SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
Descargar para leer sin conexión
Ilmu Akhlak Bhg 8   1




KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD
                         7 November 2001, jam 2330 – 8 November 2001, jam 0230



           Mengenali tasauf

T    ASAUF, sebagaimana disiplin ilmu tinggi yang lain, mempunyai senarai
     ta’arif demi membawa penjelasan yang bening lagi sempurna. Bahagian
muqadimah ini hanyalahlah pengenalan ringkas demi memesrakan kita dengan
tasauf bak pepatah -- tak kenal, maka tak cinta.


    Sering ada anggapan bahawa apa jua ilmu, ia mesti dikaitkan dengan asal-
usul bahasa asal atau dinisbahkan kepada bahasa. Memandangkan Islam
berteraskan bahasa Arab, maka sering kata dasar tasauf dikaitkan ‘suf’ atau bulu
domba/kambing biri-biri yang menjadi pakaian perintis tasauf. Setakat manakah
benarnya dakwaan ini.


    Tentulah   paling    utama      dalam    membuat    perincian   definisi      ialah
mendapatkannya      daripada       ulama    muktabar   (berwenang/autoriti)       yang
memberikan huraian ringkas seperti berikut:
     ! Abu Muhammad al-Jurairi: ‘‘Tasauf itu adalah memasuki diri ke dalam
     kebaikan dan mengeluarkan diri daripada akhlak buruk.’’
     ! Abul Hassan al-Nuri: ‘‘Tasauf ialah meninggalkan semua bahagian
     badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja
     sifat terpuji (mahmudah).’’
     ! As-Syadziri: ‘‘Tasauf itu melatih diri dalam ubudiyah dan mengembalikan
     hukum-hukum rubbubiyah.’’ [Ubudiyah = sifat kehambaan; rubbubiyah =
     sifat ketuhanan.]
     ! At-Tusturi: ‘‘Seorang pengamal tasauf atau sufi adalah orang yang selalu
     membersihkan diri daripada noda zahir dan batin, selalu bertafakur,
     sentiasa menghubungkan diri dengan Allah SWT dan memutuskan
     hubungan tidak bermanfaat dengan manusia.’’
Ilmu Akhlak Bhg 8    1




     Daripada empat definisi tadi, jelaslah tasauf berkisar kepada tiga peringkat
atau marhalah: 1 Bidayah        2 Mujahadah   3 Mazaqat
     Bidayah bermaksud permulaan petunjuk ke jalan Allah SWT. Iaitu jalan
dalam bentuk rasa pada jiwa yang merasa rindu kepada Allah SWT. Kerinduan
atau cinta tadi menimbulkan makrifat atau berkenalan dengan Allah SWT.


Contoh: Pertalian amal/perbuatan pada zahir dan jiwa dalam bidayah.
Perbuatan             ZAHIR       BATIN/JIWA
Makan                 Sedap       Mensyukuri nikmat pemberian-Nya sehingga
                                  kita membacakan doa ‘’Allahuma bariklana fima
                                  rozaqtana wa kina ‘adzaban nar.’’

Melihat alam         Indah        Kagum akan       kuasa-Nya    dan      menyebut
                                  ‘Subhanallah’’

Menerima rezeki      Gembira      Terharu   oleh   pemberian-Nya        sehingga
                                  menyebut ‘Alhamdulillah wal syukurillah.’’

Kuat bekerja         Sihat        Bersyukur dan menujukan perbuatan untuk
                                  mencapai keredhaan-Nya




S
    PERINGKAT AMALAN
    eorang pemimpin yang benar-benar mengamalkan tasauf, walaupun pada
    peringkat/marhalah bidayah, akan senantiasa memastikan kuasanya tidak
menjadi suatu penindasan ke atas orang bawahan. Oleh itu, sewaktu selepas
bersolat, kita digalakkan membaca doa yang mengikrarkan diri kita sebagai
hamba Tuhan yang senatiasa lemah:


     ‘‘Allah   memberikan    kesenangan   kepada    yang   dikehendaki-Nya.           Ia
memuliakan kepada yang siapa yang dimuliakan-Nya, dan direndahkan kepada
siapa yang direndahkan-Nya.’’


     ! Bidayah
     Matlamat bidayah ialah menyempurnakan jiwa sehingga terserlah kepuasan
rohani dalam hubungan kepada Allah SWT (habluminallah) dan hubungan
dengan manusia (habluminnas). Caranya ialah dengan senantiasa beribadah
Ilmu Akhlak Bhg 8   1




zahir yang dihubungkan secara ikhlas demi Allah SWT semata. Kepuasan rohani
akan terbina secara beransur-ansur selagi ia dilakukan dengan tetap/tekal
(istiqamah).


        ! Mujahadah
    Setiap manusia diamanahkan oleh untuk berjuang di jalan-Nya. Inilah
maksud jihad dan proses berjuang tadi dipanggil ‘mujahadah’.


    Sebenarnya berjuang bukan bererti berperang saja. Melaksanakan amar
ma’aruf nahi munkar sudah merupakan perjuangan. Mengekang hawa nafsu
terutama dalam bulan Ramadan merupakan perjuangan.


    Tetapi apa jua amalan membersihkan rohani hendaklah berteraskan syariat;
tiada pengecualian dalam hal ini. Tanpa syariat, tasauf tidak bermakna.


    Sekadar contoh, orang yang baik perilaku atau jiwanya yang suka menderma
dan sebagainya tetapi enggan solat, zakat, berpuasa dan menunaikan haji, maka
ia bukanlah lengkap sebagai seorang Muslim dalam erti kata sebenar.


    Ada juga orang yang mengaku pengamal tasauf atau sufi tetapi
menyatakan tidak perlu solat, zakat, puasa dan sebagainya yang ditetapkan
oleh syariat. Orang begini membahayakan kerana ia sudah sesat dan boleh
menyesatkan orang lain.


