1. www.saujana.sg
daftar kata
homonim
P6
Nama : ________________________________________
Darjah : _______________________________________
Sekolah : ______________________________________
2. 1. ACU Perompak itu mengacukan pistolnya ke arah
pengawal bank itu.
Acuan kuih yang dipegang ibu itu berbentuk
bintang.
2. ADA Ayah saya ada sebidang tanah di Indonesia.
Walaupun kurang berada, hidupnya makmur
dan bahagia.
3. ADU Dia mengadukan kenakalan adiknya kepada
ayahnya.
Badang pun beradu dengan panglima dari
Benua Keling itu.
4. AGUNG P. Ramlee dikenali sebagai seniman agung.
Mesyuarat agung persatuan itu akan
berlangsung pada hari Ahad ini.
5. AKU Aku tidak berani berkata dusta kepada kedua-
dua ibu bapa saya.
Penjahat itu tidak mengaku akan kesalahannya
6. ALAH Dia mengalah tetapi tidak semestinya dia
bersalah.
Pesakit itu alah akan ubat antibiotik itu
7. ALAM Dia mendapat banyak pengalaman sewaktu
mendaki gunung Everest.
Semua selok-belok alam ini belum diketahui
manusia.
8. ALAMAT Dia menulis alamat rumah kawannya di
sampul surat itu.
Bunyi ayam berkokok alamat hari hendak
siang.
9. ALAS Dia memberikan alasan yang menasabah akan
kelewatannya pagi tadi.
Ibu mengalas meja itu dengan kain batik dari
Kelantan
10. ALIR Air sungai itu mengalir dengan deras.
Air matanya mengalir ketika dimarahi cikgu.
11. AM Saya hendak bermandi-manda di Pantai
Changi pada hari kelepasan am ini.
Membaca buku itu dapat menambahkan
pengetahuan am kita.
12. AMBANG Budak itu duduk di ambang pintu rumahnya.
Sebelum melangkah ke ambang perkahwinan,
abang saya mengikuti kursus.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
3. 13. AMPU Kayu yang mengampu pondok itu sudah patah.
Sesiapa yang pandai mengampu akan dber
hadiah.
14. ANCAM Penculik itu mengancam akan membunuh
mangsanya.
Kejadian tanah runtuh boleh mengancam
nyawa manusia.
15. ANGGUR Pemuda itu terus menganggur sejak berhenti
dari sekolah.
Anggur yang dibeli oleh ibu saya itu sangat
manis.
16. ANTARA Dia menunggu saya antara pukul dua hingga
pukul empat petang.
Antara yang cedera dalam kejadian itu ialah
abang saya.
17. ASLI Barang-barang yang tidak asli tidak dijual di
kedai antik itu.
Dia mengirim karangan aslinya kepada editor
akhbar itu.
18. BADAN Badan itu dianggotai oleh belia-belia di
kampung itu.
Badan pemuda itu calar-balar kerana bergelut
dengan harimau itu.
19. BAHASA Bahasa yang diucapkan oleh budak itu sopan.
Budak yang tidak berbahasa itu ditegur oleh
pengetua.
20. BALAS Jika kamu menderhaka kepada ibu kamu,
kamu akan mendapat balasan.
Saya hendak membalas surat yang dikirim oleh
abang saya itu.
21. BANGKIT Biskut yang bangkit itu sangat harum.
Abang saya baru bangkit dari tidurnya.
22. BARANG Barang yang lepas jangan selalu dikenang.
Semua barang itu telah saya simpan ke dalam
stor.
23. BEKAS Bekas yang berisi minyak wangi itu cantik dan
berwarna-warni.
Profesor Tarmimi ialah bekas pelajar Sekolah
Rendah Griffiths.
24. BEKU Air yang disimpan ke dalam peti sejuk itu telah
beku.
Fikirannya beku jikalau dia terlalu penat.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
4. 25. BELAH Pemuda yang tampan itu sedang membelah
kayu api.
Budak kecil itu duduk di sebelah datuk saya.
26. BELAS Dia berasa belas setelah melihat kehidupan
pengemis itu.
Kawan baik saya itu tinggal di tunggal tiga
belas.
27. BIAR Wanita itu dihukum kerana membiarkan
bayinya di kolong flat itu.
Berilah aku peluang biar aku membaiki
kesalahanku itu.
28. BIASA Keadaan huru-hara di negeri itu telah pulih
seperti biasa.
Saya biasa tidur di atas gunung yang tinggi itu.
