1. PENSYARAH:
Prof. Dato’ IR DR. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
Disediakan oleh:
Zuhaira Nasrin binti Mohamed Zin (A147474)
2. Kajang telah menjelma dari sebuah bandar
kecil menjadi bandar besar dengan membina
bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi
dan Bandar Seri Putra serta melebarkan pusat
bandarnya sehingga ke Sungai Chua. Akan tetapi
pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan
sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala
Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran.
Anda diminta mencadangkan satu perubahan
besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang
boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan
gambar-gambar yang sesuai.
3. Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu
Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan
dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan
mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis
Perbandaran Kajang.
Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah
tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang
dihubungkan melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan
jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan
pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru
Bangi. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar
Puchong, Batu 3 dan Klang.
Pada masa dahulu 'pusat' Kajang ialah di pejabat pos. Tetapi
kini 'pusat' Kajang beralih kepada bangunan Plaza Metro.
4. Kajang mempunyai kemudahan pengangkutan
awam seperti bas dan teksi. Namun
kemudahan ini tidak mesra pengguna kerana
banyak berlaku kesesakan lalu lintas,
kelewatan dan kemalangan.
Bagi mengatasi masalah ini, Kajang perlu
mewujudkan kemudahan dari segi aliran
transit. Contohnya, membangunkan monorel,
LRT dan MRT. Oleh itu, Kajang mampu berdiri
dengan sendiri kerana kehebatan dan
kemudahan yang ada padanya.
6. Bas yang disediakan di Bandar Kajang
kebanyakannya tidak menepati masa. Bahkan,
kadangkala penumpang tidak mengetahui jadual
perjalanan bas.
Oleh itu, amat penting Kajang memperbarui sistem
perjalanan bas sebagaimana sistem perjalanan
‘shuttle coach bus’ dari KLIA ke TBS. Selain itu,
Kajang juga boleh mencontohi negara maju iaitu
Jepun dari segi kemudahan bas. Jadual perjalanan
telah dipaparkan di skrin bagi memudahkan para
pengguna.
8. Kajang perlu dibangunkan semula seperti
berkembangnya pusat Bandar Melaka.
Hal ini kerana dengan mereka bentuk semula pusat
bandar, ekonomi lebih banyak untuk dipergiatkan.
Bandar lama boleh dijadikan sebagai tumpuan
pelancong-pelancong tempatan mahupun pelancong
luar negara.
Kajang boleh menjadikan bandar Kuala Lumpur
sebagai contoh untuk mereka bentuk semula pusat
bandarnya.
10. Bagi menjayakan proses pembaharuan
Bandar Kajang, semua pihak memainkan
peranan yang penting.
Dengan terjadinya pembaharuan ini,
penduduk sekitar Kajang akan menikmati
segala kemudahan dengan baik seterusnya
akan menjadikan aspek sosial dan ekonomi
lebih stabil.