        !      Al mazaqat atau hasil yang diharapkan daripada mengamalkan
tasauf. Antara matlamat utama tasauf dalam rangka ini ialah:
               1. mencapai ma’rifatul nafs iaitu kenal diri atau jiwa. Aspek ini
                  perlu dilalui sebelum seseorang itu mengenal Allah SWT. Kita
                  harus kenal kekurangan dan kelebihan diri kita, tahu batas susila
                  diri sendiri. Sesungguhnya ramai orang yang kenal akan orang
                  lain kerana sikap ilmu dan ramah mesra, tetapi tidak tahu dirinya.
Ilmu Akhlak Bhg 8   1




          2. Tasfiah/tazkir ialah aspek pensucian hati daripada sifat-sifat cela
             atau    mazmudah.     Sifat   takbur,   marah,   hasad     dan      zalim
             dibersihkan.
          3. Tahalli iaitu mengalung atau menyerikan diri dengan dan sifat
             mulia atau mahmudah seperti amanah, ikhlas, jujur, berilmu
             dalam diri.
          4. Tarraqi bermakna naik kedudukan atau maqam sehinggakan hati
             sufi tadi sibuk dengan keperluan terhadap Allah SWT walaupun
             hidup seperti manusia biasa. Ia redha/pasrah akan taqdir Allah
             selepas puas berikhtiar.


        Jelas matlamat tasauf, menurut ulama sufi yang muktabar, adalah
 mendapatkan keredhaan-Nya dengan membina adab dalam jiwa dan zahir.



    NISBAH TASAUF


A   sal-usul tasauf sering diperkatakan dalam rangka luas. Namun pokok
    perbicaraan hendaklah menjurus kepada unsur membina atau positif.
! Suffah ialah gelar orang ramai terhadap seorang lelaki sering beribadah di
     Masjid Haram. Namanya Al-Ghut bin Munir. Beliau muncul sebelum
     kedatangan Islam dan dipercayai pengikut ajaran Nabi Ibrahim as.
     Orangnya pendiam dan lebih cenderung berbuat halnya sendiri. Hal
     sebenarnya     masih   misteri.   Jadi,   apakah   istilah   tasauf     bermula
     daripadanya?
! Suf ialah bulu domba/biri-biri yang dijadikan pakaian para nabi dan orang
     warak. Demikian menurut Ibn Taimiyah (dalam bukunya Tasauf) dan
     sejarawan Ibn Khaldun (dalam buku Muqadimmah). Malah paman
     termuda Nabi Muhammad saw, Ibn Abbas menyatakan:
‘‘Sesungguhnya 70 orang nabi telah berlalu di gurun Rauhah dalam rangka
perjalanan untuk menunaikan haji. Kesemuanya berpakaian bulu domba.
Mereka bersalat di Masjid Khair di Mina.’’
      Kebanyakan pakaian sahabat dan pengikut sahabat (tabiien) berupa
bulu domba. Menurut salah seorang ahli tasauf perintis, Hassan al-Basri:
Ilmu Akhlak Bhg 8   1




        ‘’Aku telah berjumpa dengan 70 orang perajurit perang Badr.
    Kebanyakan mereka itu berpakaian bulu domba.’’
        Jelaslah suf adalah pakaian tawadduk atau merendahkan diri. Ia kasar
    tetapi cukup sesuai untuk keperluan musim sejuk dan perlindungan daripada
    hempasan ribut pasir. Memandangkan ramai para nabi adalah penggembala,
    maka secara logik pakaian mereka adalah daripada bulu domba.
       ! Ahlus-suffah ialah gelar bagi para sahabat seperti Abu Hurairah dan
          Salman al-Farisi yang mendiami serambi Masjid Nabawi. Hidup
          mereka miskin dan kebanyakan mereka bujang. Mereka gigih
          beribadah.
       ! Saf berertu baris dalam solat jemaah. Lazimnya orang suka beribadah
          itu cuba mendapatkan tempat di barisan depan jemaah.
       ! Suffiyah (suffistiyah) diambil dari kekata Yunani sophist yang merujuk
          kepada golongan manusia yang cuba mencari kebenaran, bermula
          dengan ajaran Socrates sehinggalah Aristotle. Pemikir besar Islam,
          Al-Biruni yang juga seorang sejarawan, telah memberikan kaitan ini
          walaupun kurang disenangi oleh ramai ulama yang berpendapat
          tasauf tidak meminjam mana-mana amalan, kecuali daripada Islam
          sendiri.
       ! Safa bermakna kebersihan, ini juga dikaitkan dengan salah satu
          usaha pemurnian sufi yang dipanggil tasfiyah.
    Jadi mana satukah istilah sebenar asal-muasal tasauf masih lagi suatu
misteri. Pokoknya segala definisi hendaklah memberikan gambaran membina
atau membawa kebaikan dan bukan meremeh atau menghina tasauf.




B
    PERMULAAN
    ilakah tasauf dimulakan?
    Tidak syak tasauf dimulakan sejak Rasulullah saw menyebarkan Islam. Sari
pekerti Nabi saw itu merupakan matlamat tasauf – bersih rohani, senantiasa
memikirkan urusan kemanusiaan yang diredhai Allah, senantiasa mendekati
Allah secara bersendiri-sendirian atau khalwat.
    [Sayang sekali istilah khalwat sudah disalahgunakan hingga bermaksud
berdua-duaan lelaki dan perempuan di dunia sebelah sini.]
Ilmu Akhlak Bhg 8   1




