SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 37
BAB 8
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
8.1 PENGENALAN
• Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang
yang tertinggi untuk menentukan bagaimana
pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan.
• Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan
memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh
pelbagai anggota negara itu.
• Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai
perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan,
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan,
peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman,
perkhidmatan awam dan lain-lain - yang mencorakkan
sistem pemerintahan di Malaysia.
• Perlembagaan Malaysia diasaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu yang telah
digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang
diketuai oleh Lord Reid.
• Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dalam bulan Jun
1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan
menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini
kemudiannya dibahaskan oleh parti politik utama
negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan
dalam bulan Jun tahun yang sama. Perlembagaan
Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
apabila Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan
Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri-negeri
Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka.
8.2 PERKEMBANGAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN
• Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan
atau boleh dipinda dari semasa ke semasa.Pindaan
dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat
telah berubah dan keputusan mahkamah.
• Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu telah
mengalami beberapa perubahan dan pindaan. Namun,
masih kekal dengan sifat dalam lingkungan rangka
perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu.
– Contoh, apabila Persekutuan Tanah Melayu bertukar
menjadi Malaysia dan tragedi berdarah 13 Mei 1969,
berkaitan soal hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan
Perlembagaan.
• Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan sewengang-wenangnya tanpa
kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di
kalangan orang bukan Melayu misalnya, telah dengan
lantangnya mempersoalkan kedudukan raja-raja, hak
keistimewaan orang Melayu dan bahasa Kebangsaan.
Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei
1969 itu, Parlimen pada tahun 1967 telah meluluskan
akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia
mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan
berpersatuan. Terdapat empat perkara yang dilarang
bagi perbincangan umum, iaitu perkara-perkara yang
dianggap sensitif, seperti soal kewarganegaraan,
kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa
Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
• Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara, iaitu
(i) Dengan mendapat sokongan majoriti biasa.
(ii) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa dalam
bacaan kedua dan ketiga dikedua-dua majlis dewan.
(iii) Mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan
ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta persetujuan Majlis
Raja-raja.
(iv) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa
bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta
mendapat persetujuan Yang Dipertuan negeri Sabah atau
Sarawak (iaitu bagi pindaan berkaitan dengan negeri-negeri
tersebut.) (lihat perbincangan dalam Bab 7, federalisme di
Malaysia, Shaikh Mohd Noor Alam Bin S.M.,Hussain, KL: DBP,
1988).
8.3 TUJUAN PERLEMBAGAAN
1. Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara
Dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat
berpegang kepada satu undang-undang yang
diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan
kewujudan sebuah negara yang berdaulat.
2. Sebagai Rujukan
Dengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang
tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara
satu sama lain.
3. Mewujudkan Kestabilan Negara
Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia
tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ia mestilah
berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan
dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin
(penggubal), pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan
mengabaikan kemahuan rakyat.
4. Mengawal Perjalanan Kerajaan
Tindak-tanduk pemimpin mestilah berdasarkan kepada
perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut
sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan
sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada
perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar
pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa
yang diperuntukkan kepada mereka.
5. Mengekalkan Keamanan
Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku
selepas proses pilihan raya tidak akan
menyebabkan sebarang kesan ke atas negara
mahupun corak pemerintahan. Walaupun
terdapat pertukaran pemimpin, tujuan
pemerintahan tidak akan terkeluar daripada
maksud berusaha memenuhi kehendak dan
aspirasi rakyat.
6.Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah
Negara
Dengan adanya perlembagaan, rakyat mendapat
jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada
unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka.
Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas
dalam perlembagaan antara rakyat dengan
pemerintah serta badan perundangan telah
memisahkan antara satu sama lain daripada
melakukan penindasan dan salah guna kuasa.
Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi
undang-undang, sebaliknya semua orang harus
menghormati dan mematuhi perlembagaan
negara.
8.4 JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN
