SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
SISTEM PERBANKAN
Bank ialah satu bentuk institusi kewangan yang berfungsi menerima simpanan dari unitunit lebihan
yang tidak mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset) dan mengeluarkan pinjaman
kepada unit-unit kurangan yang mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset). Secara
amnya, bank menjalankan urusniaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan
perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan
kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank
saudagar, bank simpanan, syarikat kewangan, rumah diskaun dll.

Bank Pusat

Bank pusat di Malaysia agar terlewat ditubuhkan berbanding dengan negara yang telah maju.
Bank pusat Sweden, Bank of Sweden ditubuhkan pada 1656, Bank pusat United Kingdom, Bank of
England ditubuhkan pada 1694 dan Bank pusat Amerika Syarikat, Fedreal Reserve Bank ditubuhkan
pada 1913. Bank pusat di Malaysia telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959 berasaskan undang-
undang Bank Negara Tanah Melayu 1958. Pada awal penubuhannya ia bernama Bank Negara
Tanah Melayu, berikutan penubuhan Malaysia pada September 1963 namanya diubah kepada Bank
Negara Malaysia.

Bank Pusat bagi sesebuah negara atau Bank Negara bagi Malaysia, memainkan peranan untuk
menyediakan bekalan wang yang cukup agar dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang
cepat tanpa inflasi serta mencapai matlamat-matlamat ekonomi yang lain. Peraturan dan
pengawalan oleh Bank Negara dijalankan dengan cara menggubal undang-undang yang mengatur
kegiatan-kegiatan badan-badan kewangan dan dengan menjalankan dasar kewangan.

Tujuan penubuhan Bank Pusat ialah;

a.    Sebagai pengeluar mata wang Malaysia dan menyimpan rizab yang menjaga
      nilai matawang tersebut.
b.    Sebagai bank dan penasihat kewangan kepada kerajaan; menguruskan akaun
      kerajaan, sumber kumpulan wang kepada kerajaan, menguruskan hutang
      negara
c.    Mengimbangi kestabilan kewangan dan struktur kewangan Malaysia.
d.    Mempengaruhi kedudukan kredit sehingga ia menguntungkan kepada
      ekonomi Malaysia.

Secara amnya tujuan asas penubuhan bank pusat ialah untuk mencipta satu badan yang akan
mengatur kegiatan sektor kewangan sehingga ia dapat berjalan dengan licin dan cekap dan
membantu dalam usaha mengembangkan ekonomi negara.

Fungsi dan Tugas Bank Pusat ialah;

a.    Menggalakkan kestabilan kewangan dan mewujudkan satu sistem kewangan yang stabil.
b.    Mempengaruhi kegiatan memberi pinjaman oleh institusi-institusi kewangan agar kegiatan
      tersebut menguntungkan negara.

Pada umumnya BNM ditugaskan oleh kerajaan bagi menjalankan kegiatan berikut;

a.    Bertindak sebagai bank kepada kerajaan.
b.    Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan.
c.   Mengawal kegiatan bank perdagangan dan badan kewangan yang lain.
d.   Mengawal keseimbangan perdagangan antarabangsa.
e.   Mengawal percetakan wang syiling dan kertas.
f.   Menjalankan dasar kewangan

Dasar kewangan digunakan dalam mengawal penawaran dan edaran wang dalam ekonomi negara.
Perubahan penawaran wang akan mempengaruhi kadar bunga di pasaran dan seterusnya
mempengaruhi tabungan. Dasar kewangan terbahagi kepada dasar kewangan kuantitatif dan dasar
kewangan kualitatif. Dasar kewangan kuantitatif seperti operasi pasaran terbuka, pendanaan,
kadar bank, rizab berkanun dan nisbah kecairan. Dasar kewangan kualitatif pula seperti tempoh
bayaran balik ansuran, mengubah bayaran pendahuluan pembelian secara ansuran dan pujukan
moral oleh Bank Pusat.