    Konsep khalwat merupakan satu perkara yang amat praktikal dalam
menjernihkan fikiran dan rohani.
       1. Nabi saw mengasingkan diri atau berkhalwat di Gua Hira sehingga
          mendapat wahyu. Amalan ini diikuti oleh ramai sufi terutama yang
          dapat pergi ke gunung atau hutan. Namun ia tidak boleh dimaknakan
          sebagai bertapa iaitu amalan yang dikaitkan dengan agama
          terdahulu, Hindu dan Buddha.
       2. Solat juga merupakan khalwat apabila fikiran kita tertumpu kepada
          Allah dan kita mengasingkan dunia.
       3. Puasa juga merupakan amalan bersifat khalwat apabila kita
          mengasingkan dunia daripada makan minum, seks dan apa jua
          tuntutan nafsu.
       Puasa terbahagi kepada tiga iaitu awwam (sekadar lapar dan dahaga),
      khawaz (menahan nafsu sambil beribadat) dan khususul khawaz (puasa
     seluruhnya dengan menahan pancaindera dan hati daripada godaan nafsu,
       beribadat dan meningkatkan penghayatan Islam). Dalam ibadah puasa
      Ramadan, 10 hari terakhir diluangkan untuk beriktikaf (berada di masjid
             untuk beribadah semata) dan meninggalkan urusan dunia.
       4. Haji merupakan khalwat terbesar kerana apabila berada dalam ihram,
          kita tunduk zahir dan batin atas segala syarat yang dikenakan Allah
          SWT. Ketika wuquf (berihram dan berada di Arafah), haji itu adalah
          lambang kematian dan kebangkitan serta perhimpunan agung di
          Padang Mahsyar.
      Kain ihram putih itu ibarat kain kapan. Apabila haji selesai dilaksanakan
      dengan sempurna, seseorang itu mencapai mabrur iaitu bak bayi bersih
                                   yang baru dilahirkan.


        Nabi saw telah mengajarkan kita agar membersihkan diri daripada sifat
    syaitan dan haiwan. Daripada syaitan, timbul sifat takabur sehingga
    membawa hasad dan kezaliman. Daripada sifat binatang, timbul sifat
    kebinatangan nafsu dan buas.
Ilmu Akhlak Bhg 8   1




    Proses pembersihan diri itu terpapar dalam salat yang di dalamnya
terkandung rukun sujud – saat seseorang pasrah sepasrahnya kepada Ilahi.


    Dalam tasauf, kehebatan dunia tiada bererti kecuali untuk membela
kemanusiaan agar menjalani hidup mulia. Inilah yang dilakukan oleh
Rasulullah yang dikelilingi oleh orang kaya dan malah ditawarkan oleh Allah
SWT akan emas sebesar Gunung Uhud. Malah Nabi Sulaiman as. Manusia
terkaya di dunia, telah menyifatkan segala kekayaan dan kehebatannya
adalah sekadar amanah dan ujian daripada Allah SWT.


    Rasulullah mengajar kita agar senantiasa mensyukuri nikmat Allah SWT.
Bahkan baginda solat malam sehingga bengkak kakinya. Aisyah ra bertanya
mengapakah baginda bersolat sampai begitu pada hal dosanya yang lalu
dan akan datang sudah diampunkan Allah SWT. Jawab Rasulullah: ‘‘Apakah
tidak aku menunjukkan rasa kesyukuran kepada kurnia Allah SWT?’’


    Tasauf tidak lain ialah segala amalan yang disuruh Allah SWT agar kita
mengingati-Nya sebagaimana terpapar dalam maksud surah an-Nur: 28:
‘‘Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan (urusan) dan tidak pula oleh
jual-beli (perdagangan) daripada mengingati Allah; mendirikan solat dan
membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (Kiamat) ketika hati dan
penglihatan mereka menjadi tergoncang.’’


    Dengan amalan tasauf, maka terpupuklah manusia menjadi para wali
(orang soleh yang amat menjaga agama) sebagaimana maksud surah
Yunus: 62:
‘‘Sesungguhnya para wali Allah tiada kekhuatiran dan mereka tidak pula
berdukacita.’’
    Wali tidak semesti ada keramat yang kita dapat rasakan. Orang soleh
biasa juga boleh bertaraf wali jika Allah SWT memperkenankannya. Sekadar
contoh muda, seorang ayah mendapat bayi pertama yang cacat. Daripada
meratapi hidupnya, beliau menerima dengan redha dan senantiasa
beribadah, sabar dan menyatakan kesyukuran. Anaknya dibela hingga
Ilmu Akhlak Bhg 8   1




      menjadi manusia yang dapat mengatasi kecacatannya. Ayah begini
      merupakan seorang wali.


           Seorang suami yang kematian isteri yang dicintai, tidak harus
      meninggalkan solat dan terus menangis. Ia harus menerima takdir dan gigih
      melaksanakan kewajiban sebagai seorang muslim serta mendoakan
      isterinya.


           Memang sukar mengetepikan perasaan yang kuat mencengkam fikiran.
      Sekadar contoh, sahabat Nabi, Umar al-Khattab tidak dapat menerima
      hakikat bahawa baginda telah wafat. Umar mengancam untuk memancung
      sesiapa yang menyatakan Nabi wafat. Namun apabila Abu Bakar ra
      membacakan ayat bahawa seluruhnNabi akan mati, termasuk Muhammad,
      maka sedarlah Umar akan kesilapannya sehingga ia beristigfar.


           Jelaslah kehidupan Rasulullah saw merupakan cerminan tasauf. Namun
      dalam zaman baginda, tidak timbul pembahagian ilmu seperti tauhid, fiqh
      dan tasauf. Menurut Ibn Khaldun, perkembangan Islam begitu pesat
      sehingga timbul pelbagai cabang ilmu selepas 200 tahun Nabi saw wafat,
      misalnya timbul Hassan al-Basri (wafat 110 H), Sofyan as-Tsauri (wafat 161
      H, dan juga guru kepada wanita sufi, Rabiah al-Adawiyah).




I
    PENGAJIAN TASAUF
    Imu tasauf berkembang pesat menerusi sistem persekolahan atau madrasah
    sejak 200 H. Umumnya terdapat lima jenis madrasah:
      1.     Muhasabiyah   (pengetuanya    dipanggil   muhasibi)   yang       banyak
             mengajarkan pelbagai aspek redha.
      2.     Khusairiyah yang dirintis oleh Syeikh Salleh Hamdun yang terasnya
             ialah menolong kemungkaran atau sifat mazmudah.
      3.     Taifuriyah dirintis oleh Abu Yazid al-Bustami yang menegaskan
             konsep mabuk dalam cinta kepada Allah.
Ilmu Akhlak Bhg 8   1




   4.     Junaidiyah dipelopori oleh Abul Qassim al-Junid al-Baghdadi yang
          menegarkan konsep kesedaran.
   5.     Sahliyah dikemukakan oleh Sahal bin Abdullah at-Tsuri yang menitik
          beratkan riadah dan mujahadah.