29. BILANG Adik hendak membilang duit di dalam tabung
itu.
Saya akan bilang ibu jika anda berbuat nakal
lagi.
30. BISA Dia pengsan kerana patukan ular itu sangat
bisa.
Darlina bisa bertutur bahasa Jerman dan
Perancis.
31. BOLOT Dia telah membolot hadiah pertama dalam
peraduan mengarang itu.
Pemuda itu membolot kepalanya dengan tuala.
32. BUNGA Dia hanya mengeluarkan bunga wang
simpanannya itu.
Bunga itu layu kerana cahaya matahari
tersangat panas.
33. BURUK Mukanya yang buruk itu menakutkan kanak-
kanak.
Perangainya yang buruk itu telah memalukan
keluarganya.
34. BUSUK Mayat yang telah berbau busuk itu tela diusung
ke bilik mayat.
Menteri yang mengambil rasuah itu meninggal
dunia dengan nama yang busuk.
35. BUTA Orang buta itu berjalan dengan menggunakan
tongkat putih.
Pada pagi buta itu, nelayan tua itu sudah
berada di pantai.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
5. 36. CABANG Cabang pokok itu patah lalu menghempap
kereta itu.
Perpustakaan dan cabang-cabangnya akan
mengadakan rumah terbuka.
37. CABUT Budak-budak nakal itu cabut apabila pengetua
sekolah datang.
Pekebun itu hendak mencabut ubi kayu itu.
38. CELAH Dia dimarahi ayah kerana suka mencelah
percakapan beliau.
Dia memasukkan kertas di celah dinding itu.
39. CERAH Masa depan anda akan cerah jika anda rajin
belajar.
Kakaknya keluar rumah ketika langit kelihatan
cerah.
40. CERUT Asap cerut yang dihisap oleh datuk saya itu
berbau busuk.
Dia mati akibat tali yang mencerut lehernya.
41. CUCUK Setelah bersara, ayah dan ibunya bercucuk
tanam.
Singsih itu mencucuk badan pesakitnya dengan
peniti.
42. CUIT Dia terbahak-bahak kerana pelawak itu pandai
mencuit hatinya.
Abu mencuit bahu saya lalu memberi salam.
43. DAPAT Dia mendapat hadiah pertama dala peraduan
itu.
Dia dapat membuktikan kebenarannya.
44. DARAT Abang hendak melamar pekerjaan sebagai
tentera darat.
Helikoter itu mendarat secara cemas kerana
kehabisan minyak.
45. DAYA Jika saya berdaya, saya akan membantunya.
Walaupun dia pernah memperdaya saya, saya
tetap berkawan dengannya.
46. DINGIN Projek itu gagal kerana mendapat sambutan
dingin.
Dia berbaju tebal kerana Bilik komputer itu
sangat dingin.
47. EDAR Pengedar dadah yang terkenal itu telah mati di
tali gantung.
Setelah hujan reda, awan mendung pun
beredar.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
6. 48. ELOK Eloklah anda meminta izin daripada ayah anda
dahulu.
Buah epal itu masih elok lagi, jangan dibuang.
49. ERTI Perkataan yang kamu sebut itu, tidak
mempunyai erti.
Segala penat lelah awak tidak akan bererti jika
kamu tidak mengambil peperiksaan.
50. FAEDAH Dia mendermakan semua faedah wang
simpanannya kepada pertubuhan itu.
Awak pasti mendapat faedah jika awak
membaca buku itu.
51. GANTUNG Kejayaan seseorang dalam peperiksaan
bergantung kepada ketekunannya.
Pengedar dadah itu telah digantung sehingga
mati.
52. GELORA Pada musim ribut, air laut bergelora.
Hatinya bergelora setelah berita sedih itu
didengarinya.
53. GIAT Budak nakal itu menggiat adik saya sehingga
adik saya menangis.
Abang saya bergiat di Kelab Masyarakat
Tampines West.
54. GONDOL Kamariah menggondol beberapa hadiah dalam
pertandingan itu.
Luncai menangis ketika melihat kepala sultan
yang gondol itu.
55. GUGUR Panglima perang itu gugur ketika bertempur
dengan musuh.
Pekebun itu menyapu daun-daun pokok yang
gugur itu.
56. HABIS Dia belum menghabiskan tugasan yang diberi
oleh gurunya.
Habis membaca, dia menonton siri kartun di
televisyen.
57. HAL Hal itu telah diadukan kepada pengetua dan
ibu bapanya.