Perlembagaan terdiri daripada beberapa jenis
1. Perlembagaan Panjang dan Pendek
Perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara dengan
negara lain tidak sama. Panjang atau pendek sebuah perlembagaan
itu bergantung kepada berapa banyak perkara yang terkandung di
dalam perlembagaan tersebut.
Contoh Perlembagaan India sangat panjang, manakala
Perlembagaan negara Amerika Syarikat adalah pendek di mana
terdapat hanya tujuh perkara sahaja. Sementara di Malaysia pula
perlembagaannya sederhana panjang, mengandungi 183 perkara.
2
2. Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis
Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terdapat dalam bentuk
dokumen yang nyata, seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan
tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-akta
yang lain tetapi tidak dikodkan. Perlembagaan jenis ini terdapat di United
Kingdom.
Dalam amalannya perlembagaan tidak bertulis menjadikan parlimen
mempunyai kuasa yang sangat tinggi sebagaimana yang wujud di United
Kingdom. Sementara di Malaysia yang mengamalkan perlembagaan
bertulis, kedudukan parlimen tertakluk kepada perlembagaan kerana dari
segi statusnya perlembagaan adalah yang tertinggi.
3. Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden
Dalam sistem perlembagaan berparlimen ia mempunyai hubungan antara
institusi perundangan dan institusi pemerintahan yang begitu rapat sekali.
Dalam sistem perlembagaan berpresiden, pengasingan kuasa agak jelas
seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina.
4. Perlembagaan Ketat (rigid) dan Perlembagaan Longgar (flexible)
Ketat (rigid) atau longgar (flexible) sesuatu perlembagaan dilihat
kepada keadaan bagaimana perlembagaan itu boleh dipinda.
Perlembagaan itu dianggap sebagai ketat sekiranya sukar dipinda
kerana memerlukan majoriti sokongan yang sangat tinggi.
Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar sekiranya ia boleh
dipinda dengan hanya memerlukan majoriti kecil sahaja. (simple
majoriti).
5. Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu
Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahannya dibuat
dengan cara pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan jelasnya
membahagikan kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan
negeri. Umpamanya di Malaysia, kuasa itu diperuntukkan melalui
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Lazimnya kuasa kepada persekutuan lebih banyak berbanding
dengan kuasa yang dimiliki oleh negeri.
8.5 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
Lazimnya semua perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi
konsep dan dasar pelaksanaannya. Antara lain ciri-ciri tersebut adalah
seperti berikut:
1. Kekal
Kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan
umum ataupun tatacara yang lazim. Ianya membolehkan rakyat
mengetahui hak-hak mereka, menggunakan hak-hak tersebut, dan
membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
2. Unsur-Unsur Tanggungjawab
Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala permintaan
adalah sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat
adalah berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak
menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.
3. Pilihan Raya
Melalui pilihan raya rakyat boleh memilih wakil mereka dalam dewan
parlimen. Pemilihan ini menggambarkan kuasa sebenar pemerintahan
terletak di tangan rakyat.
4. Pembahagian Kuasa
Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul
pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa.
Kerajaan memainkan dua peranan penting, iaitu sebagai pemerintah dan
pembuat undang-undang. Badan kehakiman pula menjadi badan yang
melaksanakan undang-undang yang digubal di parlimen.
5. Terbuka
Perkara-perkara yang tidak dianggap sulit mestilah diumumkan agar
rakyat tahu dan menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala
perbincangan yang dijalankan di parlimen akan disebarkan kepada umum
melalui media massa seperti belanjawan tahunan negara dan pembuatan
dasar baru.
8.6 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Terdapat beberapa ciri perlembagaan, iaitu
(i) Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang
dikanunkan dalam sebuah buku. Hal/keadaan ini berlainan daripada
perlembagaan United Kingdom yang mengamalkan perlembagaan
tidak bertulis.
(ii) Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual.
Perkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah
atau warga negara secara kasar. Manakala Jadual pula berfungsi
menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu.
(iii)Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan
demokrasi berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai
Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.
(iv)Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan
yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang
diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa
beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui
oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat
sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
(v) Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan
tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah
undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal
dengan sendirinya.
(vi)Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa
sebagaimana doktrin itu diamalkan di England. Pembahagian itu
dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan dalam
sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undang-
undang, pemerintah dan kuasa kehakiman.
(vii)Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan dan
mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri,
perlembagaan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa
perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara
kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang
dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai
