Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER : SEPTEMBER 2013
HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )
DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS
MATRICULATION NO
:
731208125515001
IDENTITY CARD NO.
:
731208125515
TELEPHONE NO.
:
0138927731
E-MAIL
:
faudzi@oum.com.my
LEARNING CENTRE
:
OUM, TAWAU
2. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK
M/S
1.0
PENGENALAN
2
2.0
INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
3
3.0
JEREBU
6
3.1
7
7
8
9
10
11
3.2
3.3
3.4
4.0
Punca Jerebu
3.1.1 Pembakaran Terbuka
3.1.2 Pembakaran Bahan Api
3.1.3 Proses Perbandaran
3.1.4 Cuaca Kering dan Berebu
3.1.5 Letusan Gunung Berapi
Indeks Peencemaran Udara Terkini
Meagatasi dan Menangani Masalah Jerebu
3.3.1 Melalui Pendidikan
3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka
3.3.3 Pembenihan Awan
3.3.4 Kempen Hijau
3.3.5 Penggunaan CFC
3.3.6 Perundangan dan Dasar Kerajaan
3.3.7 Tanggung Jawab Orang Ramai
Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan
Golongan Berisiko
14
14
15
15
16
16
17
18
PENUTUP
20
BIBLIOGRAFI
22
1
3. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
1.0
PENGENALAN
Malaysia, sepertimana sebuah negara membangun yang lain juga mempunyai matlamat untuk
menuju era sebuah negara maju yang berteraskan perindustrian menjelang tahun 2020.
Selarasdengan matlamat ini kerajaan telah merancang pelbagai projek pembangunan yang
melibatkanaspek ekonomi, sosial dan infrastruktur bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan
seterusnyamempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, akhir-akhir ini,
sama ada di bandaratau di desa projek pembangunan begitu pesat dilaksanakan. Dalam
keghairahan manusia untukmengaut keuntungan yang tinggi dari proses pembangunan ini,
secara sengaja atau tidak sengajatelah menyebabkan kebersihan alam sekitar tergugat.
Pada Ogos 2005, satu fenomena jerebu yang teruk telah berlaku disebabkan oleh
kebakaranhutan di Sumatera dan Kalimantan. Fenomena ini memberi kesan yang agak teruk
juga di pantaibarat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang.
MenurutMahmud (2008), ekoran daripada fenomenajerebu ini, dua kawasan telah
diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klangapabila Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di dua kawasan ini melebihi nilai 500.Menurut sumber berita New Straits Times,
(2005), jerebu teruk ini tidak begitu menjejaskan beberapa kawasan di selatan,pantai timur
dan utara Semenanjung seperti di Kota Bharu, Johor Bahru, Georgetown dan Terengganu..
Pencemaran udara bukan sahaja disebabkan oleh zarah-zarah terampai, bahkan ia jugaberlaku
disebabkan oleh gas-gas beracun dan berbahaya yang berlebihan di udara. Zarah
zarahterampai terdiri daripada 70 peratus (%) zarah karbon, 20 % debu tanah dan 10 % tidak
diketahuipuncanya. Manakala gas berbahaya pula terdiri daripada gas karbon monoksida
(CO), nitrogendioksida (NO2), ozon (O3) dan sulfur dioksida (SO2). Zarah terampai yang
mempunyai saizkurang daripada 10 mikron (PM10) dicerap jumlah kuantitinya di udara
dengan menggunakan alatkhas di stesen kualiti udara yang dikendalikan oleh Alam Sekitar
Malaysia yang dikontrak olehJabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar.
2
4. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
2.0
INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya
jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU
adalah seperti Jadual 1 di bawah;-
Jadual 1: Indeks Pencemaran Udara (IPU)
Nilai IPU
Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat
IPU tahap baik 0 – 50 di Kuala Lumpur
Sumber The Malaysian Times
http://www.themalaysiantimes.com.my/ipu-tambah-baik-larangan-bakar-terbuka-ditarikbalik/
3
5. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
IPU tahap sederhana 51 – 100 di Pulau Pinang
Sumber Sinar Harian Online
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kualiti-udara-pulau-pinang-merosot-1.186763
IPU tidak sihat 101 - 200 di Melaka
Sumber Berita Harian Online 21.9.2013
4
6. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
IPU tahap bahaya 301 - 400di Muar Johor
Sumber laman rasmi Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_05/Jerebu-di-Muar-tahapbahaya
IPU tahap darurat melebihi 501 di Muar Johor
Sumber Astro Awani
http://www.astroawani.com/news/show/jerebu-di-muar-capai-tahap-kritikal-dengan-ipu-74616950?cp
5
7. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
3.0
JEREBU
Menurut Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia(2013),
jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain
daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada
manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.Keadaan atmosfera dikatakan
berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi
dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur
atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempohtempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan.
Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh
cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara
sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan
jerebu.
Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih dari
kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara
semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap
kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila
zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara
maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi.
Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu
sehingga ke hari ini. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga
kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan
yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan
cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda
fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan
menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara
6
8. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan
Kudat.
3.1
Punca Jerebu
Masalah jerebu yang melanda negara ini telah menyebabkan persepsi masyarakat terhadap
punca jerebu menjadi negatif. Ini disebabkan masalah jerebu dinegara ini amat signifikan
pembakaran terbuka di Indonesia. Walhal
jerebu boleh melanda meskipun pembakaran
terbuka tidak berlaku. Noorauan (1992) dalam kajiannya terhadap kualiti udara di Kuala
Lumpur mendapati pelepasan asap kereta di waktu siang menyebabkan kualiti udara di Kuala
Lumpur menjadi tidak sihat di waktu petang. Mastura Mahmud (2009) dalam kajiannya juga
mendapti tahap kualiti udara di Pulau Pinang amat sederhana disebakan kegiatan perkilangan
dan pembebasan asap kenderaan.
3.1.1 Pembakaran Terbuka
Kejadian jerebu yang paling teruk dialami negara bermula pada tahun 1997 .Masalah jerebu
ini disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk
akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa
padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana
Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah
berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri
Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar
bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan
Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran
ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang
berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk.
Masalah jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia terus berulang setiap tahun.
Pertengahan tahun ini menyaksikan beberapakan kawasan diisytiharkan sebagai kawasan
7
9. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
tidak selamat ekoran bacaan indek Pencemaran Udara melebihi tahap bahaya.Hasil
pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya
dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.
Sumber: Laman Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=
160
3.1.2 Pembakaran Bahan Api
Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara
Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran
yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang
mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling
menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan.
8
10. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan
membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan
membentuk asid karbonat.
Sumber: http://www.sabah.edu.my/cwr005/images_picture/asap%20kereta.JPG
3.1.3 Proses Perbandaran
Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah
menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian
yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses
pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Menurut Tuan Pah Rokiah
Syed Husin (2003), pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar
akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini.
9
11. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Sumber: http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenis-pencemaran_9947.html
Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan
dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Menurut Mohmadisa Hasyim
dan Mohamad Suhaily Che Ngah (1997), sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal,
kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam
sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan
sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan
manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan
penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya.
3.1.4 Cuaca Kering dan Berdebu
Hubungkait antara kejadian jerebu dengan faktor meteorologi amatlah signifikan sekali.
Dalam kajaian yang dilakukan oleh Sham (1991), beliau mendapati udara kering
mempengaruhi peningkatan bacaan IPU. Fenomena El-Nino di Sabah pada tahun 1997
menyaksikan Bacaan IPU dicatatkan melebihi tahap bahaya. Kejadian jerebu di Taiwan pada
tahun 2010 juga menyaksikan bagaimana cuaca kering dan berhabuk menyumbang kepada
kualiti udara yang rendah.
10
12. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Jerebu akibat cuaca kering dan berdebu di Jiangjing Township, Taiwan
Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Sandstorm_of_Longjing_Township_,Taichung_County_in_
Taiwan_.jpg
3.1.5 Letusan Gunung Berapi
Letusan gunung berapi merupakan fenomena kegiatan alam secara semulajadi untuk
menyejukkan bumi. Sungguhpun begitu, letusan ini menyebabkan pembebasan asap dan debu
ke udara yang mewujudkan kejadian jerebu.. Letusan Gunung berapi Pinatubo, Luzon
Filipina pada tahun 1991 memperlihatkan bagaimana asap dan debu meliputi sebahagian
besar ruang udara Sabah terutama Sandakan, Lahad datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Letusan gunung berapi Pinatubo tahun 1991
Sumber : http://ohgunungberapiku.blogspot.com/
Fenomena Jerebu akibat letusan gunung berapi ini juga turut melanda negara apabila Gunung
Berapi Krakatau, Sumatera, Indonesia meletus pada tahun 1983.