Untuk melaksanakan fungsi-fungsi penubuhan Bank Negara, Bank Negara telah menjalankan
pelbagai bentuk dasar kewangan. Secara ringkas, bentuk-bentuk dasar kewangan yang dijalankan
oleh Bank Negara adalah seperti berikut;

a.   Menentukan nisbah rizab atau cadangan; Peraturan mengenai rizab yang perlu disediakan
     oleh bank-bank di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: keperluan rizab
     berkanun (statutory reserve requirements) dan keperluan mudahtunai minimum (minimum
     liquidity requirements).
b.   Operasi pendiskaunan harta jangka pendek; Salah satu fungsi penting Bank Negara adalah
     menjadi "lender of last resort" iaitu menyediakan kemudahan pinjaman kepada badan-
     badan kewangan yang menghadapi masalah kekurangan rizab atau menghadapi masalah
     kecairan. Di Malaysia, fungsi ini dijalankan dengan memberi peluang kepada badanbadan
     kewangan untuk mendiskaunkan harta jangka pendek dan/atau memberi pinjaman
     pendahuluan (advances) kepada bank-bank yang menghadapi masalah.
c.   Mengatur kadar bunga; Pada hakikatnya campurtangan Bank Negara dalam menentukan
     kadar bunga yang dikenakan oleh setiap bank perdagangan dan badan kewangan lain
     adalah terhad. Setiap bank diberi kebebasan untuk menentukan kadar bunga yang
     dikenakan kepada pelanggannya. Setiap bank akan menentukan Base Lending Rate (BLR)
     atau kadar bunga utama mereka bagi pelanggan -pelanggan utama mereka yang terdiri dari
     badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat besar. Peminjam lain akan dikenakan kadar
     bunga yang lebih tinggi sedikit dari BLR ini.
d.   Pengawalan pinjaman; Tujuan utama dasar ini ialah untuk memastikan agar institusi-
     institusi kewangan mengalirkan pinjamannya kepada kegiatan ekonomi yang penting dalam
     pembangunan ekonomi negara dan peningkatan kemakmuran orang ramai.
e.   Pujukan moral; Dasar kewangan ini merupakan tindakan Bank Negara secara lisan berkenaan
     dengan langkah-langkah yang perlu diambil oleh institusiinstitusi kewangan          bagi
     menyesuaikan tindakan-tindakan mereka dengan dasar kerajaan. Dalam tahun 1980an
     dasar pujukan moral dijalankan terutama untuk menggalakkan institusi kewangan
     mengurangkan pinjaman untuk tujuan penggunaan dan spekulasi dan menggalakkan
     pemberian pinjaman ke sektor yang produktif. Dasar pujukan moral juga digunakan untuk
     memastikan dasar memberi pinjaman kepada pengusaha Bumiputera dan industri kecil
     diamalkan dengan baik oleh bank-bank perdagangan dan institusi kewangan lain.

Bank Perdagangan

Bank ini memainkan peranan yang terpenting dalam ekonomi moden. Ia merupakan institusi yang
terpenting dalam sistem kewangan di Malaysia. Bilangannya banyak dan melakukan berbagai-bagai
tugas penting ekonomi. Matlamat bank ini ialah untuk mendapatkan keuntungan dan sebahagian
besarnya dimiliki oleh badan-badan persendirian atau swasta.

Antara aktiviti-aktiviti bank ini ialah;

a.    Menerima Simpanan; Sebahagian besar daripada tanggungjawab bank terdiri daripada
      simpanan yang diterima dari orang ramai. Simpanan yang diterima termasuk simpanan
      semasa, simpanan tabungan dan simpanan tetap. Akaun simpanan semasa boleh dikeluarkan
      serta-merta, tetapi penyimpan tidak mendapat sebarang faedah. Akaun tabungan dan
      simpanan tetap memerlukan notis untuk mengeluarkannya dan penyimpan mendapat faedah.
b.    Membuat bayaran bagi pihak pelanggan; Bank ini berbeza dengan institusi kewangan yang lain
      kerana ianya diberi hak oleh kerajaan untuk mengendalikan akaun semasa. Akibat daripada
      keistimewaan ini bank perdagangan sangat penting peranannya dalam menentukan jumlah
      bekalan wang pada satu-satu masa tertentu dan perubahannya dari masa ke semasa.

      Para pelanggan boleh mengeluarkan wang dari akaun semasa dengan serta merta melalui
      cek. Cek telah menjadi cara pembayaran yang lazim dan meluas sebagai ganti wang bagi
      negara yang mempunyai sistem kewangan yang telah maju dan mantap. Jurubank membuat
      pembayaran dengan memindahkan sejumlah wang daripada akaun seorang pelanggan kepada
      pelanggan yang lain. Pelanggan tidak perlu membawa tunai dan ianya lebih selamat. Di
      samping itu cara ini memberi faedah kepada bank kerana bank dapat mewujudkan lebih
      banyak kredit. Sekiranya nilai cek yang ditandatangani melebihi jumlah simpanan pelanggan
      tersebut, ia akan dikenakan surat amaran dan denda sebanyak RM50.00. Tiga kali selepas itu
      akaun semasanya akan ditutup dan ia tidak akan dibenarkan membuka akaun semasa dimana-
      mana bank perdagangan yang lain di Malaysia.