        Jelaslah tasauf mendahuli pengajian tauhid dan fiqh. Tidak hairanlah
   para iman empat mazhab juga merupakan ahli tasauf. Lama-kelamaan
   pengajian tasauf mewujudkan gaya pendekatan yang dikaitkan oleh guru
   atau syeikhnya. Inilah yang dipanggil tariqat (tariq= jalan).


        Namun tasauf boleh dipelajar tanpa tarikat, tetapi tarikat tidak dapat
   dipelari tanpa tasauf.


        Tarikat memerlukan empat teras:
        1. Guru atau syeikh/mursyid
        2. Zikir(riadah) dan mujahadah
        3. Murid
        4. Silsilah atau urutan guru utama demi memastikan ia tidak melencong
           atau sesat.


        Dari zikr yang disusun menjadi wiridan, talqin, dibaie atau ratib
sehinggalah ihzib. Apa jua susunan guru itu menjadi pendekatan atau kaifiah.
Semuanya berteraskan ayat-ayat Quran dan Hadis (amalan dan doa Nabi saw).




TAMAT

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Empat sumber hukum dalam aswaja www.zakypotensi.blogspot.com
Empat sumber hukum dalam aswaja www.zakypotensi.blogspot.comEmpat sumber hukum dalam aswaja www.zakypotensi.blogspot.com
Empat sumber hukum dalam aswaja www.zakypotensi.blogspot.comzakypoensi
 
Makalah maqamat dan ahwal
Makalah maqamat dan ahwalMakalah maqamat dan ahwal
Makalah maqamat dan ahwaljuniska efendi
 
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'Yodhia Antariksa
 
Adab dan akhlak dlm kesempurnaan islam
Adab dan akhlak dlm kesempurnaan islamAdab dan akhlak dlm kesempurnaan islam
Adab dan akhlak dlm kesempurnaan islamDede Muhammad Luthfi
 
1.urgensi ilmu dlm perspekti islam. ppt
1.urgensi ilmu dlm perspekti islam. ppt1.urgensi ilmu dlm perspekti islam. ppt
1.urgensi ilmu dlm perspekti islam. pptMuhammad Yunus
 
Akhlak Kepada Rasulullah
Akhlak Kepada RasulullahAkhlak Kepada Rasulullah
Akhlak Kepada RasulullahAmelia Larasati
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikancyla_fadhila
 
Keluasan dan keperluan dakwah pt 2
Keluasan dan keperluan dakwah pt 2Keluasan dan keperluan dakwah pt 2
Keluasan dan keperluan dakwah pt 2Amiruddin Ahmad
 
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1Amiruddin Ahmad
 
Lale sekar idaman pertiwi lib021046 uts_pai
Lale sekar idaman pertiwi lib021046 uts_paiLale sekar idaman pertiwi lib021046 uts_pai
Lale sekar idaman pertiwi lib021046 uts_paiLalesekarIdamanperti
 
Mengenal tingkatan motivasi dalam beribadah
Mengenal tingkatan motivasi dalam beribadahMengenal tingkatan motivasi dalam beribadah
Mengenal tingkatan motivasi dalam beribadahMuhsin Hariyanto
 
ppt aliran dalam ilmu kalam
ppt aliran dalam ilmu kalamppt aliran dalam ilmu kalam
ppt aliran dalam ilmu kalamChy Mey Cliquerz
 
Menggabungkan beberapa niat dalam membaca al qur'an
Menggabungkan beberapa niat dalam membaca al qur'anMenggabungkan beberapa niat dalam membaca al qur'an
Menggabungkan beberapa niat dalam membaca al qur'anDanang Yogisworo
 
Buku gratis mereka yang merugi - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis   mereka yang merugi - muhammad abduh tuasikalBuku gratis   mereka yang merugi - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis mereka yang merugi - muhammad abduh tuasikaltemanna #LABEDDU
 

La actualidad más candente (19)

Empat sumber hukum dalam aswaja www.zakypotensi.blogspot.com
Empat sumber hukum dalam aswaja www.zakypotensi.blogspot.comEmpat sumber hukum dalam aswaja www.zakypotensi.blogspot.com
Empat sumber hukum dalam aswaja www.zakypotensi.blogspot.com
 
Makalah maqamat dan ahwal
Makalah maqamat dan ahwalMakalah maqamat dan ahwal
Makalah maqamat dan ahwal
 
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
 
Buku saku ruqyah
Buku saku ruqyahBuku saku ruqyah
Buku saku ruqyah
 
Adab dan akhlak dlm kesempurnaan islam
Adab dan akhlak dlm kesempurnaan islamAdab dan akhlak dlm kesempurnaan islam
Adab dan akhlak dlm kesempurnaan islam
 
1.urgensi ilmu dlm perspekti islam. ppt
1.urgensi ilmu dlm perspekti islam. ppt1.urgensi ilmu dlm perspekti islam. ppt
1.urgensi ilmu dlm perspekti islam. ppt
 
Sholat
SholatSholat
Sholat
 
Akhlak Kepada Rasulullah
Akhlak Kepada RasulullahAkhlak Kepada Rasulullah
Akhlak Kepada Rasulullah
 
Modern
ModernModern
Modern
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
 
Keluasan dan keperluan dakwah pt 2
Keluasan dan keperluan dakwah pt 2Keluasan dan keperluan dakwah pt 2
Keluasan dan keperluan dakwah pt 2
 
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
 
Lale sekar idaman pertiwi lib021046 uts_pai
Lale sekar idaman pertiwi lib021046 uts_paiLale sekar idaman pertiwi lib021046 uts_pai
Lale sekar idaman pertiwi lib021046 uts_pai
 
Modul 14 kb 1
Modul 14 kb 1Modul 14 kb 1
Modul 14 kb 1
 
Mengenal tingkatan motivasi dalam beribadah
Mengenal tingkatan motivasi dalam beribadahMengenal tingkatan motivasi dalam beribadah
Mengenal tingkatan motivasi dalam beribadah
 
ppt aliran dalam ilmu kalam
ppt aliran dalam ilmu kalamppt aliran dalam ilmu kalam
ppt aliran dalam ilmu kalam
 
