Más contenido relacionado Similar a Tamadun islam wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas (20) Tamadun islam wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas1. 3/12/2015 Tamadun Islam Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
data:text/html;charset=utf8,%3Cdiv%20id%3D%22content%22%20class%3D%22mwbody%22%20role%3D%22main%22%20style%3D%22marginleft%3A… 1/4
Tamadun Islam
Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Rukun Iman
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji
Kota Suci
Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri • Aidiladha
Hukum
AlQuran • Sunnah • Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa alRasyidin
Khalifah • Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanakkanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik
Lihat juga
Kritikan • Islamofobia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Islam telah melahirkan antaratamadunmanusia yang terunggul di
dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam sepertiIbn
Sina atauAvicenna,Ibn RushdatauAverroes danAlKhawarizmitelah
menyumbang kepada pembangunan sains danteknologi dunia.
Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui
sebagai mangkin kepadaZaman Pembaharuan (bahasa
Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu
tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar
menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia
Islam Sepanyol dan lainlain wilayah di Timur Tengah. Ilmuilmu
yang diterjemah itu melewati ilmu
ilmu falsafah, perubatan,astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia,
danalgebra. Lahir Universitiuniversiti Naples, Bologna,Universiti
Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman
Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmuilmu dari
dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Isi kandungan [sorokkan]
1 Asal Usul
2 Perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat
3 Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu
4 Lihat juga
Asal Usul [ sunting | sunting sumber ]
Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh
Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama.
Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa
Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.
Perbezaan antara Tamadun Islam dengan
Tamadun Barat [ sunting | sunting sumber ]
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan
tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke
hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah
melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam
lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiapinsan tanpa
membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih
mementingkan kepada keuntungan atau lebih
tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar.
Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada
tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam??
Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam
Melayu [ sunting | sunting sumber ]
Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di
Rencana Perbincangan
Baca Sunting Sunting sumber Lihat sejarah Lain
Sunting puncak
Cari
Sunting pautan
Laman Utama
Tinjau
Hal semasa
Rencana rawak
Perhubungan
Tentang Wikipedia
Portal masyarakat
Perubahan terkini
Hubungi kami
Menderma
Bantuan
Kedai Kopi
Cetak/eksport
Cipta buku
Muat turun sebagai
PDF
Versi boleh cetak
Peralatan
Pautan ke laman ini
Perubahan berkaitan
Laman khas
Pautan kekal
Maklumat laman
Perkara data
Petik laman ini
Dalam bahasa lain
Bahasa Indonesia
English
Buka akaun Log masuk
2. 3/12/2015 Tamadun Islam Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
data:text/html;charset=utf8,%3Cdiv%20id%3D%22content%22%20class%3D%22mwbody%22%20role%3D%22main%22%20style%3D%22marginleft%3A… 2/4
Glosari
Portal Islam
P B S
alam Melayu walaupun Islam dan ilmuilmu dari dunia Islam Timur
Tengah telah dipelajari sejak abad ke13 lagi? Cubalah
bandingkan hakikat ilmu diNusantara dan di Eropah itu bagi
mengenal pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu
terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah
yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.
Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah.
Eropah menerima ilmuilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan.
Sebab itu ilmuilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya
mereka maju.
Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaankerajaan Islam di Timur Tengah
telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke13, Kota Baghdad telah ditawan
oleh bangsa ganas Tartar tersebut. KumpulankumpulanSufi kemudiannya mengambil peranan menjaga
Islam.
A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and Historical Writing)
mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:
"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat Islam
diserah kepada ahliahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan yang
rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikutpengikutnya, semangat mubaligh sufi, dan asas
popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin dan
sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas." (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).
Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orangorang Sufi telah muncul dan berfungsi
menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayahwilayah yang lebih luas.
Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan
Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka
telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan
pengislaman.
Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada
lapan lagi tariqat yang besar. Tariqattariqat itu
ialahQadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah,Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah(Naguib,
1963, 32).
Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14 jenis tariqat
kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi
yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).
Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk bukunya,Tasawuf
dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam
kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke14 terutama sekali abad ke1617, tasawuf selalu memainkan
peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu —Indonesia yang
maha luas itu.
Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas rakyatrakyat di
dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi
kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh
mubaligh sufi yang tahu jalanjalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun
rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat.
(1993, xi)
Amalanamalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan menjalinkan
keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu ilmuilmu asas Islam seperti
Fekah, Tauhid, alQuran dan alHadith serta lainlain terus dipelajari. Pelajarpelajar MelayuIndonesia yang
mendapat didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara
dan mengembangkan ilmuilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)
3. 3/12/2015 Tamadun Islam Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
data:text/html;charset=utf8,%3Cdiv%20id%3D%22content%22%20class%3D%22mwbody%22%20role%3D%22main%22%20style%3D%22marginleft%3A… 3/4
Samudra Pasai (12801400) adalah tempat penulisan kitabkitab agama dan kesusasteraan
Melayu. Melaka(14001511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan ceritacerita hikayat
pahlawanpahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah danHikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca
untuk memulihkan semangat orangorang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.
Aceh (15111650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama
didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultansultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan
Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga
Hamzah Fansuri, Samsuddin alSumatrani, Nuruddin alRaniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari alJauhari dan
lainlain. Hamzah Fansuri terkenal dengan bukubuku tasawuf aliran Wujudiah.
Suasana yang serupa lahir di JohorRiau (16501800). Rajaraja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan
agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku
buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali
Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan
tasawuf.
Peminatpeminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui bukubuku dan
corak ilmu dalam bidangbidang sastera,fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabinabi dan sebagainya bolehlah
membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat
menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan perkembangan
pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya
orangorang Melayu dahulu berlegarlegar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan
oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lainlain suku bangsa di
kawasan ini telah menikmati kemajuankemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas,
ilmuilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya
bangsabangsa Barat.
Penentangan yang keras memang ada di lokasilokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan
umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki
kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.
Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke13 itu
adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad
pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmuilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmuilmu yang
mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasangagasan saintifik seperti falsafah, matematik, fizik,
perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan muzik.
Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusatpusat pengajian tinggi yang telah
disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan
Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu
yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kotakata intelek dan saintifik,
sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan
ilmunya juga adalah ilmuilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan
amalan tasawuf. Jadi inilah ilmuilmu yang dipindahkan ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang
disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembanganperkembangan ini dan dari sudut
perubahan dari HinduismeBuddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad
pertengahan.
Ilmuilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu
kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi
masyarakat yang sudah lemah!
Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]
Dunia Islam
Institusi pendidikan dalam Islam