Ramalan emas 2018 daripada faktor-faktor utama kesan kepada harga emas, analisis teknikal emas, alasan emas naik 2018 dan pengalaman dalam pelaburan emas
1. RAMALAN EMAS 2018
Oleh : Mohd Zaidi Junus, Pelabur Jongkong Semenjak 2010
Website : https://www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com
Ramalan emas 2018 daripada faktor-faktor utama kesan kepada harga emas, analisis
teknikal emas, alasan emas naik 2018 dan pengalaman dalam pelaburan emas.
Harga emas tidak dapat di ramal oleh sesiapa namun ia boleh di ramal daripada faktor-faktor utama
semasa yang mempengaruhi harga emas, petunjuk analisis teknikal harga emas, ramalan penganalisis emas
dunia dan pengalaman meneliti harga emas. Tahun 2018 adalah isu berkaitan inflasi ekonomi dunia,
perang perdagangan, krisis geopolitik dan sebagainya yang dapat memberi kesan positif kepada harga
emas.
FAKTOR UTAMA PENINGKATAN HARGA EMAS TAHUN 2018 :
1. Matawang Dolar Amerika Syarikat
Secara umum, wang dolar AS berkadar songsang dengan harga emas, iaitu jika matawang dolar
lemah maka harga emas akan meningkat. Dolar AS jatuh 10.5% pada tahun lepas, penurunan yang ketara
bagi mata wang dan kejatuhan terbesar sejak 2003. Faktor-faktor yang memberi kesan kepada dolar pada
tahun lepas dijangka memberi tekanan sama sekali lagi tahun ini. Faktor yang paling besar adalah
pentadbiran Trump dan Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin secara terang-terangan menyatakan ia
mahu dolar yang lemah untuk perdagangan dan dengan tarif import baru.
Faktor lain yang memberi kesan kelemahan matawang dolar ialah perang perdagangan, trade war AS
dengan Cina serta kesan geopolitik lain akan menyebabkan matawang dolar lemah dan seterusnya harga
emas di ramalkan naik tahun 2018. Kelemahan dolar menyebabkan pakar pelaburan emas meramalkan
harga emas naik $1450 pada tahun 2018.
2. 2. Permintaan Emas fizikal
Faktor yang mempengaruhi harga emas ialah permintaan terhadap emas dimana apabila
permintaan terhadap emas tinggi, maka harga emas akan meningkat. Senario tahun 2018
dengan pergolakan geopolitik dunia terutamanya Amerika Syarikat seperti perang perdagangan dengan
cina “trade war”, pergolakan AS dengan Rusia, Syria, inflasi dan sebagainya menyebabkan permintan
terhadap emas meningkat.
Permintaan terhadap emas meningkat 253% kerana ketegangan geopolitik amerika. Kedai emas London,
Sharps Pixley, mengalami kenaikan 253% dalam jualan emas fizikal pada bulan Mac 2018 kerana ketakutan
terhadap peningkatan ketegangan geopolitik. Ancaman di Syria dan pertikaian perdagangan antara Beijing
dan Washington telah melemahkan keyakinan pasaran saham, sementara emas secara tradisi menjadi aset
yang selamat bagi pelabur.
Ekonomi dunia kini berada dalam situasi inflasi yang menyebabkan pelabur beralih kepada pelaburan yang
lebih selamat iaitu pelaburan emas. Petikan kata-kata penganalisis Barron yang menjangka inflasi
meningkat pada 2018 di seluruh pasaran maju terutama Amerika Syarikat. “We expect to see inflation go
up in 2018 across developed markets relative to where it is today with the United States leading the way”.
Kiplinger: "Inflasi akan meningkat tahun ini." PIMCO: "Inflasi global mungkin meningkat pada 2018."
Peningkatan inflasi global pada tahun 2018 akan menyebabkan harga emas akan meningkat dengan
sewajarnya.
3. Analisis Teknikal Emas 2018
Petunjuk analisa teknikal emas adalah ramalan harga emas berdasarkan teknikal graf sejarah harga emas.
analisa teknikal graf emas menunjukkan harga emas tahun 2018 akan “pecah harga” untuk bergerak
meningkat.
3. Mengikut analisa teknikal Dominick Graziano seperti graf analisa teknikal rajah di bawah, bentuk harga
emas semasa kini (bulatan garis merah) seperti graf tahun 2011 dan 2014 iaitu tanda teknikal harga emas
akan menaik pada masa akan datang. Purata Indeks Arah (ADX) juga menunjukkan emas sedang membina
tenaga. Semakin lama penyatuan garis ini berterusan seperti tahun 2011 maka lebih besar tenaga dan lebih
banyak kenaikkan harga emas. Dominick mengatakan “long-term consolidations are the most powerful
when they finally break out.”
Analisa teknikal tidak menunjukkan bilakah harga emas akan “pecah” menaik, tapi apabila harga emas
“pecah” harganya akan meningkat tinggi.
4. Bekalan Dan Permintaan emas
Bekalan emas dunia kini tahun 2018 semakin berkurang kerana pengeluaran emas berkurang
disebabkan kejatuhan harga emas semenjak 2012. Bekalan emas masih banyak dari tahun 2013 hingga
2017 dan kini telah berkurang dimana dijangkakan tahun 2019 bekalan emas mengalami defisit yang akan
menyebabkan permintaan terhadap emas bertambah dan seterusnya harga emas akan meningkat.
