas Yang Hilang
Versi Terbaru dilancarkan besar – besaran dengan memaklumkan
pada senarai email, rakan JV affiliate, affiliate biasa, facebook dan
juga di forum. Semua rakan JV affiliate terpilih juga kebanyakannya
memaklumkan pelancaran ebook ini kepada subscriber mereka. Harga
ebook kali ini dinaikkan kepada RM80 dan komisyen affiliate adalah
RM40. Sasaran jualan pada kali ini adalah 1000 sales dalam masa
22 hari.
Cabaran Emas ke - 2 dilancarkan untuk affiliater semua dengan
menawarkan hadiah wang tunai lumayan iaitu dari top 10 affiliate
yang bernilai hampir RM5000. Nampaknya, pelancaran ke – 2 ini
mendapat perhatian lebih ramai orang sehinggakan ahli affiliate
berjumlah sehingga 1500 orang.
63 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
63
64. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Setiap ahli Team Rahsia Emas memainkan peranan masing –
masing dalam pelancaran projek ini. Untuk makluman, dalam
team ini, saya bertindak sebagai agen pemasaran dan juga manager
projek, Hafiz sebagai pengurus penerimaan dan penghantaran email
dan En Syukor sebagai pengurus teknikal di ruangan gold
membership. Kerja saya adalah menguruskan dan merancang segala
strategi pemasaran, termasuk kerja promosi, pengrekrutan affiliate,
jemputan rakan jv, editor, surat jualan, ayat promosi, pengurus
cabaran affiliate, dan juga kaunter pertanyaan..hehehehe.
Dalam tempoh jualan yang bermula 24 Ogos 09 – 15 Sept 09 (22
hari), setiap 3 – 4 hari, email promosi saya hantarkan secara
berkala kepada subscriber rahsiaemas.com. Tidak lupa juga
beberapa strategi digunakan di mana 2 review (sample) ebook dan
juga satu kertas kerja pembentangan seminar En Syukor saya berikan
kepada subscriber. Ini menambahkan lagi pemahaman mereka
mengenai pelaburan emas sebelum mendapatkan ebook versi lengkap
dari rahsiaemas.com.
Jualan semakin mencapai sasarannya sehari sebelum tarikh akhir.
Saya minta semua rakan jv affiliate membuat promosi terakhir
sebelum jualan ditutup. Usaha dari saya sendiri juga dibuat pada
sehari sebelum penutupan dengan menghantar email kepada senarai
email saya yang berjumlah lebih 20 ribu orang. Dan hasilnya, awal
pagi di hari terakhir iaitu pada 15 Sept 09, jualan mencecah angka
1000. Menjelang tengah malam jualan semakin meningkat sehingga
1080 jualan.
Jualan ditutup tepat jam 12 pagi 16 Sept 09. Ye la kan, nak cuti
raya, mesti la perlu tutup jualannya. Saya pun nak shopping raya
juga.:) Setelah semakan dibuat, hasil kiraan bersih jualan ebook Emas
– Emas yang Hilang versi Terbaru, 1085 unit ebook berjaya dijual
64 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
64
65. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
dalam masa 22 hari dan lebih RM 85k berjaya dikumpul. Wow!
Lumayan……
Komisyen dibayar kepada semua affiliater termasuk rakan JV
termasuk hadiah wang tunai. Semuanya lebih RM 30k dibayar kepada
mereka. 99% komisyen dibayar sebelum raya, duit raya untuk diorang
la kan…..Komsiyen dibayar dengan cara online banking, CDM machine,
ATM Transfer,..Yang penting, sebelum saya bercuti raya, komisyen
perlu habis dibayar…Alhamdulillah setel semuanya termasuk
pembahagian keuntungan untuk setiap ahli Team Rahsia Emas.