Ajaran syiah
Ajaran syiahAjaran syiah
Ajaran syiah
 
Menggabungkan beberapa niat dalam membaca al qur'an
Menggabungkan beberapa niat dalam membaca al qur'anMenggabungkan beberapa niat dalam membaca al qur'an
Menggabungkan beberapa niat dalam membaca al qur'an
 
Buku gratis mereka yang merugi - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis   mereka yang merugi - muhammad abduh tuasikalBuku gratis   mereka yang merugi - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis mereka yang merugi - muhammad abduh tuasikal
 

Similar a Mengenali Tasauf

Makalah tasawuf
Makalah tasawufMakalah tasawuf
Makalah tasawufudajamil
 
Bab 6 tasawuf dalam islam
Bab 6 tasawuf dalam islamBab 6 tasawuf dalam islam
Bab 6 tasawuf dalam islamSD Negeri Sempu
 
Urgensi Dasar, Dasar, dan Sejarah Perkembangan Ilmu Tasawuf
Urgensi Dasar, Dasar, dan Sejarah Perkembangan Ilmu TasawufUrgensi Dasar, Dasar, dan Sejarah Perkembangan Ilmu Tasawuf
Urgensi Dasar, Dasar, dan Sejarah Perkembangan Ilmu TasawufThufailah Mujahidah
 
MEMAHAMI TASAWU-WPS Office.docx
MEMAHAMI TASAWU-WPS Office.docxMEMAHAMI TASAWU-WPS Office.docx
MEMAHAMI TASAWU-WPS Office.docxFatimah988108
 
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfAliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfZukét Printing
 
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxAliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxZukét Printing
 
Presentasi pendidikan agama islam akhlak dan tasawuf
Presentasi pendidikan agama islam akhlak dan tasawufPresentasi pendidikan agama islam akhlak dan tasawuf
Presentasi pendidikan agama islam akhlak dan tasawufRatih Kisdiani Riadi
 
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptx
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptxHADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptx
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptxHayatiSyafri2
 
Tasauf Muqarran Tawajud Wajd Wujud
Tasauf Muqarran   Tawajud Wajd WujudTasauf Muqarran   Tawajud Wajd Wujud
Tasauf Muqarran Tawajud Wajd WujudShiawase Husna
 
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3LAZNas Chevron
 
Aliran-Aliran Tassawuf.docx
Aliran-Aliran Tassawuf.docxAliran-Aliran Tassawuf.docx
Aliran-Aliran Tassawuf.docxZukét Printing
 
Aliran-Aliran Tassawuf.pdf
Aliran-Aliran Tassawuf.pdfAliran-Aliran Tassawuf.pdf
Aliran-Aliran Tassawuf.pdfZukét Printing
 
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.docx
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.docxPengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.docx
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.docxZukét Printing
 
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.pdf
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.pdfPengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.pdf
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.pdfZukét Printing
 
Tasawuf akhlaki, amaly dan falsafi
Tasawuf akhlaki, amaly dan falsafiTasawuf akhlaki, amaly dan falsafi
Tasawuf akhlaki, amaly dan falsafiHalimatus Sa'diyah
 

Similar a Mengenali Tasauf (20)

Makalah tasawuf
Makalah tasawufMakalah tasawuf
Makalah tasawuf
 
Bab 6 tasawuf dalam islam
Bab 6 tasawuf dalam islamBab 6 tasawuf dalam islam
Bab 6 tasawuf dalam islam
 
Urgensi Dasar, Dasar, dan Sejarah Perkembangan Ilmu Tasawuf
Urgensi Dasar, Dasar, dan Sejarah Perkembangan Ilmu TasawufUrgensi Dasar, Dasar, dan Sejarah Perkembangan Ilmu Tasawuf
Urgensi Dasar, Dasar, dan Sejarah Perkembangan Ilmu Tasawuf
 
MEMAHAMI TASAWU-WPS Office.docx
MEMAHAMI TASAWU-WPS Office.docxMEMAHAMI TASAWU-WPS Office.docx
MEMAHAMI TASAWU-WPS Office.docx
 
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfAliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
 
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxAliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
 
Makalah Ilmu Tasawuf.docx
Makalah Ilmu Tasawuf.docxMakalah Ilmu Tasawuf.docx
Makalah Ilmu Tasawuf.docx
 
Presentasi pendidikan agama islam akhlak dan tasawuf
Presentasi pendidikan agama islam akhlak dan tasawufPresentasi pendidikan agama islam akhlak dan tasawuf
Presentasi pendidikan agama islam akhlak dan tasawuf
 
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptx
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptxHADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptx
HADIS_TENTANG_NIAT_UNTUK_MENDAPAT_A.pptx
 
Tasauf Muqarran Tawajud Wajd Wujud
Tasauf Muqarran   Tawajud Wajd WujudTasauf Muqarran   Tawajud Wajd Wujud
Tasauf Muqarran Tawajud Wajd Wujud
 
islam dan tasawuf
islam dan tasawufislam dan tasawuf
islam dan tasawuf
 
Kitab tauhid
Kitab tauhidKitab tauhid
Kitab tauhid
 
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
 
Proposal contoh.doc
Proposal contoh.docProposal contoh.doc
Proposal contoh.doc
 
Aliran-Aliran Tassawuf.docx
Aliran-Aliran Tassawuf.docxAliran-Aliran Tassawuf.docx
Aliran-Aliran Tassawuf.docx
 
Aliran-Aliran Tassawuf.pdf
Aliran-Aliran Tassawuf.pdfAliran-Aliran Tassawuf.pdf
Aliran-Aliran Tassawuf.pdf
 
Tasawuf
TasawufTasawuf
Tasawuf
 
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.docx
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.docxPengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.docx
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.docx
 
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.pdf
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.pdfPengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.pdf
Pengertian Tasawuf dan Ajaran Tasawuf.pdf
 