      Sekiranya wang simpanan pelanggan tidak mencukupi untuk membayar cek yang telah
      ditandatangani, wang masih boleh diperolehi jika beliau memberitahu pihak bank. Bank
      akan mengenakan kadar bunga terhadap wang yang dipinjam ini bergantung kepada jumlah
      pinjaman dan bilangan hari pinjaman tersebut akan dibayar.

c.    Menerima bayaran bagi pihak pelanggan; Bank perdagangan bukan sahaja membuat bayaran
      bagi pihak pelanggan, tetapi juga menerima bayaran bagi pihak mereka. Jumlah kena bayar
      si berhutang atau dividen saham-saham boleh dibayar terus kepada bank pelanggan untuk
      dimasukkan kedalam akaunnya.

d.    Membuat bayaran berulang (Standing Order); Bank ini juga membantu pelanggan
      memyelesaikan sebarang bayaran yang dilakukan berulang-ulang seperti ansuran kereta,
      rumah, premiun insuran dll. Pelangan boleh mengarahkan bank membayar bagi pihaknya.

e.    Mengeluarkan draf bank dan cek pelancong; Cek biasanya diterima apabila pelanggan
      dikenali. Cek boleh ditolak apabila pelanggan tidak dikenali. Bagaimana pun pelanggan boleh
      mendapatkan draf bank daripada sesebuah bank sebagai tukaran dengan cek pembayaran
      kepada bank tersebut. Draf 12 bank ini diterima umum untuk membayar kerana ianya
      adalah cek bank dan tidak ada risiko. Bank juga mengeluarkan cek pelancong kepada
      pelanggannya bagi memudahkan pembayaran diluar negeri.

f.    Memberi pinjaman dan pendahuluan; Bank memberi pinjaman kepada pelanggan dengan
      mengenakan kadar bunga tertentu. Bunga yang dikenakan tertakluk kepada jangka masa
      membayar semula dan risiko. Lebih lama jangka masa lebih tinggi risikonya. Perbezaan
antara kadar bunga yang dibayar untuk simpanan pelanggan dengan kadar bunga dari
      pinjaman dan pendahuluan merupakan keuntungan kepada bank.

Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang mula-mula berkembang sejak zaman
penjajah lagi. Pada mulanya ia merupakan cawangan bank perdagangan yang ditubuhkan di negara
asing. Antara bank perdagangan yang terawal ditubuhkan ialah Standard Chartered Bank (1875), The
Hongkong Shanghai Banking Corporation (1884), Algemene Bank Netherland (1888). Perkembangan
ini dilengkapi dengan penubuhan bank-bank tempatan seperti Kwong Yik Bank (1913), Ban Hin Lee
Bank (1935), Oriental Bank (1937).

Sebahagian besar bank perdagangan ditubuhkan selepas tahun 1950 terutamanya selepas
merdeka. Empat buah bank tempatan yang penting ditubuhkan selepas merdeka ialah Malayan
Banking (1960), Public Bank (1966), Bank Bumiputera (1966), Development and Commercial Bank
(D&C) (1966).

Fungsi utama bank perdagangan di Malaysia tertumpu kepada penyediaan kemudahan akaun
semasa dan bermasa serta mengeluarkan pinjaman kepada sektor awam dan swasta. Bilangan bank
perdagangan yang beroperasi di Malaysia bertambah daripada 29 buah pada tahun 1959 kepada
38 buah pada akhir 1988. Daripada jumlah ini 16 buah terdiri dari cawangan bank asing dan 22
buah bank tempatan. Pada tahun 1990, angka ini berkurangan kepada 37 buah dengan penutupan
sebuah cawangan bank asing. Bagi menggalakkan perkembangan bank perdagangan tempatan
pada tahun 1966, BNM telah tidak membenarkan bank asing membuka cawangan baru di negara
ini.

