6. Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Bestari Bilangan Murid : 32 orang Tema : Kebudayaan Tajuk : Perayaan di Malaysia Tarikh : 17 Oktober 2011 Masa : 60 minit
7. Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat: i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
8. Hasil Pembelajaran: 1.1. Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dengan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
9. Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam seseuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan .
10. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai
11. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi
12. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. Penyerapan isi : Kajian Tempatan : masyarakat majmuk Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, petikan, pita rakaman buku latihan , lembaran kerja dan alat tulis.
13. Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Impak Set Induksi 5 minit -Guru menampalkan kad gambar di papan hitam yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia. sambil bersoal jawab dengan murid. i)Murid diminta untuk melihat kad gambar dan menghayatinya. ii)Murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. iii)Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan dipelajari pada hari itu. KB; inferens, membuat perbandingan Kad gambar : Gambar perayaan
14. Langkah 1 15 minit -Guru memberi teks cerita yang bertajuk “ Perayaan Di Malaysia. Soal jawab: Secara lisan i)Murid dikehendaki membaca petikan secara senyap. ii)Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv) Guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. BBB: Petikan Nilai: jujur,
15. Langkah 2 15 minit -Guru membentuk kumpulan perbincangan di kalangan murid dan diminta membentangkan hasil kerja mereka. -Guru mengawasi dan membimbing murid mengikut kumpulan. -Guru memberi peneguhan kepada murid yang memberi jawapan yang betul i)Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii)Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)Murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)Guru meminta kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat ganjaran. KB : Penyerapan isi Kajian Tempatan BCB: Memproses dan melaporkan maklumat Nilai : Kerjasama, Tolak ansur
16. .Guru memberi peneguhan kepada murid yang memberi jawapan yang betul v)Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan isi pembentangan dan meminta percambahan pendapat mereka. vi)Guru berbincang dan membuat kesimpulan hasil pembentangan murid.
17. Langkah 3 20 minit -Guru memberi latihan kepada murid-murid. -Aktiviti Pemgayaan: Menulis karangan Pendek berdasarkan tajuk yang diberi. i)Guru memberi arahan dan penerangan kepada murid tentang cara membina karangan. ii)Guru mengedarkan lembaran kerja / latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek berkaitan perayaan di Malaysia. BBB; Latihan: lembaran kerja, Buku Latihan Nilai: Yakin, Berdikari
18. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. iii)Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.
19. Penutup 5 minit Guru mengedarkan lembaran kerja dan membuat Rmusan mengenai pengajaran yang telah diajar sambil bersoal jawab dengan murid tentang nilai dan isi pelajaran yang telah dipelajari. Guru telah mempendengar- kan lagu Selamat Hari Raya melalui radio kaset. i)Murid diminta membuat latihan di rumah sebagai aktiviti pengukuhan dan pemulihan untuk menambah pemahaman mereka. ii)Murid diminta menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. iii)Semua murid berdiri dan menyanyikan lagu Selamat Hari Raya secara beramai-ramai sambil bersalam-salaman bersama- sama dengan rakan mereka diiringi pita rakaman/ radio kaset. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama BBM: Radio kaset
26. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut: PERAYAAN DI MALAYSIA Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu,Cina dan India. Setiap kaum mempunyai hari kebesaran masing-masing . Bagi masyrakat Melayu, mereka menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban. Tahun Baru Cina pula di sambut oleh kaum Cina. Manakala kaum India akan merayakan Deepavali. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.. Hari Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,kerbau, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
27. Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Setiap binatang ini memberi makna dan tuahnya tersendiri. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh. Manakala, Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Pada pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Kebiasannya, suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.
30. A. Padankan Majoriti . . rahmat Kesyukuran . . orang ramai Masyarakat . . jumlah terbesar Berkat . . ziarah Berkunjung . . berterima kasih B. Namakan perayaan-perayan utama yang disambut oleh kaum-kaum berikut: a. Melayu :__________________________ :__________________________ b. Cina :__________________________ c. India :__________________________
31. Tulis Sebuah karangan berpandukan kata kunci di bawah: Berhari Raya di kampung ______________________ Sebelum: (Persiapan ) -pakaian -Rumah/langsir -Kuih-muih Semasa hari raya -bangun awal pagi/mandi - memakai pakaian baru -menikmati hidangan kuih raya -bersalaman dengan ahli keluarga -Sembahyang sunat hari raya - Menziarahi pusara -Kunjung-mengunjungi Selepas -nyatakan perasaan -nyatakan harapan -menabung duit raya
32. Nyayian Lagu Selamat Hari Raya Hai….Selamat hari raya Kami semua ucapkan Menikmati hidangan Yang kami sediakan…………………….