Tasawuf akhlaki, amaly dan falsafi
Tasawuf akhlaki, amaly dan falsafiTasawuf akhlaki, amaly dan falsafi
Tasawuf akhlaki, amaly dan falsafi
 

Último

presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 

Último (20)

presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 

Mengenali Tasauf

  • 1. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD 7 November 2001, jam 2330 – 8 November 2001, jam 0230 Mengenali tasauf T ASAUF, sebagaimana disiplin ilmu tinggi yang lain, mempunyai senarai ta’arif demi membawa penjelasan yang bening lagi sempurna. Bahagian muqadimah ini hanyalahlah pengenalan ringkas demi memesrakan kita dengan tasauf bak pepatah -- tak kenal, maka tak cinta. Sering ada anggapan bahawa apa jua ilmu, ia mesti dikaitkan dengan asal- usul bahasa asal atau dinisbahkan kepada bahasa. Memandangkan Islam berteraskan bahasa Arab, maka sering kata dasar tasauf dikaitkan ‘suf’ atau bulu domba/kambing biri-biri yang menjadi pakaian perintis tasauf. Setakat manakah benarnya dakwaan ini. Tentulah paling utama dalam membuat perincian definisi ialah mendapatkannya daripada ulama muktabar (berwenang/autoriti) yang memberikan huraian ringkas seperti berikut: ! Abu Muhammad al-Jurairi: ‘‘Tasauf itu adalah memasuki diri ke dalam kebaikan dan mengeluarkan diri daripada akhlak buruk.’’ ! Abul Hassan al-Nuri: ‘‘Tasauf ialah meninggalkan semua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja sifat terpuji (mahmudah).’’ ! As-Syadziri: ‘‘Tasauf itu melatih diri dalam ubudiyah dan mengembalikan hukum-hukum rubbubiyah.’’ [Ubudiyah = sifat kehambaan; rubbubiyah = sifat ketuhanan.] ! At-Tusturi: ‘‘Seorang pengamal tasauf atau sufi adalah orang yang selalu membersihkan diri daripada noda zahir dan batin, selalu bertafakur, sentiasa menghubungkan diri dengan Allah SWT dan memutuskan hubungan tidak bermanfaat dengan manusia.’’
  • 2. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 Daripada empat definisi tadi, jelaslah tasauf berkisar kepada tiga peringkat atau marhalah: 1 Bidayah 2 Mujahadah 3 Mazaqat Bidayah bermaksud permulaan petunjuk ke jalan Allah SWT. Iaitu jalan dalam bentuk rasa pada jiwa yang merasa rindu kepada Allah SWT. Kerinduan atau cinta tadi menimbulkan makrifat atau berkenalan dengan Allah SWT. Contoh: Pertalian amal/perbuatan pada zahir dan jiwa dalam bidayah. Perbuatan ZAHIR BATIN/JIWA Makan Sedap Mensyukuri nikmat pemberian-Nya sehingga kita membacakan doa ‘’Allahuma bariklana fima rozaqtana wa kina ‘adzaban nar.’’ Melihat alam Indah Kagum akan kuasa-Nya dan menyebut ‘Subhanallah’’ Menerima rezeki Gembira Terharu oleh pemberian-Nya sehingga menyebut ‘Alhamdulillah wal syukurillah.’’ Kuat bekerja Sihat Bersyukur dan menujukan perbuatan untuk mencapai keredhaan-Nya S PERINGKAT AMALAN eorang pemimpin yang benar-benar mengamalkan tasauf, walaupun pada peringkat/marhalah bidayah, akan senantiasa memastikan kuasanya tidak menjadi suatu penindasan ke atas orang bawahan. Oleh itu, sewaktu selepas bersolat, kita digalakkan membaca doa yang mengikrarkan diri kita sebagai hamba Tuhan yang senatiasa lemah: ‘‘Allah memberikan kesenangan kepada yang dikehendaki-Nya. Ia memuliakan kepada yang siapa yang dimuliakan-Nya, dan direndahkan kepada siapa yang direndahkan-Nya.’’ ! Bidayah Matlamat bidayah ialah menyempurnakan jiwa sehingga terserlah kepuasan rohani dalam hubungan kepada Allah SWT (habluminallah) dan hubungan dengan manusia (habluminnas). Caranya ialah dengan senantiasa beribadah
  • 3. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 zahir yang dihubungkan secara ikhlas demi Allah SWT semata. Kepuasan rohani akan terbina secara beransur-ansur selagi ia dilakukan dengan tetap/tekal (istiqamah). ! Mujahadah Setiap manusia diamanahkan oleh untuk berjuang di jalan-Nya. Inilah maksud jihad dan proses berjuang tadi dipanggil ‘mujahadah’. Sebenarnya berjuang bukan bererti berperang saja. Melaksanakan amar ma’aruf nahi munkar sudah merupakan perjuangan. Mengekang hawa nafsu terutama dalam bulan Ramadan merupakan perjuangan. Tetapi apa jua amalan membersihkan rohani hendaklah berteraskan syariat; tiada pengecualian dalam hal ini. Tanpa syariat, tasauf tidak bermakna. Sekadar contoh, orang yang baik perilaku atau jiwanya yang suka menderma dan sebagainya tetapi enggan solat, zakat, berpuasa dan menunaikan haji, maka ia bukanlah lengkap sebagai seorang Muslim dalam erti kata sebenar. Ada juga orang yang mengaku pengamal tasauf atau sufi tetapi menyatakan tidak perlu solat, zakat, puasa dan sebagainya yang ditetapkan oleh syariat. Orang begini membahayakan kerana ia sudah sesat dan boleh menyesatkan orang lain. ! Al mazaqat atau hasil yang diharapkan daripada mengamalkan tasauf. Antara matlamat utama tasauf dalam rangka ini ialah: 1. mencapai ma’rifatul nafs iaitu kenal diri atau jiwa. Aspek ini perlu dilalui sebelum seseorang itu mengenal Allah SWT. Kita harus kenal kekurangan dan kelebihan diri kita, tahu batas susila diri sendiri. Sesungguhnya ramai orang yang kenal akan orang lain kerana sikap ilmu dan ramah mesra, tetapi tidak tahu dirinya.
