Tiga ciri utama pembelajar abad ke-21 adalah: (1) berpengalaman dengan berbagai sumber ilmu, (2) minat belajar di luar buku teks menggunakan sumber elektronik, (3) belajar tidak terbatas pada kurikulum tetapi dengan berbagai perspektif. Literasi teks adalah kemampuan memilih berbagai media untuk menyampaikan informasi kepada audiens tertentu. Mengintegrasikan teks ke pembelajaran memiliki ke
1. KPT 6044 Pembelajaran Berasakan
Elektronik dan Web
Tugsan 4:Pembacaan & Penilaian
Kendiri
Chapter 2 : Understanding 21st Century
Learners( Page 31 )
PENSYARAH :
PROFESSOR MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF GAPOR
NAMA: NG KAE HUEY
NO. MATRIK: M20122001293
2. Assignment 4 – Chapter 2 Understanding 21st Century Learners. Page 31
Continuing My Professional Development:
Demonstrating Professional Knowlegde.
1.
1)
2)
3)
4)
What are the three characteristics of the 21st century learner?
Tiga ciri-ciri pembelajar kurun ke 21 adalah seperti berikut:
Pelajar pada kurun ke 21 mempunyai pengalaman dan jangkaan
tentang pengetahuan yang akan dipelajari. Mereka akan berharap guru
sebagai faksilitator untuk membimbing mereka menerokai ilmu dalam
dunia maya dengan penggunaan kemahiran ICT. Guru akan menjadi
pembimbing untuk pelajar mendapat ilmu dan mengumpul makulmat
yang sesuai untuk membina pemahaman dan mengaplikasikan
maklumat yang didapati dengan berkesan.
Pelajar pada kurun ke 21 juga menunjukkan minat yang mendalam
untuk belajar di luar konteks buku teks dengan menggunakan pelbagai
sumber elektronik seperti video, audio dan sumber atas talian. Social
media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan media yang akan
menjadi hangat pada masa akan datang akan menjadi platform untuk
mereka berkongsi maklumat dan mendapat maklumat tanpa batasan.
Pembelajaran pada kurun ke 21 tidak akan hanya terbatas dalam isi
kandungan atau silibus yang telah ditetapkan. Pelajar akan melibatkan
diri dalam tugas pelbagai (multitasking) dan melihat maklumat yang
terdapat di talian dengan pelbagai persepsi dan sudut yang berbeza.
Cara dapatan untuk hasil pembelajaran mungkin berbeza-beza mengikut
proses dapatan idea dan pengetahuan. Contohnya, dengan penggunaan
Internet pelajar dapat mempelajari cara solusi untuk soalan matematik
bukan terhad kepada satu atau dua tetapi mengikut pencarian
maklumat atau cara dapatan yang pelbagai secara individu atau
penggunaan saluran yang berbeza.
Berikut merupakan carta minda yang merumuskan pembelajaran pada
kurun ke21.
Diagram of 21st Century Learning
M20122001293 NGKH 11092013
3. 1. Learner-centered
5. Visibly Relevant
2. Media-driven (this doesn’t have to mean digital media)
6. Data-Rich
3. Personalized
7. Adaptable
4. Transfer-by-Design
8. Interdependent
9. Diverse
Source : http://www.teachthought.com/learning/9-characteristics-of-21st-century-learning/
2. What is text literacy?
http://mashable.com/2012/09/21/text-messaging-history/
Teks merupakan pelbagai bentuk karekter, tulisan, bahan grafk dan
bahan lain yang sama fungsi untuk tujuan komunikasi dan menyampaikan
maklumat. Literasi tek merupakan satu kebolehan untuk megumpul dan
mendapatkan maklumat atau berkebolehan untuk komunikasi dengan
menggunakan bahan tek. Menurut Bronwyn Williams (Profesor dari Louisville
Universiti), pada masa yang akan datang, literasi akan menjadi suatu
kebolehan untuk memilih bahan cetak, imej, video, bunyi dan kombinasi
M20122001293 NGKH 11092013
4. pelbagai bentuk media untuk menyampaikan maklumat yang tertentu kepada
penonton sasaran.