Pada tahun 1988 jumlah cawangan bank tempatan ialah 749 buah dan 146 cawangan bank asing.
Daripada jumlah ini (749+146) 246 buah terletak di bandar-bandar yang mempunyai penduduk
kurang dari 10,000 orang, 300 buah terletak di bandar-bandar yang mempunyai bilangan
penduduk antara 10,000 hingga 75,000 ribu orang dan 349 buah terletak di bandar-bandar
utama. Pada tahun yang sama nisbah purata penduduk bagi sebuah bank ialah 19:171 orang, secara
perbandingan nisbah ini agak rendah bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Pada akhir September 1988, 36 daripada 38 buah bank perdagangan di negara ini menggunakan
komputer dalam operasi masing-masing bagi membolehkan pengiraan faedah (bunga) deposit
tabungan pada asas harian dibuat. Pada masa yang sama, sebanyak 780 mesin ATM telah
beroperasi di seluruh negara. Penubuhan rangkaian suis ATM (MEPS) juga telah membolehkan
pemegang kad sesebuah institusi menjalankan urusniaga kewangan di terminal sesebuah institusi
kewangan yang menjadi anggota. Bank perdagangan menerima empat jenis deposit utama, iaitu
deposit semasa, tabungan, tetap dan Sijil Simpanan Boleh Niaga. Deposit merupakan sumber
dana terbesar bank perdagangan. Pada tahun 1988, 60.9% daripada sumber dana bank
perdagangan terdiri daripada deposit semasa, tetap dan tabungan. Daripada jumlah ini, 11.7%
datangnya dari deposit semasa, 57.1% dari deposit tabungan dan 22.1% dari deposit tabungan.
Kredit bank merupakan penggunaan dana bank perdagangan yang terbesar. Ia merangkumi 77%
daripada penggunaan dana bank perdagangan. Kredit bank terbahagi kepada pelaburan (12.4%)
dan pinjaman (64.6%).

Dua keistimewaan bank perdagangan ialah;

a.    Bank perdagangan dapat menciptakan simpanan yang boleh digunakan dengan cara
      mengeluarkan sekeping cek.
b.    Bank perdagangan mempunyai kuasa untuk mewujudkan wang, iaitu simpanan semasa dan
      wang bank. Bank perdagangan mempunyai kemampuan untuk mencipta simpanan semasa
yang baru atau menghapuskan simpanan semasa. Kegiatan ini secara langsung akan
     menimbulkan perubahan wang yang tersedia dalam ekonomi. Jika bank perdagangan ingin
     melakukan pelaburan dan memberi pinjaman yang lebih banyak, ia dapat dilakukan
     dengan mewujudkan simpanan semasa kepada penerima pinjaman. Pemilik simpanan
     (peminjam) masih boleh mengambil wangnya dengan cek.

Keistimewaan bank perdagangan mewujudkan daya beli tambahan merupakan faktur utama
menyebabkan bank perdagangan mempunyai kuasa yang dalam mempengaruhi kegiatan ekonomi
negara.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
Tamil Malar
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
SRMORAD
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Farhana Aisyah Norzelan
 
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSANALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
Ckg Nizam
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
grace anzelletha
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
Nur Az
 
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
azfariza
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
nasywah79
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
Ninie Aziz
 

La actualidad más candente (20)

Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
 
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSANALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
 
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUANSEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNANBab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bab 1 :PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
 
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranPengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNA
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 

Similar a Sistem perbankan

Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)
Nazie War
 
Makroekonomi Topik 11
Makroekonomi Topik 11Makroekonomi Topik 11
Makroekonomi Topik 11
WanBK Leo
 
10 isu kewangan anda
10 isu kewangan anda10 isu kewangan anda
10 isu kewangan anda
notaeditor
 
Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2
seethor
 

Similar a Sistem perbankan (20)

Ekonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankEkonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bank
 
Perbankan
PerbankanPerbankan
Perbankan
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)
 
Wang dan perbankan
Wang dan perbankanWang dan perbankan
Wang dan perbankan
 
Bantuan kewangan & prasarana
Bantuan kewangan & prasaranaBantuan kewangan & prasarana
Bantuan kewangan & prasarana
 
islam dan perniagaan
islam dan perniagaanislam dan perniagaan
islam dan perniagaan
 
Praktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan IslamPraktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan Islam
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
 
Makroekonomi Topik 11
Makroekonomi Topik 11Makroekonomi Topik 11
Makroekonomi Topik 11
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
 