Mesyuarat itu akan membincangkan beberapa
hal penting.
58. HALUAN Nakhoda muda itu berdiri di haluan
bahteranya.
Pencuri itu lari lintang-pukang tanpa haluan.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
7. 59. HAMPIR Budak kecil itu hampir dilanggar kereta biru
itu.
Rumah barunya hampir dengan Kompleks
Sukan.
60. HANGAT Pesta Muzik di Pulau Sentosa mendapat
sambutan hangat.
Saya membawanya bertemu dengan doktor
kerana suhu badannya hangat.
61. HANYUT Sampan itu hanyut dibawa oleh arus sungai itu.
Harta bendanya hanyut setelah dia kaki judi.
62. HAPUS Dosanya akan hapus sekiranya dia bertaubat.
Parut di mukanya itu tidak akan hapus.
63. HARAM Orang asing itu ditangkap kerana masuk ke
negara kita secara haram.
Binatang itu haram dimakan oleh orang-orang
Islam.
64. HARAP Saya berharap akan menemuinya ketika berada
di negeri itu.
Orang-orang tua itu mengharapkan belas ihsan
orang ramai.
65. HARGA Buku yang tebal itu berharga seratus dolar.
Ikutilah nasihatnya kerana nashatnya itu amat
berharga.
66. HARUM Namanya harum setelah memenangi hadiah
menulis novel itu.
Bunga yang harum itu dipetik oleh ibu saya.
67. HARUS Pesalah itu harus dihukum dengan seberat-
berat hukuman.
Mandi tiga kali sehari adalah harus hukumnya
di sisi agama Islam .
68. HEBOH Kejadian yang aneh itu heboh diperkata orang.
Majlis itu menjadi heboh apabila tuan
rumahnya ditangkap oleh polis.
69. HELAH Pesalah itu mencari helah untuk melepaskan
dirinya.
Pelajar itu memberi berbagai-bagai helah
kerana kelewatanya itu.
70. HEMPAS Petani-petani itu bernyanyi ketika
menghempas padi.
Ketika marah, dia telah menghempas daun
pintu.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
8. 71. HENTI Enjin kereta itu berhenti tiba-tiba ketika kami
melalui tanah perkuburan itu.
Dia berhenti kerja kerana tidak tahan dengan
keletah majikannya.
72. HIDU Kakak saya sedang menghidu bunga ros itu.
Pihak polis dapat menghidu gerakan kumpulan
haram itu.
73. HIDUP Beliau hidup bahagia kerana beliau berharta,
sihat dan mesra dengan keluarganya.
Televisyen itu terus hidup, sedangkan dia
terus dilamun mimpi.
74. HILANG Perasaan marahnya belum hilang lagi
walaupun telah dipujuk oleh ibunya.
Rantai dan cincin emasnya hilang ketika dia
menginap di hotel itu.
75. HIMPIT Lori yang besar itu terus menghimpit ke tepi
jalan lalu berhenti.
Kehidupan keluarganya terhimpit setelah
kematian ayahnya.
76. HITUNG Dia hendak menghitung wang di dalam
celengan itu.
Hang Tuah hendak membuat perhitungan
dengan Hang Jebat.
77. HULU Dia ke hulu kampung itu dengan menaiki
sampan.
Hulu keris itu dibuat daripada gading.
78. HULUR Lelayang itu melayang ke angkasa setelah dia
menghulur benangnya.
Dia menghulur dua dolar kepada pengemis itu.
79. IBARAT Jadikanlah ibarat jika pengajarannya itu
memanfaatkan anda.
Hidupnya terumbang-ambing ibarat sampah
dilamun ombak.
80. IKAT Kami mengikat tangan pencuri itu dengan tali.
Sebelum keluar rumah, beliau mengikat
serbannya.
81. IKUT Kakak saya suka mengikut ibu ke pasar.
Semua pelajar dikehendaki mengikut peraturan
sekolah.
82. INGAT Dia tidak teringat hendak memulangkan buku
itu.
Walaupun telah tua, ingatannya masih kuat.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
9. 83. JABAT Setelah berjabat tangan, mereka berpeluk-
pelukan.
Bapa saya menjabat jawatan pengurus di
syarikat itu.
84. JADI Jika saya besar, saya hendak menjadi inspektor
polis.
Setelah lukisannya jadi, dia pun bermain bola.
85. JAGA Polis itu sedang menjaga bank itu.
Setiap orang hendaklah menjaga kesihatan
dirinya.