Bersama.
(viii)Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan asasi.
Bahagian-bahagian dalam perlembagaan Malaysia
mengenai kebebasan asasi individu adalah bahagian yang
mustahak dalam perlembagaan Malaysia bertujuan
menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari
segi undang-undang. Peruntukan ini merupakan salah satu
ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata
mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada
setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.
8.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
• Bahagian 1 - Negeri-negeri, Ugama dan Undang-undang bagi
Persekutuan
• Bahagian 2 - Kebebasan Asasi
• Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bab 1 - Perolehan Kewarganegaraan
Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan
Bab 3 - Tambahan
• Bahagian 4 - Persekutuan
Bab 1 - Kepala Utama Negara
Bab 2 - Majlis raja-raja
Bab 3 - Pemerintah
Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan
Bab 5 - Acara Perundangan
Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan guaman
• Bahagian 5 - Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-
negeri
Bab 1 - Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintahan
Bab 3 - Pembahagian beban kewangan
Bab 4 - Tanah
Bab 5 - Pembangunan negara
Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada
negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai
kegiatan-kegiatan Negeri
Bab 7 - Masjlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
• Bahagian 7
Bab 1 - Am
Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
• Bahagian 8 - Pilihan raya
• Bahagian 9 - Penghakiman
• Bahagian 10 - Perkhidmatan Awam
• Bahagian 11 - Kuasa-kuasa Khas Menentang
Perbuatan Subversif, dan Kuasa-
kuasa Darurat
• Bahagian 12 - Am dan Pelbagai
• Bahagian 12A - Perlindungan Tambahan Bagi
Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
• Bahagian 13 - Peruntukan Sementara dan
Peralihan
• Bahagian 14 - Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-
raja, dan sebagainya.
8.8 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
• Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu
proses sejarah yang panjang.
• Merupakan adunan unsur-unsur yang terdapat dalam
sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah
Inggeris.
• Kesan peninggalan Inggeris di Tanah Melayu, antaranya
ialah perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan
Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke
dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen,
dan kewarganegaraan – unsur moden
• Institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama
Islam dikekalkan - “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-
British.
Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan
Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara;
1. Pemerintahan Beraja
• Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan
dan pentadbiran pada waktu itu berpusat kepada raja dan istana.
Kerajaan itu dari perkataan raja bagai pusat atau fokus segala sumber
rujukan dan kuasa yang membolehkan mereka memerintah secara
mutlak.
• Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan
dalam hal ehwal negeri Melayu dan penasihat Inggeris akan dilantik untuk
menasihati sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan dengan
adat istiadat Melayu dan agama Islam (lihat Maxwell & Gibson, 1924).
• Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol perpaduan
dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai daya
tarikan supaya orang Melayu tidak menentang Inggeris. Sebarang usaha
menentang Inggeris boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada sultan.
• Malayan Union ditentang kerana beberapa perkara
yang menyentuh kedudukan orang Melayu dan
kedaulatan kuasa raja Melayu, sebaliknya
menguntungkan orang bukan Melayu.
• Sultan sekarang kehilangan kuasa apabila Tanah
Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent sebagai
Gabenor pertama yang berpusat di Kuala Lumpur.
• Pemberian kerakyatan mengikut prinsip “jus soli”
atau mengikut tempat lahir telah menghapuskan hak
turun temurun orang Melayu sebagai penduduk asal
negara ini.
• Kerakyatan telah memberi orang bukan Melayu
mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.
Persamaan ini telah menambahkan kebimbangan orang
Melayu terhadap bukan Melayu apabila mereka
menguasai ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam
sektor getah dan bijih timah.
• Bantahan segenap lapisan orang Melayu telah berjaya
menggagalkan Malayan Union dan menggantikannya
dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan jawatan
gabenor kepada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris ke Tanah
Melayu.
• Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 telah
menetapkan Raja Perlembagaan. Yang Dipertuan Agong
(YDA) sebagai Ketua Utama negara memerintah atas
nasihat Perdana Menteri dan kabinet.
• Di peringkat negeri, Sultan dan Yam Tuan Besar Negeri
Sembilan memerintah dengan nasihat Menteri Besar dan
majlis mesyuarat negeri.
• YDA dan raja-raja Melayu kekal kebal dari segi undang-
undang dan sebarang perubahan yang hendak dibuat
terhadap kedudukan YDA dan Raja-raja Melayu mestilah
mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
2. Agama Islam
• Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu
didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan
mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta
bertutur dalam bahasa Melayu.
• Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam
sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting
agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana
sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu
yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada
Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama
baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai
ketua agama.
• Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi
apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada
tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa
Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama
Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima
nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.
• Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan
kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai
kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada
perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan
dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina
masjid, dan sekolah agama.
• Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain
bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya
kepada penganut agama Islam.
3. Bahasa Melayu
• Penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu adalah penting
kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu
tidak majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan
seperti sekarang.
• Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar penduduknya
orang Melayu. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan
penduduknya bahasa Melayu juga menjadi Lingua Franca
(perantaraan) kepada pedagang yang datang berniaga di
Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka.
• Semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi.
• 1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh
digunakan dalam mesyuarat tetapi tulisan (minit
mesyuarat) mestilah ditulis dalam bahasa
Inggeris.
• 1948, Persekutuan Tanah Melayu yang
menggantikan Malayan Union masih
mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris
sebagai bahasa rasmi.
• Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan wujud kembali apabila menyedari
masalah perpaduan yang wujud di Tanah Melayu.
• 1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh
penyata Razak supaya diterima pakai dalam
sistem pendidikan negara.
• 1957, kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur
antara kaum semasa mencapai kemerdekaan
telah menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara.
• 1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa
Melayu sebagai pengantar di sekolah-sekolah
4. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu
• Hak istimewa bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul
soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu
itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah
dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja,
maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul.
• Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat
jumlah pendatang semakin ramai. Tambahan pula dengan kejayaan
mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan
memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari
kaum pendatang.
• Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam
perlembagaan supaya pembelaan dan Bantuan dapat diberikan
kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah diberi
kuasa untuk pelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di
Semenanjung.
• Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada
tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam
hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan
dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke
institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan
mendapat lesen dan permit perniagaan.
Bagaimanapun YDA tidak boleh mengganggu atau
menarik balik apa-apa keistimewaan kaum lain untuk
diberi kepada peribumi.
8.9 PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
• Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan
negara unik kerana ia menggabung unsur lama dan baru.
• Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu
setanding dengan kaum lain. Orang melayu yang
ketinggalan dalam semua bidang jika dibanding dengan
kaum bukan Melayu.
• Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa orang
Melayu membolehkan kerajaan membantu orang Melayu
supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau
terpinggir di negara sendiri.
• Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka
yang hilang semasa penjajahan Inggeris.
• Orang Melayu dipinggirkan dari sektor ekonomi perdagangan
yang menguntungkan. Sebaliknya orang bukan Melayu telah
dibawa masuk sebagai tenaga kerja dalam sector tersebut.
• Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang
Melayu dan memberikan dasar ekonomi baru kepada
pendatang asing dalam tempoh yang lama.
• Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang
bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu sesuai sebagai
penduduk peribumi negara ini. Orang Melayu yang
menduduki negara ini sejak sekian lama memang telah sebati
dengan sistem pemerintahan beraja.
• Raja bagi orang Melayu adalah lambang tempat
menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.
Raja boleh berfungsi sebagai unsur penyatuan
kepada orang Melayu dan penduduk Malaysia yang
berbagai kaum supaya bersatu-padu dengan
memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi.
• Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam
perlembagaan Malaysia telah dipersetujui bersama
oleh komponen parti Perikatan semasa merangka
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
• UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang
diberikan kepada kaum buka Melayu, sebagai ganti
kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C untuk mengekalkan
unsur tradisi di dalam perlembagaan. Persetujuan dan
tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid
pro quo.
• Untuk memelihara keharmonian kaum di negara ini,
orang ramai dilarang mengungkit atau memperkatakan
perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan
1948 yang dipinda. Pindaan itu melarang
menggolongkan perkara yang telah dipersetujui semasa
mencapai kemerdekaan sebagai perkara sensitif