11
13. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1983
Sumber : http://pendhowo.com/10-letusan-gunung-terdahsyat-di-dunia/
3.2
Indeks Peencemaran Udara Terkini
Jadual 2: IndeksPencemaranUdaraNegeri Johor dan Sabah
Paparan IPU dari 06:00PM hingga 08:00 PM pada 20-09-2013
NEGERI /
KAWASAN
MASA
06:00PM
MASA
07:00PM
MASA
08:00PM
Johor
Kota Tinggi
51*
50*
50*
Johor
Larkin Lama
40*
40*
38*
Johor
Muar
51*
51*
50*
Johor
PasirGudang
45*
47*
50*
Sabah
Keningau
38
37
42
Sabah
Kota Kinabalu
60
59
54
Sabah
Sandakan
54
54
53
Sumber :JabatanMeteorologi Malaysia
http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013seluruh-negeri#ixzz2fRmgqchx
12
14. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Jadual 2 di atas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi negeri Johor dan Sabah
pada 20 September 2013. Bacaan IPU di kawasan Kota Tinggi, Johor menunjukkan kualiti
uidara yang sederhana pada jam 6:00 petang tetapi beransur baik pada jam 7:00 dan 8:00
Malam, Kualiti IPU yang sederhana pada jam 6:00 petang adalah berpunca daripada
pelepasan asap dari kenderaan dan juga perkilangan. Noorazuan (1992) dalam kajiannya
mendapati semasa waktu puncak hari bekerja, bacaan IPU akan meningkat di Kuala Lumpur.
Hasil kajian beliau adalah selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Sham dan
Shaharuddin (1976). Pergerakan angin pula menyebabkan kualiti udara bertambah baik
selepas jam 6:00 petang.
Bagi daerah Larkin Lama, Johor pula, IPU yang dicatatkan menunjukkan kualiti udara yang
baik dalam tempoh masa yang diambil. Keadaan ini disebabkan kurangnya aktiviti kenderaan
dan perkilangan di kawasan tersebut. Bacaan IPU yang baik bagi tempoh masa ini turut
dicatatkan di kawasan Pasir Gudang,Johor. Walaupun kawasan ini merupakan kawasan
perindustrian yang sibuk namun tiupan angin membawa partikel-partikel asing dalam udara
ke kawasan lain. Bagi Daerah Muar, Johor pula. IPU pada jam 6:00 dan 7:00 petang
menunjukkan IPU yang sederhana tetapi bertambah baik pada jam 8:00 malam. Tiupan angin
yang lemah menyebabkan kesan aktiviti kenderaan dan perindustrian mencemarkan udara.
Bagi negeri Sabah, Kualiti udara bagi kawasan bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu
dan Sandakan, kualiti udara dalam keaadaan sederhana dicatatkan bagi tempoh masa yang
diambil. Keadaan ini disebabkan kedua-dua kawasan ini amat sibuk dengan aktiviti
kenderaan dan perkilangan diang hari sehingga waktu malam. Berbeza dengan bandar
Keningau, bacaan IPU dalam keadaan baik kerana kawasan ini dilindungi oleh banjaran
Crooker dari kehadiran pencemar luar. Di samping itu juga, kawasan ini tidak terlalu sibuk
dan kurangnya aktiviti perkilangan.
13
15. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
3.3
MengatasI dan Menangani Masalah Jerebu
3.3.1 Melalui Pendidikan
Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu
samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh
JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap
peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini
dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab
bagi memperbaiki dan menjaganya. Menurut Department of Invironment (1989), aktiviti ini
dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.
Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai
kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau
terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam
sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju.
Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), :bahagian Alam Sekitar memainkan
peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi
pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan
Bahagian Alam Sekitar, „Sekitar‟ dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian
Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar.
3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka
Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan
juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti
kepada semua warganegara Malaysia. Menurut Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
(2003),kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama
kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran
yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca
daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke
14
16. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya. Sikap golongan yang dinyatakan di
atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa
mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997.
3.3.3 Pembenihan Awan
Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara.
Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan
terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi
tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi
sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk
menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu
ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat
daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa
bersama jerebu jatuh ke bumi.
3.3.4 Kempen Hijau
Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah,
pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi
(1990), pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai
nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat
penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal
komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun
kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam
sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif
dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada.
15
17. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Chan dan Wan Ruslan (2000), antara contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah
Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron
Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya.
Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan
hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir.