Carta di atas menunjukkan sasaran purata harga tahunan harga emas terhadap bekalan emas dunia. Pada
tahun 2008, 2010 dan 2011 bekalan emas mengalamai defisit bekalan yang menyebabkan harga emas
melonjak naik pada tahun tersebut. Tahun 2018 bekalan emas berkurang dan diramalkan harga emas akan
mulai naik tahun 2018 dan seterusnya melonjak naik tahun 2019 apabila defisit bekalan emas.
4. 5. Pengalaman Pelaburan Emas
Pengalaman saya sendiri dalam pelaburan emas kuat mengatakan bahawa harga emas akan
mulai naik pada tahun 2018. Penganalisis emas yang saya ikuti dan percayai dalam ramalan emas ialah
Goldman Sachs. Saya masih ingat pada tahun 2011 dimana kebanyakan semua penganalisis emas dunia
meramalkan harga emas menaik, tapi goldman sachs meramalkan harga emas jatuh dan sememangnya
tepat, selepas tahun 2011 harga emas mengalami kejatuhan. Pada bulan februari 2018 Goldman Sachs
meramalkan harga emas tahun 2018 adalah 1450 us/oz. Artikel terbaru Goldman Sachs pada 26 mac 2018
menjangka harga emas tahun 2018 akan meningkat lebih tinggi. Klik Goldman Sachs Newly Bullish on
Gold Again. Inilah pertama kali, penganalisis komoditi Goldman Sachs menaikkan harga logam berharga
dalam tempoh lebih daripada lima tahun. Para penganalisis mencadangkan bahawa tanda-tanda
peningkatan dalam inflasi dan "peningkatan risiko" pembetulan pasaran saham akan membantu
memantapkan harga emas pada bulan-bulan yang akan datang.
“This marks a significant shift for the major bank, as it is the first time that commodity analysts from
Goldman are bullish on the precious metal in more than five years. The analysts suggested that signs of
an boost in inflation and "increased risk" of a correction to the stock market would help to bolster the
price of gold in the months to come”
Dari pengalaman dalam pelaburan jongkong emas semenjak tahun 2010, faktor kenaikkan emas dan
analisa emas saya juga meramalkan harga emas akan mulai naik bermula bulan mei atau jun 2018 kerana
sudah menjadi kelaziman, bermula bulan jun harga emas akan mulai meningkat kerana pasaran dunia yang
lebih aktif. Kini 18 April 2018 harga emas dunia ialah $1343 us/oz, ramalan emas tahun 2018 adalah :
Ramalan harga emas minima 2018 ialah$ 1,420 us/oz
Ramalan emas tahun 2018 dengan krisis ekonomi ialah$ 1,500 us/oz hingga $ 1,600 us/oz
Emas adalah harta yang boleh di warisi dan terbukti logam berharga sepanjang zaman. Kita
beli tanah sebagai harta untuk simpanan tanpa perolehi dividen atau bonus tahunan, kenapa takut beli
emas yang sememangnya harta yang boleh di warisi yang berharga sepanjang zaman dengan banyak
kelebihan lain seperti pemilikan emas hanya perlukan modal kecil, dana kecemasan yang mudah di cairkan
atau digadai dan pelindung kejatuhan nilai wang. Bagi pelabur emas yang berilmu dan berpengalaman,
kenaikkan harga emas hanyalah sebagai bonus sahaja kerana pemilikan emas sendiri telah punya banyak
faedah. Klik RAHSIA TERSEMBUNYI DI SEBALIK PELABURAN JONGKONG EMAS PUBLIC
GOLD.
Kini adalah masa yang amat sesuai untuk pelaburan modal kecil dengan membeli emas bagi
memiliki harta yang boleh di warisi. Fikirkan, “jika simpan RM130 pada 5 tahun lepas dengan
simpan 1 gram emas yang bernilai Rm13o pada 5 tahun lepas...Kini nilai wang RM130 adalah bernilai
seperti Rm100 sekarang kerana nilainya merosot disebabkan kuasa beli berkurang. Tapi simpanan 1
gram 5 tahun lepas, kini sudah berharga RM184 segram”. Ini menunjukkan “nilai wang semakin
berkurang, sedangkan harga emas semakin meninggi”. Bertindak segera mula beli emas untuk
pelaburan serendah gold bar 0.5 g 24 karat LBMA bebas gst PATUH SYARIAH dengan Klik CARA BELI
EMAS PUBLIC GOLD bagi mula menyimpan emas untuk mengumpul harta sebagai pelindung kejatuhan
nilai wang, penjana harta, bekalan dana kecemasan dan pengelak kebocoran wang.
5. Ramalan, emas, harga emas, 2018, ramalan emas, ramalan emas 2018, ramalan harga emas 2018, jangkaan
harga emas 2018, faktor utama memberi kesan kepada harga emas, analisis teknikal emas, alasan emas
naik 2018, pengalaman pelaburan emas, masa terbaik beli emas, faktor peningkatan harga emas, pelaburan
jongkong emas, pelaburan modal kecil
https://www.investopedia.com/news/goldman-bullish-gold-first-time-years/
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/rahsia-tersembunyi-keistimewaan-pelaburan-emas-
public-gold/
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/