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptx
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptxPENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptx
PENGURUSAN PENYELESAIAN HUTANG - DEBT MANAGEMENTS.pptx
 
Perbankan islam
Perbankan islamPerbankan islam
Perbankan islam
 
Ekonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bankEkonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bank
 
Ringgit 2014
Ringgit 2014Ringgit 2014
Ringgit 2014
 
IOC7002 Perbankan islam.pptx
IOC7002 Perbankan islam.pptxIOC7002 Perbankan islam.pptx
IOC7002 Perbankan islam.pptx
 
ekonomi tingkatan 4 - bank perdagangan
ekonomi tingkatan 4 - bank perdaganganekonomi tingkatan 4 - bank perdagangan
ekonomi tingkatan 4 - bank perdagangan
 
STPM Penggal 3 Ekonomi Malaysia Bab5 Institusi Kewangan
STPM Penggal 3 Ekonomi Malaysia Bab5 Institusi KewanganSTPM Penggal 3 Ekonomi Malaysia Bab5 Institusi Kewangan
STPM Penggal 3 Ekonomi Malaysia Bab5 Institusi Kewangan
 
10 isu kewangan anda
10 isu kewangan anda10 isu kewangan anda
10 isu kewangan anda
 
Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2
 

Más de Kolej Matrikulasi Perlis (6)

Pam demokrasidanplihanraya
Pam demokrasidanplihanrayaPam demokrasidanplihanraya
Pam demokrasidanplihanraya
 
Demokrasi pilihanraya
Demokrasi pilihanrayaDemokrasi pilihanraya
Demokrasi pilihanraya
 
Senarai persekutuan
Senarai persekutuanSenarai persekutuan
Senarai persekutuan
 
Pantun perpisahan
Pantun perpisahanPantun perpisahan
Pantun perpisahan
 
Pembelanjawan modal 20122013
Pembelanjawan modal 20122013Pembelanjawan modal 20122013
Pembelanjawan modal 20122013
 
Bab 4 nilai masa wang
Bab 4 nilai masa wangBab 4 nilai masa wang
Bab 4 nilai masa wang
 

