Terdapat beberapa syarat untuk menggunakan uruf dan adat sebagai asas hukum, termasuk bahwa uruf tidak boleh bertentangan dengan nas syara', harus digunakan secara meluas, harus sudah ada ketika hukum dikeluarkan, dan tidak boleh bertentangan dengan perkataan atau perbuatan.
2. Sarjana usul telah menggariskan beberapa syarat dalam mengambil kira uruf
dan adat sebagai asas hukum. Ini bagi memastikan nilai yang diterima
pakai tidak bertentangan dengan objektif syariah untuk mencapai segala
kebaikan dan mengurangkan kemudaratan. Syarat-syarat tersebut ialah :
i. Urf itu tidak berlawanan dengan nas syara’.
ii. Al-Urf tersebut mestilah digunakan secara meluas atau menyeluruh
walaupun ada yang tidak mengamalkan hanya dalam jumlah yang
minimum.
3. iii. Uruf atau adat yang akan dirujuk dalam sesuatu tindakan itu sudah
wujud ketika hendak mengeluarkan hukum mengenainya. Jika sesuatu
hukum dikeluarkan melalui urf yang tidak diamalkan lagi maka hukum
tersebut tidak dianggap muhakkamah
iv.Tidak wujud sesuatu perkataan atau perbuatan yang secara terang
menyalahi urf. Oleh itu, tidak harus berpegang kepadanya sekiranya
terdapat perkataan dan perbuatan yang mengetepikan penggunaan urf
dan adat.