86. JALAN Setiap pagi, dia berjalan ke sekolah.
Jalan ke kampung itu lekak-lekuk.
87. JALIN Kami menjalin persahabatan melalui internet.
Jalinan cerita itu amat menyeronokkan
pembacanya.
88. JAMU Wanita Indonesia itu pernah menjual jamu.
Dia mengundang saya ke rumahnya kerana
hendak menjamu saya.
89. JANGKA Saya menjangka bahawa dia akan datang pada
pukul dua nanti.
Jangka masa yang diberikan kepada saya amat
singkat.
90. JANJI Jika sudah sampai janjinya, dia akan pulang ke
rahmatullah juga.
Dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.
91. JATUH Orang itu muflis kerana harga saham yang
dimilikinya jatuh.
Budak yang jatuh di tengah padang itu, adik
saya.
92. JAUH Rumahnya tidak berapa jauh dari sekolah.
Walaupun adik beradik, adiknya jauh lebih
pandai daripada abangnya.
93. JEBAK Pemburu itu menembak harimau yang masuk
ke dalam jebaknya.
Janganlah sekali-kali kamu terjebak dengan
pengaruh penagih-penagih itu.
94. JEJAK Wanita tua itu ternampak jejak harimau di tepi
pantai Pulau Ubin.
Saya hendak mengikut jejak abang saya
menjadi seorang peguam.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
10. 95. JELANG Dia jarang menjelang jirannya kerana terlalu
sibuk.
Menjelang tengah malam, barulah kami masuk
ke kamar tidur.
96. JELAS Fuad telah menjelaskan hutangnya kepada
Gani.
Jika tidak faham, cikgu akan menjelaskannya
sekali lagi.
97. JUNJUNG Peniaga India itu sedang menjunjung bakul
besar yang berisi kacang goreng.
‘Junjunglah bahasa kita agar tidak lenyap
ditelan zaman,” kata bahasawan itu.
98. KACAU Pak cik saya sedang mengacau dodol..
Budak yang mengacau adik saya tadi telah
dimarahi bapanya.
99. KAKU Mayat yang terbujur kaku itu sedang dikawal
oleh polis.
Lukisan itu tidak laku kerana kaku dan warna
kurang menarik.
100. KALAH Pasukan Abadi kalah dalampertandingan itu.
Di segi pendidikan, wanita Melayu tidak kalah
dengan Wanita bangsa Asia.
101. KANAN Di sebelah kanan jalan raya itu ditanam dengan
pokok mangga.
Guru kanan sekolah itu akan bersara pada
bulan hadapan.
102. KARAM Bahtera yang karam dua ratus tahun dahulu
telah ditimbulkan.
Kampung itu karam oleh air hujan dan air
sungai itu.
103. KARANG Dia memasukkan batu karang itu ke dalam
akuarium.
Penulis itu hendak mengarang sebuah novel
sejarah.
104. KASAR Dia ke kedai runcit itu kerana hendak membeli
garam kasar.
Kami tidak berkawan dengannya kerana
perbuatannya amat kasar.
105. KAWAT Askar-askar itu sedang berkawat di tengah
panas itu.
“Jangan pegang kawat yang hidup itu!” kata
Cikgu.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
11. 106. KAYA Walaupun kaya, perangainya tidak angkuh.
Buah-buahan itu kaya dengan vitamin C.
107. KECIL Walaupun rumahnya kecil, dia berasa selesa.
Mesyuarat itu membincangkan perkara-perkara
yang kecil sahaja.
108. KECUT Jika awak kecut janganlah bercampur dengan
kami.
Limau kasturi di atas meja itu sedah kecut.
109. KEJAM Pemuda yang kejam terhadap binatang itu
ditahan polis.
Dikejamkan matanya apabila angin yang
menerbangkan debu-debu itu bertiup ke
arahnya.
110. KEJUT Dia terkejut setelah mendengar berita yang
menggemparkan itu.
Dia terkejut dari tidurnya pada jam tiga pagi.
111. KELAM Apabila hari mulai kelam, ayam-ayam pun
masuk ke dalam reban.
Orang tua itu menyuruh saya membaca surat
itu kerana matanya telah mulai kelam.
112. KELAR Kelar di pipinya akibat dicekau oleh anita itu.
Rotan yang panjang itu telah dikelar oleh ayah.
113. KELAS Cikgu masuk ke dalam kelas lalu memanggil
ketua murid.