  • 4. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 2. Tasfiah/tazkir ialah aspek pensucian hati daripada sifat-sifat cela atau mazmudah. Sifat takbur, marah, hasad dan zalim dibersihkan. 3. Tahalli iaitu mengalung atau menyerikan diri dengan dan sifat mulia atau mahmudah seperti amanah, ikhlas, jujur, berilmu dalam diri. 4. Tarraqi bermakna naik kedudukan atau maqam sehinggakan hati sufi tadi sibuk dengan keperluan terhadap Allah SWT walaupun hidup seperti manusia biasa. Ia redha/pasrah akan taqdir Allah selepas puas berikhtiar. Jelas matlamat tasauf, menurut ulama sufi yang muktabar, adalah mendapatkan keredhaan-Nya dengan membina adab dalam jiwa dan zahir. NISBAH TASAUF A sal-usul tasauf sering diperkatakan dalam rangka luas. Namun pokok perbicaraan hendaklah menjurus kepada unsur membina atau positif. ! Suffah ialah gelar orang ramai terhadap seorang lelaki sering beribadah di Masjid Haram. Namanya Al-Ghut bin Munir. Beliau muncul sebelum kedatangan Islam dan dipercayai pengikut ajaran Nabi Ibrahim as. Orangnya pendiam dan lebih cenderung berbuat halnya sendiri. Hal sebenarnya masih misteri. Jadi, apakah istilah tasauf bermula daripadanya? ! Suf ialah bulu domba/biri-biri yang dijadikan pakaian para nabi dan orang warak. Demikian menurut Ibn Taimiyah (dalam bukunya Tasauf) dan sejarawan Ibn Khaldun (dalam buku Muqadimmah). Malah paman termuda Nabi Muhammad saw, Ibn Abbas menyatakan: ‘‘Sesungguhnya 70 orang nabi telah berlalu di gurun Rauhah dalam rangka perjalanan untuk menunaikan haji. Kesemuanya berpakaian bulu domba. Mereka bersalat di Masjid Khair di Mina.’’ Kebanyakan pakaian sahabat dan pengikut sahabat (tabiien) berupa bulu domba. Menurut salah seorang ahli tasauf perintis, Hassan al-Basri:
  • 5. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 ‘’Aku telah berjumpa dengan 70 orang perajurit perang Badr. Kebanyakan mereka itu berpakaian bulu domba.’’ Jelaslah suf adalah pakaian tawadduk atau merendahkan diri. Ia kasar tetapi cukup sesuai untuk keperluan musim sejuk dan perlindungan daripada hempasan ribut pasir. Memandangkan ramai para nabi adalah penggembala, maka secara logik pakaian mereka adalah daripada bulu domba. ! Ahlus-suffah ialah gelar bagi para sahabat seperti Abu Hurairah dan Salman al-Farisi yang mendiami serambi Masjid Nabawi. Hidup mereka miskin dan kebanyakan mereka bujang. Mereka gigih beribadah. ! Saf berertu baris dalam solat jemaah. Lazimnya orang suka beribadah itu cuba mendapatkan tempat di barisan depan jemaah. ! Suffiyah (suffistiyah) diambil dari kekata Yunani sophist yang merujuk kepada golongan manusia yang cuba mencari kebenaran, bermula dengan ajaran Socrates sehinggalah Aristotle. Pemikir besar Islam, Al-Biruni yang juga seorang sejarawan, telah memberikan kaitan ini walaupun kurang disenangi oleh ramai ulama yang berpendapat tasauf tidak meminjam mana-mana amalan, kecuali daripada Islam sendiri. ! Safa bermakna kebersihan, ini juga dikaitkan dengan salah satu usaha pemurnian sufi yang dipanggil tasfiyah. Jadi mana satukah istilah sebenar asal-muasal tasauf masih lagi suatu misteri. Pokoknya segala definisi hendaklah memberikan gambaran membina atau membawa kebaikan dan bukan meremeh atau menghina tasauf. B PERMULAAN ilakah tasauf dimulakan? Tidak syak tasauf dimulakan sejak Rasulullah saw menyebarkan Islam. Sari pekerti Nabi saw itu merupakan matlamat tasauf – bersih rohani, senantiasa memikirkan urusan kemanusiaan yang diredhai Allah, senantiasa mendekati Allah secara bersendiri-sendirian atau khalwat. [Sayang sekali istilah khalwat sudah disalahgunakan hingga bermaksud berdua-duaan lelaki dan perempuan di dunia sebelah sini.]
  • 6. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 Konsep khalwat merupakan satu perkara yang amat praktikal dalam menjernihkan fikiran dan rohani. 1. Nabi saw mengasingkan diri atau berkhalwat di Gua Hira sehingga mendapat wahyu. Amalan ini diikuti oleh ramai sufi terutama yang dapat pergi ke gunung atau hutan. Namun ia tidak boleh dimaknakan sebagai bertapa iaitu amalan yang dikaitkan dengan agama terdahulu, Hindu dan Buddha. 2. Solat juga merupakan khalwat apabila fikiran kita tertumpu kepada Allah dan kita mengasingkan dunia. 3. Puasa juga merupakan amalan bersifat khalwat apabila kita mengasingkan dunia daripada makan minum, seks dan apa jua tuntutan nafsu. Puasa terbahagi kepada tiga iaitu awwam (sekadar lapar dan dahaga), khawaz (menahan nafsu sambil beribadat) dan khususul khawaz (puasa seluruhnya dengan menahan pancaindera dan hati daripada godaan nafsu, beribadat dan meningkatkan penghayatan Islam). Dalam ibadah puasa Ramadan, 10 hari terakhir diluangkan untuk beriktikaf (berada di masjid untuk beribadah semata) dan meninggalkan urusan dunia. 4. Haji merupakan khalwat terbesar kerana apabila berada dalam ihram, kita tunduk zahir dan batin atas segala syarat yang dikenakan Allah SWT. Ketika wuquf (berihram dan berada di Arafah), haji itu adalah lambang kematian dan kebangkitan serta perhimpunan agung di Padang Mahsyar. Kain ihram putih itu ibarat kain kapan. Apabila haji selesai dilaksanakan dengan sempurna, seseorang itu mencapai mabrur iaitu bak bayi bersih yang baru dilahirkan. Nabi saw telah mengajarkan kita agar membersihkan diri daripada sifat syaitan dan haiwan. Daripada syaitan, timbul sifat takabur sehingga membawa hasad dan kezaliman. Daripada sifat binatang, timbul sifat kebinatangan nafsu dan buas.