“In coming years literacy will mean knowing how to choose between print, image, video, sound, and all
the potential combinations they could create to make a particular point with a specific audience,”
says Bronwyn Williams, associate professor of English at the University of Louisville.(Sumber :
http://www.technologyreview.com/news/407022/literacy-and-text-messaging/)
3. Describe the advantages and limitations of integrating text into learning.
Huraikan kelebihan dan limitasi mengintegrasi tek ke dalam pembelajaran.
Menurut buku Instructional Technology and Media for Learning
(Smaldino,Lowther,and Russell, 2012) Pemeblajran dengan mengintegrasikan
teks mempunyai lima kelebihan.
Pertama,bahan bentuk teks mudah didapati di mana-mana. Pengguna
senang mengakses ke pusat atau tempat tertentu seperti perpustakaan, pusat
sumber atau secara online untuk mencari maklumat mengikut topic dan
format yang diperlukan.
Seterusnya, bahan teks senang dibawa ke mana-mana. Buku, rujukan,
bahan cetak atau kamus boleh dibawa sekali mengikut kesukaan pengguna
tanpa peralatan yang tertentu.
Selain itu, bahan teks mudah dicapai dan dibaca dalam situasi atau
keadaan yang sesuai. Bahan bacaan teks hanya perlu keadaan bilik yang
cukup terang untuk pembaca membaca dan mendapat maklumat.
Bahan teks juga mesra pengguna kerana tidak memerlukan kemahiran
yang pakar atau spesifik untuk membaca selagi pengguna tersebut mempunai
literasi yang cukup.
Akhirnya, bahan teks adalah ekonomi berbanding dengan bahan bacaan
online yang memerlukan peralatan atau alat bantu yang mahal seperti laptop,
computer atau notebook. Pengguna hanya perlu mengeluarkan kos yang
rendah untuk bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan sebagainya.
Bahan teks mempunyai limitasi seperti yang berikut. Bahan teks tertentu
memerlukan literasi yang cukup untuk memahami isi kandungan di
dalamnya.Pengguna yang kekurangan pengetahuan tertentu adalah sukar
M20122001293 NGKH 11092013
5. untuk memahami topic yang spesifik di dalam bahan teks yang dibaca.
Contohnya, adalah sukar dan membosankan jika kanak-kanak didedah
dengan bahan tesis university yang tidak mempunyai gambar yang menarik
seperti dalam buku cerita kanak-kanak.
Bahan teks juga mendatangkan beban untuk ingatan. Fakta, teori atau
prinsip pengetahuan dititikberat oleh guru dan diminta untuk diingatkan leh
pelajar mendatang kebosanan dan mengehadkan bahan teks tersebut sebagai
bahan penyuap ilmu. (spoon feed knowledge)
Bahan juga mendatangkan beban jika terdapat anyak tatabahasa dan
kosakata yang jarang dijumpai leh pelajar. Pelajar akan cepat hilang minat dan
tumpuan untuk bahan tersebut dengan bahan teks yang terlalu tinggi dan
dalam dari segi bahasa yang digunakan.
Bahan teks juga membataskan interaktif antara pembaca dan media
tersebut. Teks tidak mendapat pengukuhan dan response yang spontan
seperti bahan media lain. Bahan teks merupakan presentasi satu hala.
Bahan teks seperti buku teks juga kurang menyampaikan maklumat
secara terperinci kerana limitasi kurikulum. Pemaca atau pelajar memerlukan
bahan rujukan lainuntuk mengembangkan idea dan teori yang dicetak dalam
buku teks.
Sebahagian bahan teks mungkin menghadapi kesilapan konten yang
terlepas pandang oleh pihak editor buku tersebut. Bahan teks juga tidak dapat
menambahbaikan segera kerana memerlukan proses penerbitan semula yang
mengambil masa yang panjang dan kos lain.
Rujukan:
1. Instructional Technology and Media for Learning (Smaldino,Lowther,and
Russell, 2012)
2. http://www.teachthought.com/learning/9-characteristics-of-21st-century-learning/
3. http://edutechwiki.unige.ch/en/File:Influences_on_learning_theories.png
4. http://www.technologyreview.com/news/407022/literacy-and-text-messaging/)
M20122001293 NGKH 11092013