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2hauramawar
 
Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5Munirah Omar
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
pengajian malaysia
pengajian malaysiapengajian malaysia
pengajian malaysiadka1d
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1Russlan Ssvs
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanXiiao Irene
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaanNur Az
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Rathnaa Wayy
 
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Tesalonita Paul
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanKhai Khairy
 
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanHubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanMahyuddin Khalid
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysianorazian omar
 

La actualidad más candente (20)

Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2
 
Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
pengajian malaysia
pengajian malaysiapengajian malaysia
pengajian malaysia
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Perkara 153
Perkara 153Perkara 153
Perkara 153
 
Senarai persekutuan
Senarai persekutuanSenarai persekutuan
Senarai persekutuan
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanHubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
 
Pengasingan kuasa
Pengasingan kuasaPengasingan kuasa
Pengasingan kuasa
 
Bab3 Perlembagaan
Bab3 PerlembagaanBab3 Perlembagaan
Bab3 Perlembagaan
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUANSEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
 

Destacado

Creative factory production1
Creative factory production1Creative factory production1
Creative factory production1s1200196
 
Pepito vida power
Pepito vida powerPepito vida power
Pepito vida powerpepitoloro
 
Design of Dual Axis Solar Tracker System Based on Fuzzy Inference Systems
Design of Dual Axis Solar Tracker System Based on Fuzzy Inference Systems Design of Dual Axis Solar Tracker System Based on Fuzzy Inference Systems
Design of Dual Axis Solar Tracker System Based on Fuzzy Inference Systems ijscai
 
Rrs 280 final project
Rrs 280 final projectRrs 280 final project
Rrs 280 final projecttopmodellita
 
A Binary Bat Inspired Algorithm for the Classification of Breast Cancer Data
A Binary Bat Inspired Algorithm for the Classification of Breast Cancer Data A Binary Bat Inspired Algorithm for the Classification of Breast Cancer Data
A Binary Bat Inspired Algorithm for the Classification of Breast Cancer Data ijscai
 
Rrs 280 final project
Rrs 280 final projectRrs 280 final project
Rrs 280 final projecttopmodellita
 
Journalism animal pwerpont
Journalism animal pwerpontJournalism animal pwerpont
Journalism animal pwerpontHalle Bean
 
Evaluacion fetal y cambios maternos
Evaluacion fetal y cambios maternosEvaluacion fetal y cambios maternos
Evaluacion fetal y cambios maternosGaby Zertuche Garcia
 
Fatfish prospectus
Fatfish prospectusFatfish prospectus
Fatfish prospectusTerence Lee
 

Destacado (18)

Creative factory production1
Creative factory production1Creative factory production1
Creative factory production1
 
Pepito vida power
Pepito vida powerPepito vida power
Pepito vida power
 
Diagnostico de embarazo
Diagnostico de embarazoDiagnostico de embarazo
Diagnostico de embarazo
 
Design of Dual Axis Solar Tracker System Based on Fuzzy Inference Systems
Design of Dual Axis Solar Tracker System Based on Fuzzy Inference Systems Design of Dual Axis Solar Tracker System Based on Fuzzy Inference Systems
Design of Dual Axis Solar Tracker System Based on Fuzzy Inference Systems
 
Rrs 280 final project
Rrs 280 final projectRrs 280 final project
Rrs 280 final project
 
Parálisis del sueño
Parálisis del sueñoParálisis del sueño
Parálisis del sueño
 
Abdel latif ar
Abdel latif arAbdel latif ar
Abdel latif ar
 
Lee on Financial Transparency
Lee on Financial TransparencyLee on Financial Transparency
Lee on Financial Transparency
 
A Binary Bat Inspired Algorithm for the Classification of Breast Cancer Data
A Binary Bat Inspired Algorithm for the Classification of Breast Cancer Data A Binary Bat Inspired Algorithm for the Classification of Breast Cancer Data
A Binary Bat Inspired Algorithm for the Classification of Breast Cancer Data
 
Rrs 280 final project
Rrs 280 final projectRrs 280 final project
Rrs 280 final project
 
Rrs final
Rrs finalRrs final
Rrs final
 
Al-zawm, شفافية الموازنة
Al-zawm, شفافية الموازنةAl-zawm, شفافية الموازنة
Al-zawm, شفافية الموازنة
 
Gestacion
GestacionGestacion
Gestacion
 
Journalism animal pwerpont
Journalism animal pwerpontJournalism animal pwerpont
Journalism animal pwerpont
 
Evaluacion fetal y cambios maternos
Evaluacion fetal y cambios maternosEvaluacion fetal y cambios maternos
Evaluacion fetal y cambios maternos
 
Artes no.5
Artes no.5Artes no.5
Artes no.5
 
Fatfish prospectus
Fatfish prospectusFatfish prospectus
Fatfish prospectus
 
Luna de plutón
Luna de plutónLuna de plutón
Luna de plutón
 

Similar a 8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)

Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaharizaish96
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanjinixa
 
Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1nurelveana
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaAsraf Rahmat
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikMaizatul Akmal
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Zhang Ewe
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatCadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatMohd Muzlimi Junoh
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)JASONYAPMUNHONG
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014ciklaili. com
 

Similar a 8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1) (20)

Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukanSpm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
Spm sejarah-kertas-3-bahan-rujukan
 
Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajayaPpwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
 
TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatCadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 

8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)

  • 2. 8.1 PENGENALAN • Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. • Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu. • Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain - yang mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.
  • 3. • Perlembagaan Malaysia diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid. • Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dalam bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini kemudiannya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama. Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka.
  • 4. 8.2 PERKEMBANGAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN • Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan atau boleh dipinda dari semasa ke semasa.Pindaan dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat telah berubah dan keputusan mahkamah. • Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan pindaan. Namun, masih kekal dengan sifat dalam lingkungan rangka perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu. – Contoh, apabila Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia dan tragedi berdarah 13 Mei 1969, berkaitan soal hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan.
  • 5. • Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan sewengang-wenangnya tanpa kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di kalangan orang bukan Melayu misalnya, telah dengan lantangnya mempersoalkan kedudukan raja-raja, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Kebangsaan. Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu, Parlimen pada tahun 1967 telah meluluskan akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Terdapat empat perkara yang dilarang bagi perbincangan umum, iaitu perkara-perkara yang dianggap sensitif, seperti soal kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
  • 6. • Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara, iaitu (i) Dengan mendapat sokongan majoriti biasa. (ii) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa dalam bacaan kedua dan ketiga dikedua-dua majlis dewan. (iii) Mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta persetujuan Majlis Raja-raja. (iv) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta mendapat persetujuan Yang Dipertuan negeri Sabah atau Sarawak (iaitu bagi pindaan berkaitan dengan negeri-negeri tersebut.) (lihat perbincangan dalam Bab 7, federalisme di Malaysia, Shaikh Mohd Noor Alam Bin S.M.,Hussain, KL: DBP, 1988).
  • 7. 8.3 TUJUAN PERLEMBAGAAN 1. Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara Dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat. 2. Sebagai Rujukan Dengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain.
  • 8. 3. Mewujudkan Kestabilan Negara Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ia mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal), pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. 4. Mengawal Perjalanan Kerajaan Tindak-tanduk pemimpin mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.
  • 9. 5. Mengekalkan Keamanan Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar daripada maksud berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.
  • 10. 6.Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara Dengan adanya perlembagaan, rakyat mendapat jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara.
  • 11. 8.4 JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN Perlembagaan terdiri daripada beberapa jenis 1. Perlembagaan Panjang dan Pendek Perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara dengan negara lain tidak sama. Panjang atau pendek sebuah perlembagaan itu bergantung kepada berapa banyak perkara yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut. Contoh Perlembagaan India sangat panjang, manakala Perlembagaan negara Amerika Syarikat adalah pendek di mana terdapat hanya tujuh perkara sahaja. Sementara di Malaysia pula perlembagaannya sederhana panjang, mengandungi 183 perkara. 2
  • 12. 2. Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terdapat dalam bentuk dokumen yang nyata, seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-akta yang lain tetapi tidak dikodkan. Perlembagaan jenis ini terdapat di United Kingdom. Dalam amalannya perlembagaan tidak bertulis menjadikan parlimen mempunyai kuasa yang sangat tinggi sebagaimana yang wujud di United Kingdom. Sementara di Malaysia yang mengamalkan perlembagaan bertulis, kedudukan parlimen tertakluk kepada perlembagaan kerana dari segi statusnya perlembagaan adalah yang tertinggi. 3. Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden Dalam sistem perlembagaan berparlimen ia mempunyai hubungan antara institusi perundangan dan institusi pemerintahan yang begitu rapat sekali. Dalam sistem perlembagaan berpresiden, pengasingan kuasa agak jelas seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina.