Memang lumayan hasilnya..Beraya sakan la saya…
TAMAT
Sekian saja sedikit perkongsian dari saya. Walaupun kronologi ini
terlalu umum, saya harap ianya bermanfaat untuk anda. Jika saya
tulis secara lengkap kronologi dan teknik penjualan ebook saya ini,
100 muka surat pun tak kan habis – habis lagi. Kebanyakannya adalah
perkara – perkara teknikal dan strategi – strategi pemasaran yang
istimewa yang akan saya kongsikan di lain masa. Sila gunakan info –
info dari kronologi ini jika ianya dapat membantu jualan ebook anda
kelak.
65 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
65
66. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
PENDEDAHAN TIPS
MENULIS EBOOK
SKLUSIF
ESKLUSIF DARI SIFU
EBOOK SAYA
66 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
66
67. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Siapakah Shuth?
Dalam ebook percuma ini juga, saya tidak lepaskan peluang untuk
memperkenalkan seorang sifu saya dalam pemasaran ebook. Beliau
tidak lain tidak bukan adalah saudara Suhaimy a.k.a Shuth yang
juga pengasas forum komuniti usahawan internet Malaysia,
wangcyber.com.
Saya mula mengenali beliau secara kebetulan semasa terlihat laman
web maskahwin.com yang menjual ebook MasKahwin Yang Hilang
pada tahun 2006 yang lalu. Semasa itu saya langsung tidak
mengetahui apa itu perniagaan internet. Semasa itu, saya langsung
tidak memperdulikan siapakah beliau.
Akan tetapi, setelah saya mula menceburi perniagaan ebook pada
akhir 2008 yang lalu, saya baru tahu bahawa beliau adalah pengasas
forum wangcyber.com. Masa itulah saya mendaftarkan diri sebagai ahli
WC Premium di wangcyber iaitu sebagai ahli esklusif di forum
tersebut.
Tidak dapat saya nafikan bahawa kejayaan saya banyak dibantu
dengan keaktifan saya di forum tersebut di mana saya banyak
mempelajari ilmu perniagaan internet dari mereka – mereka yang
berjaya di serata Malaysia. Jadi saya juga mengesyorkan anda
melawar dan menyertai komuniti di forum tersebut.
Shuth juga sering dijemput oleh pihak media massa seperti pihak TV
untuk diwawancara berkenaan perniagaan di internet. Beliau boleh
67 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
67
68. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
juga dianggap tokoh usahawan internet selain dari Dr Irfan Khairi
kerana usahanya menyebarkan “kempen celik buat duit di
internet” di kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 2005.
Saya menjadi lebih akrab dengan beliau selepas menyertai seminar
pertamanya, iaitu Seminar Perniagaan Ebook yang dianjurkannya pada
April 2009 di KL. Dari seminar tersebut saya banyak belajar mengenai
perniagaan ebook darinya. Walaupun sebelum itu saya telah
menghasilkan 2 ebook, akan tetapi saya tetap menghadiri seminar
tersebut demi menambahkan ilmu perniagaan ebook saya.
Gambar saya bersama Shuth sewaktu menghadiri seminarnya tidak lama dahulu
Bagi anda yang berminat untuk menghadiri seminar Perniagaan Ebook
oleh Shuth ini, saya amat menggalakkan anda untuk menghadirinya.
Banyak ilmu dan pengalaman yang akan disampaikannya. Bukan
setakat pada hari seminar saja, tetapi selepas seminar pun anda akan
68 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
68
69. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
dibantu oleh Shuth dalam perniagaan ebook ini. Hanya mereka yang
pernah menghadiri seminar ebook ini saja yang mengetahui betapa
beruntungnya mereka.
Jika anda ingin menyertai Seminar Perniagaan Ebook oleh Shuth, anda
boleh sertainya dengan klik link di bawah. Anda akan dibawa ke laman
web pendaftaran seminarnya.
www.buatebook.com/seminarebook
Satu Tips Dari Shuth
Layakkah Anda Menulis eBook?
Saya sering mendengar orang berkata…
“Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?”
“Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layak
dari saya untuk menulisnya”
“Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa..
saya tahu dengan mendalam mengenainya”
“Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri pun
belum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!”