Sistem perbankan

  • 1. SISTEM PERBANKAN Bank ialah satu bentuk institusi kewangan yang berfungsi menerima simpanan dari unitunit lebihan yang tidak mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset) dan mengeluarkan pinjaman kepada unit-unit kurangan yang mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset). Secara amnya, bank menjalankan urusniaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, bank simpanan, syarikat kewangan, rumah diskaun dll. Bank Pusat Bank pusat di Malaysia agar terlewat ditubuhkan berbanding dengan negara yang telah maju. Bank pusat Sweden, Bank of Sweden ditubuhkan pada 1656, Bank pusat United Kingdom, Bank of England ditubuhkan pada 1694 dan Bank pusat Amerika Syarikat, Fedreal Reserve Bank ditubuhkan pada 1913. Bank pusat di Malaysia telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959 berasaskan undang- undang Bank Negara Tanah Melayu 1958. Pada awal penubuhannya ia bernama Bank Negara Tanah Melayu, berikutan penubuhan Malaysia pada September 1963 namanya diubah kepada Bank Negara Malaysia. Bank Pusat bagi sesebuah negara atau Bank Negara bagi Malaysia, memainkan peranan untuk menyediakan bekalan wang yang cukup agar dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang cepat tanpa inflasi serta mencapai matlamat-matlamat ekonomi yang lain. Peraturan dan pengawalan oleh Bank Negara dijalankan dengan cara menggubal undang-undang yang mengatur kegiatan-kegiatan badan-badan kewangan dan dengan menjalankan dasar kewangan. Tujuan penubuhan Bank Pusat ialah; a. Sebagai pengeluar mata wang Malaysia dan menyimpan rizab yang menjaga nilai matawang tersebut. b. Sebagai bank dan penasihat kewangan kepada kerajaan; menguruskan akaun kerajaan, sumber kumpulan wang kepada kerajaan, menguruskan hutang negara c. Mengimbangi kestabilan kewangan dan struktur kewangan Malaysia. d. Mempengaruhi kedudukan kredit sehingga ia menguntungkan kepada ekonomi Malaysia. Secara amnya tujuan asas penubuhan bank pusat ialah untuk mencipta satu badan yang akan mengatur kegiatan sektor kewangan sehingga ia dapat berjalan dengan licin dan cekap dan membantu dalam usaha mengembangkan ekonomi negara. Fungsi dan Tugas Bank Pusat ialah; a. Menggalakkan kestabilan kewangan dan mewujudkan satu sistem kewangan yang stabil. b. Mempengaruhi kegiatan memberi pinjaman oleh institusi-institusi kewangan agar kegiatan tersebut menguntungkan negara. Pada umumnya BNM ditugaskan oleh kerajaan bagi menjalankan kegiatan berikut; a. Bertindak sebagai bank kepada kerajaan. b. Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan.
  • 2. c. Mengawal kegiatan bank perdagangan dan badan kewangan yang lain. d. Mengawal keseimbangan perdagangan antarabangsa. e. Mengawal percetakan wang syiling dan kertas. f. Menjalankan dasar kewangan Dasar kewangan digunakan dalam mengawal penawaran dan edaran wang dalam ekonomi negara. Perubahan penawaran wang akan mempengaruhi kadar bunga di pasaran dan seterusnya mempengaruhi tabungan. Dasar kewangan terbahagi kepada dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif. Dasar kewangan kuantitatif seperti operasi pasaran terbuka, pendanaan, kadar bank, rizab berkanun dan nisbah kecairan. Dasar kewangan kualitatif pula seperti tempoh bayaran balik ansuran, mengubah bayaran pendahuluan pembelian secara ansuran dan pujukan moral oleh Bank Pusat. Untuk melaksanakan fungsi-fungsi penubuhan Bank Negara, Bank Negara telah menjalankan pelbagai bentuk dasar kewangan. Secara ringkas, bentuk-bentuk dasar kewangan yang dijalankan oleh Bank Negara adalah seperti berikut; a. Menentukan nisbah rizab atau cadangan; Peraturan mengenai rizab yang perlu disediakan oleh bank-bank di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: keperluan rizab berkanun (statutory reserve requirements) dan keperluan mudahtunai minimum (minimum liquidity requirements). b. Operasi pendiskaunan harta jangka pendek; Salah satu fungsi penting Bank Negara adalah menjadi "lender of last resort" iaitu menyediakan kemudahan pinjaman kepada badan- badan kewangan yang menghadapi masalah kekurangan rizab atau menghadapi masalah kecairan. Di Malaysia, fungsi ini dijalankan dengan memberi peluang kepada badanbadan kewangan untuk mendiskaunkan harta jangka pendek dan/atau memberi pinjaman pendahuluan (advances) kepada bank-bank yang menghadapi masalah. c. Mengatur kadar bunga; Pada hakikatnya campurtangan Bank Negara dalam menentukan kadar bunga yang dikenakan oleh setiap bank perdagangan