Dia membayar tambang tiket kelas dua ketika
menaiki keretapi itu.
114. KELUAR Sejak keluar dari penjara, kami tidak pernah
melihatnya.
Buku mengenai ilmu falak itu akan keluar pada
bulan hadapan.
115. KEMAS Gadis yang datang ke rumah Aznah itu
berpakaian kemas.
Ikatan tali itu sungguh kemas hingga skar
hendak dihuraikan.
116. KEMBALI Setelah majlis syarahan itu selesai, dia segera
kembali ke rumahnya.
Setelah berpisah selama lima tahun, kami
bertemu kembali di Pawagam Lido.
117. KEMBANG Kemajuan Singapura akan terus berkembang
jika rakyatnya terus rajin.
Kembang itu layu kerana tidak disiram air.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
12. 118. KENAN Sultan Syahrul Haikal berkenan setelah
mendengar nyanyian gadis itu.
Mereka percaya akan kecacatan budak itu
akibat ibunya terkenan semasa hamil.
119. KENDUR Ayah menarik dawai ampaian itu kerana telah
terlalu kendur.
Kulit wanita tua itu kendur kerana usianya
semakin meningkat.
Peraturan itu telah dikendurkan kerana orang
ramai telah sedar.
120. KEPALA Kepala jejaka itu cedera akibat sampah maut
yang dicampak dari flat itu.
Kepala samseng yang ganas itu telah mati
tertembak.
Nasihat baik orang tua itu akhirnya masuk ke
dalam kepalanya.
121. KERAS Batu yang keras itu boleh lekuk kerana titisan
air.
Kejayaannya dalam bidang komputer itu
berkat kerja kerasnya.
Akibat pemeriksaan imigresen yang terlalu
keras itu, ramai penduduk Singapura tidak
mahu ke Malaysia lagi.
122. KERING Akibat musim kemarau yang berpanjangan,
kolam air itu kering.
Dia mengesat peluh di wajahnya dengan kain
yang kering itu.
Wangnya kering kerana harga semua
sahamnya jatuh serta-merta.
123. KESAN Jejak langkah kumpulan penjahat itu telah
dikesan oleh pihak polis.
Hukuman itu tidak meninggalkan kesan
kepada penagih-penangih dadah itu.
Saya terkesan akan kata-katanya yang celopah
itu.
124. KESAT Peluh dan keringat di wajahnya dikesat dengan
sehelai sapu tangan.
Kata-kata yang kesat boleh menyinggung
perasaan seseorang.
Dia sedang mengecat tembok yang kesat itu.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
13. 125. KETAT Seluar yang dipakai oleh pemuda itu sangat
ketat.
Peraturan sekolahnya semakin ketat kerana
para pelajar semakin tidak berdisiplin.
pameran barang-barang perhiasan purba itu
dikawal dengan ketat.
126. KILAT Kilat yang memancar dengan terang itu
menandakan hujan akan turun.
But askar muda itu sangat berkilat.
Keputusan kilat pilihan raya itu akan disiarkan
secara langsung.
127. KIRA Sekiranya dia datang, sambutlah dia dengan
mesra.
Wang simpanannya itu dikira dengan teliti.
Saya kira, dia akan membalas dendam kerana
kematian abang kandungnya itu.
128. KORBAN Daging korban itu dibahagi-bahagikan kepada
fakir miskin.
Dalam pertempuran itu, leftenan Adnan telah
terkorban.
Saya sanggup berkorban nyawa, demi bangsa
dan nusa.
129. KOSONG Dalam sejuta ada enam angka kosong.
Dia berasa kekosongan setelah kematian
isterinya.
Beliau menjadi pengurus setelah jawatan itu
dikosongkan oleh abangnya.
130. KOTOR Kakak saya memungut pakaian kotor itu
kerana hendak dicucinya.
Alangkah aibnya saya setelah mendengar kata-
kata awak yang kotor itu.
Nama baik keluarganya dikotori dengan
perbuatannya yang serakah itu.
131. KUAT Badang yang kuat itu hendak menentang
panglima dari Benua Keling.
Walaupun sudah tua, tubuhnya masih kuat
lagi.
Perabot-perabot antik di rumahnya itu masih
kuat lagi.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
14. 132. KURANG Setelah dihitungnya, wangnya masih kurang
lagi untuk membeli buku tebal itu.
Negara-negara yang kurang maju dibantu oleh
Bank Dunia.