Baiklah….mari saya beritahu anda satu perkara.
Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikan
ilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula
69 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
69
70. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
mempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunya
boleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Sama ada ilmu di dalam bidang
perniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu jahit-menjahit, ilmu sains, ilmu
fizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu sukan dan apa-apa
sahajalah lagi bidang ilmu.
Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum… ianya boleh dibahagikan kepada
4 peringkat.
Peringkat Pertama : Zero Knowledge
Ini adalah merupakan pringkat permulaan, dimana, pada peringkat ini,
seseorang itu, tidak tahu apa-apa pun tentang sesuatu ilmu (bidang). Contohnya,
seorang profesor fizik, tidak tahu apa-apa pun tentang bidang perniagaan
internet. Seorang peminat bola sepak. tidak tahu apa-apa pun pasal bidang
jahitan. Seorang wanita, tidak tahu apa-apa pun pasal bidang automotif (kereta).
Pada peringkat ini, ia bukanlah bermaksud individu itu adalah seorang yang
“bodoh”.. tetapi ia cuma mengambarkan, mereka tidak pernah terdedah
(mendengar/ membaca / bercerita) terhadap perkara tersebut.
Individu yang berada di peringkat ini, selalunya akan menjawap.. “Hah?
Apabenda tu? Ada ke benda macam tu?”.. ataupun.. “Hah? Ye ke?”… apabila
anda bertanyakan kepada mereka tentang perkara tersebut.
Contoh : Anda (seorang blogger) bercerita/berbual dengan seorang mekanik
kereta, tentang kejayaan anda membuat banyak duit menerusi blog anda!.
Peringkat Kedua : Newbie
Ini pula peringkat dimana seseorang itu mempunyai sedikit ilmu pengetahuan
tentang bidang tersebut. Mereka pernah membaca, pernah mendengar dan
pernah bercerita mengenainya. Sekali-sekala, mereka juga pernah
melakukannya.
70 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
70
71. Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
Contoh : Seorang eksekutif yang sering melayari internet, dan selalu membaca
blog orang lain. Pernah membaca pasal kisah orang buat duit dengan blog , dan
beliau juga pernah cuba-cuba untuk melakukannya. Blog tu.. beliau dah berjaya
hasilkan, tetapi, bila tiba “part” buat duit dengan blog.. masih belum begitu
berhasil. “Ada lah dapat sikit-sikit… tgh berusaha lagi lah skang nie”.. ujar
beliau sambil tersengih-sengih.
Peringkat Ketiga : Intermediate
Pada peringkat ini, seseorang itu telah banyak membaca mengenai sesuatu
bidang itu. Sering mendengar dan bercerita mengenainya. Mereka juga kerap
melakukan perkara yang berkaitan di dalam bidang tersebut.
Contoh : Penulis blog yang sudah menulis blog selama 1-2 tahun dan memang
telah pun berjaya membuat duit menerusi blog beliau.
Contoh : Seorang pekerja yang telah bekerja sebagai mekanik kereta selama 2
tahun.
Contoh : Seorang kaki pancing yang banyak menghabiskan masanya memancing
di waktu lapang.
Peringkat Keempat: Expert / Advanced
Ok! ini ialah peringkat yang tertinggi, dimana pada peringkat ini, seseorang itu
memang telah diiktiraf sebagai seorang yang pakar atau mahir di dalam bidang
mereka. Pada peringkat ini mereka memang memang tahu secara mendalam
tentang selok-belok bidang yang beliau ceburi. Selalunya, banyak kisah-kisah
kejayaan yang telah mereka tempuhi.
Contoh : Seorang penulis blog yang telah berjaya menjana berpuluh-puluh ribu
dari blog mereka dan diiktiraf sebagai seorang pro blogger.
Contoh : Seorang meknaik yang telah mempunyai bengkel kereta sendiri dan
beberapa buah cawangan seluruh malaysia.
71 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari
71