dan badan kewangan lain adalah terhad. Setiap bank diberi kebebasan untuk menentukan kadar bunga yang dikenakan kepada pelanggannya. Setiap bank akan menentukan Base Lending Rate (BLR) atau kadar bunga utama mereka bagi pelanggan -pelanggan utama mereka yang terdiri dari badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat besar. Peminjam lain akan dikenakan kadar bunga yang lebih tinggi sedikit dari BLR ini. d. Pengawalan pinjaman; Tujuan utama dasar ini ialah untuk memastikan agar institusi- institusi kewangan mengalirkan pinjamannya kepada kegiatan ekonomi yang penting dalam pembangunan ekonomi negara dan peningkatan kemakmuran orang ramai. e. Pujukan moral; Dasar kewangan ini merupakan tindakan Bank Negara secara lisan berkenaan dengan langkah-langkah yang perlu diambil oleh institusiinstitusi kewangan bagi menyesuaikan tindakan-tindakan mereka dengan dasar kerajaan. Dalam tahun 1980an dasar pujukan moral dijalankan terutama untuk menggalakkan institusi kewangan mengurangkan pinjaman untuk tujuan penggunaan dan spekulasi dan menggalakkan pemberian pinjaman ke sektor yang produktif. Dasar pujukan moral juga digunakan untuk memastikan dasar memberi pinjaman kepada pengusaha Bumiputera dan industri kecil diamalkan dengan baik oleh bank-bank perdagangan dan institusi kewangan lain. Bank Perdagangan Bank ini memainkan peranan yang terpenting dalam ekonomi moden. Ia merupakan institusi yang terpenting dalam sistem kewangan di Malaysia. Bilangannya banyak dan melakukan berbagai-bagai
  • 3. tugas penting ekonomi. Matlamat bank ini ialah untuk mendapatkan keuntungan dan sebahagian besarnya dimiliki oleh badan-badan persendirian atau swasta. Antara aktiviti-aktiviti bank ini ialah; a. Menerima Simpanan; Sebahagian besar daripada tanggungjawab bank terdiri daripada simpanan yang diterima dari orang ramai. Simpanan yang diterima termasuk simpanan semasa, simpanan tabungan dan simpanan tetap. Akaun simpanan semasa boleh dikeluarkan serta-merta, tetapi penyimpan tidak mendapat sebarang faedah. Akaun tabungan dan simpanan tetap memerlukan notis untuk mengeluarkannya dan penyimpan mendapat faedah. b. Membuat bayaran bagi pihak pelanggan; Bank ini berbeza dengan institusi kewangan yang lain kerana ianya diberi hak oleh kerajaan untuk mengendalikan akaun semasa. Akibat daripada keistimewaan ini bank perdagangan sangat penting peranannya dalam menentukan jumlah bekalan wang pada satu-satu masa tertentu dan perubahannya dari masa ke semasa. Para pelanggan boleh mengeluarkan wang dari akaun semasa dengan serta merta melalui cek. Cek telah menjadi cara pembayaran yang lazim dan meluas sebagai ganti wang bagi negara yang mempunyai sistem kewangan yang telah maju dan mantap. Jurubank membuat pembayaran dengan memindahkan sejumlah wang daripada akaun seorang pelanggan kepada pelanggan yang lain. Pelanggan tidak perlu membawa tunai dan ianya lebih selamat. Di samping itu cara ini memberi faedah kepada bank kerana bank dapat mewujudkan lebih banyak kredit. Sekiranya nilai cek yang ditandatangani melebihi jumlah simpanan pelanggan tersebut, ia akan dikenakan surat amaran dan denda sebanyak RM50.00. Tiga kali selepas itu akaun semasanya akan ditutup dan ia tidak akan dibenarkan membuka akaun semasa dimana- mana bank perdagangan yang lain di Malaysia. Sekiranya wang simpanan pelanggan tidak mencukupi untuk membayar cek yang telah ditandatangani, wang masih boleh diperolehi jika beliau memberitahu pihak bank. Bank akan mengenakan kadar bunga terhadap wang yang dipinjam ini bergantung kepada jumlah pinjaman dan bilangan hari pinjaman tersebut akan dibayar. c. Menerima bayaran bagi pihak pelanggan; Bank perdagangan bukan sahaja membuat bayaran bagi pihak pelanggan, tetapi juga menerima bayaran bagi pihak mereka. Jumlah kena bayar si berhutang atau dividen saham-saham boleh dibayar terus kepada bank pelanggan untuk dimasukkan kedalam akaunnya. d. Membuat bayaran berulang (Standing Order); Bank ini juga membantu pelanggan memyelesaikan sebarang bayaran yang dilakukan berulang-ulang seperti ansuran kereta, rumah, premiun insuran dll. Pelangan boleh mengarahkan bank membayar bagi pihaknya. e. Mengeluarkan draf bank dan cek pelancong; Cek biasanya diterima apabila pelanggan dikenali. Cek boleh ditolak apabila pelanggan tidak dikenali. Bagaimana pun pelanggan boleh mendapatkan draf bank daripada sesebuah bank sebagai tukaran dengan cek pembayaran kepada bank tersebut. Draf 12 bank ini diterima umum untuk membayar kerana ianya adalah cek bank dan tidak ada risiko. Bank juga mengeluarkan cek pelancong kepada pelanggannya bagi memudahkan pembayaran diluar negeri. f. Memberi pinjaman dan pendahuluan; Bank memberi pinjaman kepada pelanggan dengan mengenakan kadar bunga tertentu. Bunga yang dikenakan tertakluk kepada jangka masa membayar semula dan risiko. Lebih lama jangka masa lebih tinggi risikonya. Perbezaan