Walaupun serba kekurangan, dia tidak pernah
berputus asa.
133. KUSUT Fikirannya kusut kerana tidak dapat
menyelesaikan masalah itu.
Dia hendak menyikat rambutnya yang kusut
itu.
134. LAGI Selagi dia tidak mahu memohon maaf, saya
tidak akan menyapanya.
Dia lagi yang didenda oleh pengetua.
Kalau demikian, mati lagi baik daripada hidup.
135. LAHIR Kakak hendak melahirkan anak sulungnya di
Hospital Kandang Kerbau.
Dia melahirkan rasa marahnya di hadapan
Datuk Penghulu.
Pada lahirnya dia bengis tetapi sebenarnya dia
berhati mulia.
136. LAIN Dia tidak mahu membaca buku lain.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, kami
hidup harmoni.
Semua murid turut berdarmawisata melainkan
Ruslan.
137. LAKU Ibunya terkejut kerana kelakuannya telah
berubah.
Keluarganya menyingkirkan Ali setelah dia
melakukan perbuatan terkutuk itu.
Setelah semua jualannya laku dia pun pulang
ke rumah.
138. LALU Ketika cikgu lalu di hadapan kami, kami
berdiam diri.
Pada minggu lalu, kami menonton drama
pentas yang bertajuk `Salina’.
Kami ttidak berkawan dengannya kerana dia
terlalu sombong.
139. LAMBAT Dia lambat ke sekolah kerana sakit perut.
Dia berjalan lambat kerana kakinya sakit.
Bunga ini lambat kembangnya tetapi cepat
layu.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
15. 140. LAMPAU Pada zaman lampau, orang Melayu lebih
bergotong-royong.
Perbuatannya yang melampaui batas itu telah
memalukan keluarganya.
141. LANCAR Bacaannya lancar dan jelas.
Amerika telah melancarkan sebuah kapal
angkasa ke marikh.
Negara Iraq telah melancarkan peperangan ke
atas Kuwait.
142. LANGGAR Dua buah kereta berlanggar di jalan itu.
Dia dihukum kerana melanggar undang-
undang.
Cina dijangka akan melanggar Taiwan.
143. LANGKAH Dia bergerak dua langkah ke belakang.
Langkah pemuda itu menyelamatkan budak itu
sangat dialu-alukan.
144. LANGSUNG Perlawanan bola sepak itu akan ditayangkan
secara langsung.
Mereka akan melangsungkan perkahwinan
pada bulan hadapan.
Perjumpaan Hari Raya akan berlangsung di
Dewan Serbaguna Kelab Masyarakat itu.
145. LANJUT Walaupun usinya sudah lanjut, beliau masih
bekerja.
Cikgu menjelaskan perkara itu dengan lanjut
agar murid-muridnya tidak keliru.
Abang saya hendak melanjutkan pelajarannya
ke Universiti Nasional Singapura.
146. LAPANG Jika anda mempunyai waktu lapang, datanglah
ke rumah saya.
Walaupun biliknya tidak selapang bilik
ayahnya, dia berasa selesa.
Dia hendak melanjutkan pelajaranya dalam
lapangan ekonomi.
147. LARUT Gula larut dengan cepat dalam minuman itu.
Ayah pulang ke rumah larut malam kerana
mencari rezeki.
148. LAWAN Dalam perlawanan itu, Mike Tyson kalah
dengan kiraan mata.
Perbuatan kamu itu berlawanan dengan ajaran
Islam dan Budaya Melayu.
Janganlah kamu melawan ibu bapa kamu.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
16. 149. LEBIH Ilmu lebih berharga daripada segunung harta.
Wang lebih daripada pembelian itu telah
dimasukkan ke dalam bank.
Sudah lima tahun lebih, kami tidak
menemuinya lagi .
150. LEGAR Helikopter itu berlegar di angkasa sebelum
melepaskan tembakan.
Cerita itu berlegar tentang dunia remaja.
Mereka melegari Kaabah sebelum pulang ke
hotel.
151. LEPAS Burung di dalam sangkar itu telah terlepas.
Pada hari Ahad lepas, saya dan Tini menonton
wayang.
Selepas menghabiskan tugasan, dia menonton
televisyen.
152. LEWAT Ketika aku lewat di hadapan rumahnya, Pak
Abu sedang menyiram pokok.
Kalau dia lewat lagi, guru disiplin akan
mendendanya.
Kalau tindakannya melewati batas, saya akan
membuat aduan kepada polis.