  • 13. 4. Perlembagaan Ketat (rigid) dan Perlembagaan Longgar (flexible) Ketat (rigid) atau longgar (flexible) sesuatu perlembagaan dilihat kepada keadaan bagaimana perlembagaan itu boleh dipinda. Perlembagaan itu dianggap sebagai ketat sekiranya sukar dipinda kerana memerlukan majoriti sokongan yang sangat tinggi. Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar sekiranya ia boleh dipinda dengan hanya memerlukan majoriti kecil sahaja. (simple majoriti). 5. Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahannya dibuat dengan cara pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan jelasnya membahagikan kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri. Umpamanya di Malaysia, kuasa itu diperuntukkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Lazimnya kuasa kepada persekutuan lebih banyak berbanding dengan kuasa yang dimiliki oleh negeri.
  • 14. 8.5 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN Lazimnya semua perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi konsep dan dasar pelaksanaannya. Antara lain ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut: 1. Kekal Kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan umum ataupun tatacara yang lazim. Ianya membolehkan rakyat mengetahui hak-hak mereka, menggunakan hak-hak tersebut, dan membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara. 2. Unsur-Unsur Tanggungjawab Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala permintaan adalah sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat adalah berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.
  • 15. 3. Pilihan Raya Melalui pilihan raya rakyat boleh memilih wakil mereka dalam dewan parlimen. Pemilihan ini menggambarkan kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan rakyat. 4. Pembahagian Kuasa Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan penting, iaitu sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Badan kehakiman pula menjadi badan yang melaksanakan undang-undang yang digubal di parlimen. 5. Terbuka Perkara-perkara yang tidak dianggap sulit mestilah diumumkan agar rakyat tahu dan menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala perbincangan yang dijalankan di parlimen akan disebarkan kepada umum melalui media massa seperti belanjawan tahunan negara dan pembuatan dasar baru.
  • 16. 8.6 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA Terdapat beberapa ciri perlembagaan, iaitu (i) Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. Hal/keadaan ini berlainan daripada perlembagaan United Kingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis. (ii) Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual. Perkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah atau warga negara secara kasar. Manakala Jadual pula berfungsi menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu. (iii)Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.
  • 17. (iv)Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. (v) Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya. (vi)Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin itu diamalkan di England. Pembahagian itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan dalam sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undang- undang, pemerintah dan kuasa kehakiman.
  • 18. (vii)Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri, perlembagaan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. (viii)Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan asasi. Bahagian-bahagian dalam perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan asasi individu adalah bahagian yang mustahak dalam perlembagaan Malaysia bertujuan menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang. Peruntukan ini merupakan salah satu ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.
  • 19. 8.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA • Bahagian 1 - Negeri-negeri, Ugama dan Undang-undang bagi Persekutuan • Bahagian 2 - Kebebasan Asasi • Bahagian 3 - Kewarganegaraan Bab 1 - Perolehan Kewarganegaraan Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan Bab 3 - Tambahan • Bahagian 4 - Persekutuan Bab 1 - Kepala Utama Negara Bab 2 - Majlis raja-raja Bab 3 - Pemerintah Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan Bab 5 - Acara Perundangan Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan guaman
  • 20. • Bahagian 5 - Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri- negeri Bab 1 - Pembahagian kuasa-kuasa perundangan Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintahan Bab 3 - Pembahagian beban kewangan Bab 4 - Tanah Bab 5 - Pembangunan negara Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan-kegiatan Negeri Bab 7 - Masjlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak • Bahagian 7 Bab 1 - Am Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
  • 21. • Bahagian 8 - Pilihan raya • Bahagian 9 - Penghakiman • Bahagian 10 - Perkhidmatan Awam • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, dan Kuasa- kuasa Darurat • Bahagian 12 - Am dan Pelbagai • Bahagian 12A - Perlindungan Tambahan Bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak • Bahagian 13 - Peruntukan Sementara dan Peralihan • Bahagian 14 - Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja- raja, dan sebagainya.
  • 22. 8.8 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN • Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang. • Merupakan adunan unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah Inggeris. • Kesan peninggalan Inggeris di Tanah Melayu, antaranya ialah perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan – unsur moden • Institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan - “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra- British.
  • 23. Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara; 1. Pemerintahan Beraja • Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan dan pentadbiran pada waktu itu berpusat kepada raja dan istana. Kerajaan itu dari perkataan raja bagai pusat atau fokus segala sumber rujukan dan kuasa yang membolehkan mereka memerintah secara mutlak. • Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu dan penasihat Inggeris akan dilantik untuk menasihati sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam (lihat Maxwell & Gibson, 1924). • Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol perpaduan dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai daya tarikan supaya orang Melayu tidak menentang Inggeris. Sebarang usaha menentang Inggeris boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada sultan.