3.3.5 Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan
pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol
biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC)
digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk,
penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan
alat pemadam api. Menurut Abdul Latif Ibrahim (1992), pemusnahan lapisan ozon
sebenarnya dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan
1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC).
3.3.6
Perundangan Dan Dasar Kerajaan
Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh
memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar
(JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter
yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan
habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan
mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah,
Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan
Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap
kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
16
18. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978). Menurut Chan Ngai
Weng,(2002), di bawah peraturan ini, jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan
kepada 1000 meter. Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara
yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi
memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap
kesihatan mereka dengan cara yang termudah. Lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar
yang diukur pada skala antara 0-500.
Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan
yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan
pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan
dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah
secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau
bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam
sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam keduadua proses tersebut iaitu wujudkan “Pembangunan Tanpa Kemusnahan”. Menurut Sham
Sani, Abdul Samad Hadi (1990), untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah
menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan
untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai
ekologi.
3.3.7 Tanggungjawab Orang Ramai
Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam
haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang
boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan
awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut
hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil
langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan
penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan
baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba
17
19. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa
pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka
yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.
3.4
Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan Golongan Berisiko
Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan
manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang
menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paruparu. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam
kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia.
Jadual 3: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.
Bahan Pencemar
Punca
Kesan
Pembakaran
bahan api
Pembakaran
sampah-sarap
Menggangu pernafasan normal
Asap
Pembentukkan asbut yang
mengganggupenglihatan
Cerobong
asapkilang
Ekzos
kenderaan
18
20. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
bermotor
Kilang papan
Kuari
Serangan lelah pada ;
Kilang Simen
Debu
pesakit asma
Batuk-batuk
Kilang asbestos
Sesak nafas
Kilang Batu
kapur
Menggangu keupayaan badan
membinaSel darah baru
Petrol
berplumbum
Plumbum
Kerencatan dan kecacatan otak pada
kanak-kanak
Pembakaran
bahanbercat
19
21. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Menghalang pembentukan
oksihemoglobin
Berpadu dengan hemoglobin untuk
membentuk karboksihemoglobin
yang akan menggantikan oksigen
dalam darah
Pembakaran
bahan api yang
tidak lengkap
Melembabkan otak
Karbonmonoksida
Ekzos
kenderaan
Boleh membawa maut sekiranya
diambil dalam jumlah yang banyak
Menurunkan rintangan badan kanakkanak terhadap selsema
Oksida
nitrogen
Pembakaran
bahan api pada
suhu tinggi
dalam
kenderaan berat
atau kilang
Tindakan
bakteria dalam
tanah
Mengganggu tisu peparu dan
menyebabkan bronkitis serta kanser
Bertindak balas dengan hidrokarbon
untuk membentuk pengoksida
fotokimia yang memedihkan mata
dan merosakkan tisu peparu
20
22. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
4.0
PENUTUP
Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di
peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar
yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu
dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak
merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya
mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di
sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif
terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah
di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam
sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar.
Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka
sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru
sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi
haruslah dihayati dengan seadanya iaitu “kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek
kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”.
3326 patah perkataan
21
23. HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
BIBLIOGRAFI
Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar diMalaysia:
Satu Pendekatan Geografi,Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan
Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur:
Ministry of Sciences, Technology and the Environment.
Mahmud M (2008) Scientific report on the haze event in Peninsular Malaysia in August
2005:Main contributors of haze, pp. 158. Department of Environment, Ministry of
NaturalResources and Environment Malaysia.
Mastura dan rakan-rakan (2009). Pencemaran Udara di Bukit Rambai, Melaka Sewaktu
Peristiwa Jerebu Tahun 2005.School of Social, Development and Environmental
Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities,Universiti Kebangsaan Malaysia :
Bangi.
Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam
Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noorazuan Hasyim (1992). Satu Kajian Mengenai Pencemaran Udara: Dari Aspek Pengaruh
Meteorologi Ke atas Kemunculan Episod Pencemaran di Lembah Kelang.Universiti
Malaya.
New Straits Times (2005) More people facing respiratory problems. August 12
Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan
Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sham Sani dan rakan-rakan (1991). The August 1990 haze in Malaysia with special refeence
to the Kalang Valley Region. Petaling Jaya: Malaysian Meteorological service.
Sham Sani dan Shaharuddin (1976). Anote of preliminary study of respirable dust particulate
air pullations in Kuala Lumpur. Pinusular Malaysia. Malaysia Nature Journal. Vol29.
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.
22