153. LIAR Di dalam hutan itu terdapat beberapa ekor
binatang liar.
Saya tidak gentar dengan tuduhan liar yang
dilemparkannya kepada saya.
Pemuda-pemuda itu berkeliaran di Pusat
Membeli-belah itu.
154. LICIN Semua wang dan hartanya licin kerana sifatnya
yang suka berjudi.
Projek itu berjalan dengan licin walaupun
kekurangan biaya.
Kulit muka seniwati filem itu putih dan licin
155. LINDUNG Penjahat berlindung di rumah bapanya.
Apabila hujan turun lebat, kami berlindung di
bawah pokok itu.
Undang-undang dicipta untuk melindungi
keselamatan orang ramai.
156. LINTAS Ali membantu orang buta itu melintas jalan.
Apabila kejadian itu terlintas di kepalanya, dia
berduka.
Setiap pagi, dia akan melintas di hadapan
rumah saya.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
17. 157. LONGGAR Sepatu yang dibelinya longgar sedikit.
Semenjak pertengkaran itu, persahabatannya
longgar sedikit.
Pemerintah telah melonggarkan sedikit
peraturan itu.
158. LUANG Kalau ada peluang, saya hendak menyertai
peraduan itu.
Setiap waktu terluang, mereka akan bertemu
dan berbual-bual.
Sahlan meluangkan masanya untuk bertemu
dengan neneknya sekali seminggu.
159. LUAS Bilik yang luas itu menjadi sempit kerana
terlalu banyak perabot.
Dia mempunyai pengetahuan yang luas dalam
bidang komputer.
Bahasa Melayu semakin luas penggunaannya.
160. LUCUT Dia segera melucutkan pakaiannya lalu terjun
ke dalam laut.
Polis segera melucutkan senjata penjahat yang
baru ditangkapnya itu.
Pengurus telah melucutkan jawatan kerani itu
kerana tidak amanah.
161. LULUS Syakir lulus dengan markah cemerlang.
Nenek terkial-kial memasukkan benang ke
jarum itu sehingga lulus.
162. LULUS Azman lulus peperiksaannya dengan markah
yang cemerlang,
Permintaannya untuk bercuti selama sebulan
telah diluluskan oleh majikannya.
Walaupun penjara itu dikawal rapi, banduan
itu dapat meluluskan dirinya.
163. MADU Minuman itu dicampur dengan madu.
Wanita yang bersanggul itu madu kepada Puan
Rohani.
164. MAIN Para pemain yang kurang disiplin akan
digugurkan.
Walaupun kecil, dia sukan mempermainkan
saya.
Mainan yang baru dibelinya itu berharga dua
ratuis dolar.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
18. 165. MAJU Dia maju ke tengah gelanggang lalu
menghunuskan kerisnya.
Negara yang maju hendaklah membantu
negara yang mundur.
Dia memajukan cadangannya secara bertulis.
166. MASAK Buah yang dipetiknya itu belum masak lagi.
Walaupun usianya masih muda, fikirannya
sudah masak.
Ibu masuk ke dapur kerana hendak memasak
gulai.
167. MATI Jam itu mati kerana kehabisan bateri.
Pemuda itu mati kerana dipanah petir.
168. NAIK Dia menaiki tangga hingga ke rumahnya di
tingkat dua puluh dua.
Setelah telur yang dipukulnya naik, dia pun
memasukkannya ke dalam acuan.
Walaupun harga emas naik, masih ramai orang
membelinya.
169. PARAS Putera raja itu terpegun melihat paras tuan
puteri yang jelita itu.
Dalamnya kolam itu separas dada saya.
170. PEDAS Saya tidak berkecil hati walaupun kekatanya
pedas.
Rojak yang dibuat oleh kakak saya itu sangat
pedas.
171. PULANG Datuk saya telah berpulang ketika usianya
lapan puluh tahun.
Ayah saya pulang ke rumah pada pukul enam
petang.
172. PUSAT Pusat bayi itu dibubuh ubat kerana luka.
Pusat tahanan kanak-kanak akan dibina di
Tampines.
173. SAPU Kakak saya menyapu rumah dua kali sehari.
Buyung menyapu ubat salap itu dahinya.
174. SEDANG Walaupun tidak sedang, dia memakai baju itu.
Pencuri itu sedang memecah-masuk ke rumah
orang kaya itu.
175. SEDAR Setelah sedar dari tidurnya, dia segera ke bilik
air.