  • 7. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 Proses pembersihan diri itu terpapar dalam salat yang di dalamnya terkandung rukun sujud – saat seseorang pasrah sepasrahnya kepada Ilahi. Dalam tasauf, kehebatan dunia tiada bererti kecuali untuk membela kemanusiaan agar menjalani hidup mulia. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah yang dikelilingi oleh orang kaya dan malah ditawarkan oleh Allah SWT akan emas sebesar Gunung Uhud. Malah Nabi Sulaiman as. Manusia terkaya di dunia, telah menyifatkan segala kekayaan dan kehebatannya adalah sekadar amanah dan ujian daripada Allah SWT. Rasulullah mengajar kita agar senantiasa mensyukuri nikmat Allah SWT. Bahkan baginda solat malam sehingga bengkak kakinya. Aisyah ra bertanya mengapakah baginda bersolat sampai begitu pada hal dosanya yang lalu dan akan datang sudah diampunkan Allah SWT. Jawab Rasulullah: ‘‘Apakah tidak aku menunjukkan rasa kesyukuran kepada kurnia Allah SWT?’’ Tasauf tidak lain ialah segala amalan yang disuruh Allah SWT agar kita mengingati-Nya sebagaimana terpapar dalam maksud surah an-Nur: 28: ‘‘Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan (urusan) dan tidak pula oleh jual-beli (perdagangan) daripada mengingati Allah; mendirikan solat dan membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (Kiamat) ketika hati dan penglihatan mereka menjadi tergoncang.’’ Dengan amalan tasauf, maka terpupuklah manusia menjadi para wali (orang soleh yang amat menjaga agama) sebagaimana maksud surah Yunus: 62: ‘‘Sesungguhnya para wali Allah tiada kekhuatiran dan mereka tidak pula berdukacita.’’ Wali tidak semesti ada keramat yang kita dapat rasakan. Orang soleh biasa juga boleh bertaraf wali jika Allah SWT memperkenankannya. Sekadar contoh muda, seorang ayah mendapat bayi pertama yang cacat. Daripada meratapi hidupnya, beliau menerima dengan redha dan senantiasa beribadah, sabar dan menyatakan kesyukuran. Anaknya dibela hingga
  • 8. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 menjadi manusia yang dapat mengatasi kecacatannya. Ayah begini merupakan seorang wali. Seorang suami yang kematian isteri yang dicintai, tidak harus meninggalkan solat dan terus menangis. Ia harus menerima takdir dan gigih melaksanakan kewajiban sebagai seorang muslim serta mendoakan isterinya. Memang sukar mengetepikan perasaan yang kuat mencengkam fikiran. Sekadar contoh, sahabat Nabi, Umar al-Khattab tidak dapat menerima hakikat bahawa baginda telah wafat. Umar mengancam untuk memancung sesiapa yang menyatakan Nabi wafat. Namun apabila Abu Bakar ra membacakan ayat bahawa seluruhnNabi akan mati, termasuk Muhammad, maka sedarlah Umar akan kesilapannya sehingga ia beristigfar. Jelaslah kehidupan Rasulullah saw merupakan cerminan tasauf. Namun dalam zaman baginda, tidak timbul pembahagian ilmu seperti tauhid, fiqh dan tasauf. Menurut Ibn Khaldun, perkembangan Islam begitu pesat sehingga timbul pelbagai cabang ilmu selepas 200 tahun Nabi saw wafat, misalnya timbul Hassan al-Basri (wafat 110 H), Sofyan as-Tsauri (wafat 161 H, dan juga guru kepada wanita sufi, Rabiah al-Adawiyah). I PENGAJIAN TASAUF Imu tasauf berkembang pesat menerusi sistem persekolahan atau madrasah sejak 200 H. Umumnya terdapat lima jenis madrasah: 1. Muhasabiyah (pengetuanya dipanggil muhasibi) yang banyak mengajarkan pelbagai aspek redha. 2. Khusairiyah yang dirintis oleh Syeikh Salleh Hamdun yang terasnya ialah menolong kemungkaran atau sifat mazmudah. 3. Taifuriyah dirintis oleh Abu Yazid al-Bustami yang menegaskan konsep mabuk dalam cinta kepada Allah.
  • 9. Ilmu Akhlak Bhg 8 1 4. Junaidiyah dipelopori oleh Abul Qassim al-Junid al-Baghdadi yang menegarkan konsep kesedaran. 5. Sahliyah dikemukakan oleh Sahal bin Abdullah at-Tsuri yang menitik beratkan riadah dan mujahadah. Jelaslah tasauf mendahuli pengajian tauhid dan fiqh. Tidak hairanlah para iman empat mazhab juga merupakan ahli tasauf. Lama-kelamaan pengajian tasauf mewujudkan gaya pendekatan yang dikaitkan oleh guru atau syeikhnya. Inilah yang dipanggil tariqat (tariq= jalan). Namun tasauf boleh dipelajar tanpa tarikat, tetapi tarikat tidak dapat dipelari tanpa tasauf. Tarikat memerlukan empat teras: 1. Guru atau syeikh/mursyid 2. Zikir(riadah) dan mujahadah 3. Murid 4. Silsilah atau urutan guru utama demi memastikan ia tidak melencong atau sesat. Dari zikr yang disusun menjadi wiridan, talqin, dibaie atau ratib sehinggalah ihzib. Apa jua susunan guru itu menjadi pendekatan atau kaifiah. Semuanya berteraskan ayat-ayat Quran dan Hadis (amalan dan doa Nabi saw). TAMAT