  • 4. antara kadar bunga yang dibayar untuk simpanan pelanggan dengan kadar bunga dari pinjaman dan pendahuluan merupakan keuntungan kepada bank. Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang mula-mula berkembang sejak zaman penjajah lagi. Pada mulanya ia merupakan cawangan bank perdagangan yang ditubuhkan di negara asing. Antara bank perdagangan yang terawal ditubuhkan ialah Standard Chartered Bank (1875), The Hongkong Shanghai Banking Corporation (1884), Algemene Bank Netherland (1888). Perkembangan ini dilengkapi dengan penubuhan bank-bank tempatan seperti Kwong Yik Bank (1913), Ban Hin Lee Bank (1935), Oriental Bank (1937). Sebahagian besar bank perdagangan ditubuhkan selepas tahun 1950 terutamanya selepas merdeka. Empat buah bank tempatan yang penting ditubuhkan selepas merdeka ialah Malayan Banking (1960), Public Bank (1966), Bank Bumiputera (1966), Development and Commercial Bank (D&C) (1966). Fungsi utama bank perdagangan di Malaysia tertumpu kepada penyediaan kemudahan akaun semasa dan bermasa serta mengeluarkan pinjaman kepada sektor awam dan swasta. Bilangan bank perdagangan yang beroperasi di Malaysia bertambah daripada 29 buah pada tahun 1959 kepada 38 buah pada akhir 1988. Daripada jumlah ini 16 buah terdiri dari cawangan bank asing dan 22 buah bank tempatan. Pada tahun 1990, angka ini berkurangan kepada 37 buah dengan penutupan sebuah cawangan bank asing. Bagi menggalakkan perkembangan bank perdagangan tempatan pada tahun 1966, BNM telah tidak membenarkan bank asing membuka cawangan baru di negara ini. Pada tahun 1988 jumlah cawangan bank tempatan ialah 749 buah dan 146 cawangan bank asing. Daripada jumlah ini (749+146) 246 buah terletak di bandar-bandar yang mempunyai penduduk kurang dari 10,000 orang, 300 buah terletak di bandar-bandar yang mempunyai bilangan penduduk antara 10,000 hingga 75,000 ribu orang dan 349 buah terletak di bandar-bandar utama. Pada tahun yang sama nisbah purata penduduk bagi sebuah bank ialah 19:171 orang, secara perbandingan nisbah ini agak rendah bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia. Pada akhir September 1988, 36 daripada 38 buah bank perdagangan di negara ini menggunakan komputer dalam operasi masing-masing bagi membolehkan pengiraan faedah (bunga) deposit tabungan pada asas harian dibuat. Pada masa yang sama, sebanyak 780 mesin ATM telah beroperasi di seluruh negara. Penubuhan rangkaian suis ATM (MEPS) juga telah membolehkan pemegang kad sesebuah institusi menjalankan urusniaga kewangan di terminal sesebuah institusi kewangan yang menjadi anggota. Bank perdagangan menerima empat jenis deposit utama, iaitu deposit semasa, tabungan, tetap dan Sijil Simpanan Boleh Niaga. Deposit merupakan sumber dana terbesar bank perdagangan. Pada tahun 1988, 60.9% daripada sumber dana bank perdagangan terdiri daripada deposit semasa, tetap dan tabungan. Daripada jumlah ini, 11.7% datangnya dari deposit semasa, 57.1% dari deposit tabungan dan 22.1% dari deposit tabungan. Kredit bank merupakan penggunaan dana bank perdagangan yang terbesar. Ia merangkumi 77% daripada penggunaan dana bank perdagangan. Kredit bank terbahagi kepada pelaburan (12.4%) dan pinjaman (64.6%). Dua keistimewaan bank perdagangan ialah; a. Bank perdagangan dapat menciptakan simpanan yang boleh digunakan dengan cara mengeluarkan sekeping cek. b. Bank perdagangan mempunyai kuasa untuk mewujudkan wang, iaitu simpanan semasa dan wang bank. Bank perdagangan mempunyai kemampuan untuk mencipta simpanan semasa
  • 5. yang baru atau menghapuskan simpanan semasa. Kegiatan ini secara langsung akan menimbulkan perubahan wang yang tersedia dalam ekonomi. Jika bank perdagangan ingin melakukan pelaburan dan memberi pinjaman yang lebih banyak, ia dapat dilakukan dengan mewujudkan simpanan semasa kepada penerima pinjaman. Pemilik simpanan (peminjam) masih boleh mengambil wangnya dengan cek. Keistimewaan bank perdagangan mewujudkan daya beli tambahan merupakan faktur utama menyebabkan bank perdagangan mempunyai kuasa yang dalam mempengaruhi kegiatan ekonomi negara.