Walaupun telah dipenjara beberapa kali,
pemuda itu belum sedar lagi.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
19. 176. SEGAR Badan pemuda itu bertambah segar setelah
mandi di air terjun itu.
Ikan-ikan yang dijual di pasar itu segar belaka.
177. SERANG Ayah saya pernah menjadi serang di kapal
perang itu.
Askar-askar kita menyerang musuh yang
berhimpun di sempadan.
178. SERI Keputusan perlawanan bola sepak malam itu
seri.
Wajahnya berseri setelah keputusan
peperiksaan diumumkan.
179. TAJAM Bapa mengasah pisau itu sehingga tajam.
Walaupun sudah tua, fikirannya masih tajam.
180. TIMBANG Gula itu telah ditimbang oleh pekedai itu.
Permohonan abang saya hendak bekerja di
pejabat itu sedang ditimbang.
181. TIMBUL Kapal yang karang itu telah ditimbulkan.
Bengkak yang timbul di bahagian matanya
akibat memakan ubat itu.
Pergaduhan kerap timbul apabila tiada tolak
ansur.
182. TINGGAL Akibat berkecil hati, kampung halaman
sanggup ditinggalkannya.
Duit simpanan orang tua itu hanya tinggal
seribu dua sahaja.
Bangsa yang tidak mahu mengubah nasibnya
akan tertinggal ke belakang.
183. TINGGI Bangunan yang tinggi itu runtuh akibat gempa
bumi.
Walaupun harga emas tinggi, ramai orang
masih membelinya.
Kami tidak berkawan dengannya kerana
cakapnya sentiasa tinggi.
184. TIPIS Buku yang tipis itu mengandungi pengajaran
dan pengetahuan yang tinggi.
Harapan pasukan Singapura memasuki
pertandingan bola sepak Sedunia amat tipis.
185. TOLAK Penjaja cacat itu menolak kereta sorongnya ke
pusat makanan.
Pendapatnya yang dangkal itu telah ditolak
oleh jawatankuasa.
Mereka bertolak ke Malaysia pada malam ini.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
20. 186. TUA Orang tua di kampung itu berusia seratus tiga
puluh tahun.
Jangan kamu petik buah itu kerana belum
cukup tua.
Ketua kampung itu dilantik kerana sikapnya
yang adil dan bertimbang rasa.
187. TUBUH Tubuh pemuda itu cedera kerana tertikam
benda tajam itu.
Pertubuhan itu akan menganjurkan seminar
bahasa.
188. TUJU Dia dan kawannya menuju ke kaki bukit itu.
Semua anggota bersetuju dengan
perlantikannya sebagai pengerusi.
189. TUKAR Abang saya tidak suka bertukar kerja.
Kakak saya menukar pakaian di kamarnya.
190. TUMBANG Pokok itu tumbang dalam kejadian ribut itu.
Rasuah dan kurang cekap telah
menumbangkan pemerintah.
Petinju itu tumbang dalam pusiangan kelima.
191. TUMPAH Minuman yang ditatangnya tumpah.
Wanita itu menumpahkan kasih sayangnya
kepada anak-anaknya.
192. TUMPANG Dia menumpang di rumah kakaknya.
Penumpang itu terjatuh dari bas.
Saya menumpang gembira kerana
kejayaannya.
193. TUMPUL Ayah saya sedang mengasah pisau yang
tumpul itu.
Otaknya tumpul kerana kurang membaca,
194. TUNAI Wang tunai di sakunya dicopet orang.
Abang hendak menunaikan umrah pada
minggu hadapan.
195. TUNDUK Dia menundukkan kepala ketika dimarahi
ayahnya.
Dia tunduk akan perintah ketuanya.
196. TUNGGU Dia menunggu adiknya pulang dari tadika.
Mereka percaya akan rumah yang
berpenunggu itu.
197. TUNTUT Penuntut lelaki itu dikenakan tindakan displin
kerana amat nakal.
Dia menuntut hutangnnya.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
21. 198. TURUN Setelah mendengar siren, mereka segera turun.
Harga saham turun akibat pergaduhan itu.
199. TURUT Semua nasihat ibunya telah diturutinya.
Menurut Ali, “Hutangnya telah langsai.”
Dia hendak menurut ibunya ke pasar.
200. TUTUP Kedai itu ditutup kerana cuti hari Buruh.
Penyertaan peraduan itu akan ditutup pada hari
esok.
Dia sanggup mati kerana hendak menutup
rahsia negaranya.
DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009