  • 24. • Malayan Union ditentang kerana beberapa perkara yang menyentuh kedudukan orang Melayu dan kedaulatan kuasa raja Melayu, sebaliknya menguntungkan orang bukan Melayu. • Sultan sekarang kehilangan kuasa apabila Tanah Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama yang berpusat di Kuala Lumpur. • Pemberian kerakyatan mengikut prinsip “jus soli” atau mengikut tempat lahir telah menghapuskan hak turun temurun orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.
  • 25. • Kerakyatan telah memberi orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Persamaan ini telah menambahkan kebimbangan orang Melayu terhadap bukan Melayu apabila mereka menguasai ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam sektor getah dan bijih timah. • Bantahan segenap lapisan orang Melayu telah berjaya menggagalkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan jawatan gabenor kepada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris ke Tanah Melayu.
  • 26. • Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 telah menetapkan Raja Perlembagaan. Yang Dipertuan Agong (YDA) sebagai Ketua Utama negara memerintah atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet. • Di peringkat negeri, Sultan dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan memerintah dengan nasihat Menteri Besar dan majlis mesyuarat negeri. • YDA dan raja-raja Melayu kekal kebal dari segi undang- undang dan sebarang perubahan yang hendak dibuat terhadap kedudukan YDA dan Raja-raja Melayu mestilah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
  • 27. 2. Agama Islam • Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu. • Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai ketua agama.
  • 28. • Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris. • Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina masjid, dan sekolah agama. • Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam.
  • 29. 3. Bahasa Melayu • Penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu adalah penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu tidak majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan seperti sekarang. • Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar penduduknya orang Melayu. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan penduduknya bahasa Melayu juga menjadi Lingua Franca (perantaraan) kepada pedagang yang datang berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. • Semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi.
  • 30. • 1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh digunakan dalam mesyuarat tetapi tulisan (minit mesyuarat) mestilah ditulis dalam bahasa Inggeris. • 1948, Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union masih mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa rasmi. • Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan wujud kembali apabila menyedari masalah perpaduan yang wujud di Tanah Melayu.
  • 31. • 1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh penyata Razak supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara. • 1957, kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur antara kaum semasa mencapai kemerdekaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. • 1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa Melayu sebagai pengantar di sekolah-sekolah
  • 32. 4. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu • Hak istimewa bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul. • Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai. Tambahan pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang. • Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan Bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah diberi kuasa untuk pelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.
  • 33. • Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan. Bagaimanapun YDA tidak boleh mengganggu atau menarik balik apa-apa keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada peribumi.
  • 34. 8.9 PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN • Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan negara unik kerana ia menggabung unsur lama dan baru. • Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain. Orang melayu yang ketinggalan dalam semua bidang jika dibanding dengan kaum bukan Melayu. • Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu membolehkan kerajaan membantu orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau terpinggir di negara sendiri.
  • 35. • Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka yang hilang semasa penjajahan Inggeris. • Orang Melayu dipinggirkan dari sektor ekonomi perdagangan yang menguntungkan. Sebaliknya orang bukan Melayu telah dibawa masuk sebagai tenaga kerja dalam sector tersebut. • Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang Melayu dan memberikan dasar ekonomi baru kepada pendatang asing dalam tempoh yang lama. • Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu sesuai sebagai penduduk peribumi negara ini. Orang Melayu yang menduduki negara ini sejak sekian lama memang telah sebati dengan sistem pemerintahan beraja.
  • 36. • Raja bagi orang Melayu adalah lambang tempat menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi. Raja boleh berfungsi sebagai unsur penyatuan kepada orang Melayu dan penduduk Malaysia yang berbagai kaum supaya bersatu-padu dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi. • Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia telah dipersetujui bersama oleh komponen parti Perikatan semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
  • 37. • UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang diberikan kepada kaum buka Melayu, sebagai ganti kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C untuk mengekalkan unsur tradisi di dalam perlembagaan. Persetujuan dan tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid pro quo. • Untuk memelihara keharmonian kaum di negara ini, orang ramai dilarang mengungkit atau memperkatakan perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda. Pindaan itu melarang menggolongkan perkara yang telah dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan sebagai perkara sensitif